Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

MyKad dan MyKad Smart Shopper? Ada beza ke?

Apa perasaan anda bila pergi berjalan tanpa membawa kad pengenalan MyKad. Kadangkala kita terlalu excited dan terburu-buru keluar rumah sampai terlupa bawa kad pengenalan. Berjalan tanpa bawa kad pengenalan rasa macam pendatang tanpa izin. Sekali kena tahan dengan polis baru kelam kabut nak menjawab.

Nak cerita sikit baru-baru ni saya telah tukar kad pengenalan saya sebab cipnya dah tak boleh dibaca. Cakap pasal kad pengenalan rosak, rata-rata ramai yang mengatakan kad pengenalan yang baru ni kurang lasak berbanding dengan kad pengenalan yang lama. Walaupun kad pengenalan lama lebih simple dan tidak dilengkapi dengan cip-cip yang canggih seperti sekarang ianya lebih tahan lama. Saya terpaksa tukar kad pengenalan sebab kad pengenalan MyKad saya dah terbelah dua dan tak boleh dibaca lagi.

MyKad Smart ShopperProses untuk menggantinya boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara. Saya memilih untuk berurusan secara online. Anda juga boleh menukarnya secara online dengan melayari laman web ini https://mykadganti.jpn.gov.my. Prosesnya mengambil masa 10 hari bekerja dan caj sebanyak RM10 dikenakan. Buat masa ini pembayaran hanya menggunakan kad kredit. Anda boleh semak status kad pengenalan anda selepas 10 hari di laman web yang disediakan. Bila dah siap, anda boleh mengambilnya di cawangan Jabatan Pendaftaran Negara yang ditetapkan. Mudah sahaja.

Mykad Smart Shopper?

Pernah dengar tak  pasal Mykad Smart Shopper?  Apa benda tu?? Ia tak ada kena mengena dengan cerita kad pengenalan rosak di atas 🙂 Sebelum ni dah ada artikel pasal Mykad Smart Shopper tapi hari ni saya nak tulis dengan lebih jelas. Ia merupakan sebuah program yang menawarkan ganjaran dan diskaun untuk membeli belah di kedai-kedai tertentu yang mengambil bahagian dengan menggunakan MyKad anda.

Program MyKad Smart Shopper ini dimiliki sepenuhnya oleh iSynergy Universal Sdn Bhd dan dibuka untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan Mykad melalui Affiliate Junction (AJ) dan mana-mana agensi yang diberi kuasa.

Pendaftaran untuk MyKad Smart Shopper adalah percuma dan ianya tiada tarikh luput keahlian. Anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 20% apabila berbelanja di kedai-kedai tersebut hanya dengan menunjukkan MyKad anda. Tiada caj tambahan dan tiada caj tersembunyi. Selain itu perbelanjaan tersebut akan diberi mata ganjaran sebagai 1 Point bagi setiap RM1 yang dibelanjakan. Mata ganjaran tersebut kemudiannya boleh ditebus dengan hadiah-hadiah menarik.

Secara ringkasnya kad pengenalan anda akan jadi seperti kad debit. Bezanya Mykad Smart Shopper ini hanya boleh digunakan untuk membeli belah dengan mudah tanpa perlu lagi menyimpan kad keahlian yang lain. Tapi mana tahu satu hari nanti penggunaannya akan lebih meluas untuk semua urusan seharian seperti yang telah dipraktikkan di negara-negara maju yang lain.

p.s: Pihak kami antara ribuan dari kalangan mereka yang menyertai contest seo Jom Aktifkan MyKad yang dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar dan ditaja oleh www.aktifmykad.com . Anda sudah aktifkan my kad anda dengan Mykad Smart Shopper ini? Aktifkan sekarang sementara ianya masih percuma!

Apa Kata Mereka Mengenai Entri Umum Ini?
Apa Kata Mereka Mengenai Entri Umum Ini? - MyKad Smart Shopper
bintangempatkoma
MyKad dan MyKad Smart Shopper? Ada beza ke?
Info & Fakta Yang Jelas
rateempatkoma
Susun atur & Rekabentuk Yang Menarik
rateempatkoma
Sesuai Untuk Semua Golongan
ratelima

MyKad Smart Shopper Programme

Masih ramai yang belum mengetahui keistimewaan MyKad dari program MyKad Smart Shopper ini. Jangan hanya fikir MyKad sebagai kad pengenalan diri anda sahaja! Kini lebih mudah untuk anda menggunakan MyKad melalui Program Mykad Smart Shopper! Jom Aktifkan MyKad Sekarang - DISINI

MyKad Smart Shopper

(Visited 291 times, 1 visits today)

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

1 comment… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!