Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

10 Bandar Paling Selamat Di Dunia – Malaysia Tak Selamat Ke?

Adakah Malaysia sekarang sebuah negara selamat? Adakah Kuala Lumpur pula sebuah bandar selamat? Bagi mereka yang menjalankan perniagaan offline mahupun internet sudah pasti mahukan sebuah bandar atau negara yang selamat untuk mereka mudah menjalankan perniagaan mereka sepanjang masa.

Cuma perkara yang berlegar-legar di fikiran saya adalah :

Adakah Kuala Lumpur yang sering di banjiri warga asing yang sah mahupun tidak sah setiap hujung minggu boleh dikategorikan bandar selamat?

Adakah cukup pasukan POLIS yang diletakkan dikawasan-kawasan hotspot di Kuala Lumpur untuk memastikan bandar KL selamat?

dan mungkin anda sendiri ada pelbagai andaian yang boleh dikongsikan disini.

Cuba lihat betul-betul imej diatas tentang bandar paling selamat di dunia. 3 dari yang teratas adalah dari ASIA! Kagum saya bila cakap ASIA adalah bandar paling selamat.

Dari 3 yang teratas tadi ialah Tokyo, Singapore dan Osaka. Bila sebut 3 yang teratas nie rasa malu dan sedikit kecewa apabila jiran kita, singapura antara bandar paling selamat di dunia.

Sudah pasti ada indikator tertentu yang menentukan bagaimana sesebuah bandar itu dikategorikan selamat atau sebaliknya. Yang jadi persoalan sekarang pada diri saya dan mungkin anda, dimana kedudukan malaysia yang kita katakan best nie dalam carta bandar paling selamat. Top 50?Top 100? Atau tidak selamat?


Anda rasa bagaimana? Bagaimana untuk anda rasa selamat di dalam malaysia ini? Berbalik pada TOKYO atu OSAKA yang dikategorikan antara 3 yang teratas bandar paling selamat, memang tak dinafikan itu yang berlaku. Ibu saya sendiri pernah ke sana dan menceritakan kepada saya yang ada dari kalangan rakan trip melancong ke jepun pada masa itu telah kehilangan dompet yang sipolan ini tidak ingat hilang di kawasan mana. Nak dijadikan cerita ini BENAR berlaku, orang yang jumpa dompet ini cuba berusaha mencari tuan punya dompet ( rakan trip melancong ibu saya tadi ) dari pagi hingga ke petang. Orang ini SANGAT SUSAH HATI disebabkan tidak menjumpai tuan punya dompet ini.

10 Bandar Paling Selamat Di Dunia

Bandar Paling SelamatCredit : safecities.economist.com

Tuan punya dompet melalui agen pelancongan mereka telah membuat laporan kepada pihak polis di bandar tersebut. Kurang dari 48JAM dompet tersebut dijumpai dan orang yang memulangkan dompet tersebut adalah seorang pelayan kedai makanan halal yang dikunjungi oleh tuan punya dompet ini yang mana SANGAT GEMBIRA apabila dapat memulangkan semula kepada rakan ibu saya tadi. Ibu saya sendiri sangat KAGUM akan sikap mereka. Inikan saya pula mendengar cerita ini dan membuatkan saya agak sukar nak mempercayai kisah ini. Tetapi itulah kisah BENAR yang diberitahu oleh ibu saya mengenai bandar JEPUN  – Tokyo yang memang selamat untuk dikunjungi.

Anda rasa kalau di MALAYSIA bagaimana? Bukan nak bersikap “NEGATIF” akan negara sendiri tetapi keyakinan jika berlaku situasi yang sama seperti yang saya ceritakan diatas tidak berada pada tahap SANGAT MEYAKINKAN – 90% cuma sekadar pada skala MEYAKINKAN @ MUNGKIN MEYAKINKAN – 45% hingga 60% sahaja. Ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja dan anda lebih BERHAK untuk menentukan skala keyakinan Malaysia sebuah negara atau bandar paling selamat ataupun tidak.

Sama-sama kita doakan satu hari nanti negara Malaysia – Tanah Tumpahnya Darahku ini akan berada dalam senarai 10 bandar paling selamat di dunia…ameen

50 Bandar Paling Selamat Mengikut Region

index-bandar-paling-selamat-2015-mengikut-region - Bandar Paling Selamat

Credit : economistinsights

p.s Dari imej diatas pula, bandar paling selamat dalam kategori asia tidak termasuk Malaysia? Bangkok dengan Jakarta lagi selamat dari kita? New Delhi, Mumbai dan Ho Chi Minh pon lagi selamat dari Malaysia? Biar betul?

p.p.s Bandar dalam negeri anda pula macam mana? Selamat ke tidak? Jom kongsikan info di ruangan komen dibawah ini untuk kita sama-sama dapat info yang lebih jelas untuk keselamatan kita bersama!

p.p.p.s Walaupon ada dari kalangan kita cakap malaysia best berbanding negara-negara berhampiran dengan kita, namun jika diambilkira dari imej mungkin bermacam-macam perkara berlegara-legar dalam minda anda. Namun doakan negara kita Malaysia – Tanah Tumpahnya Darahku terus selamat serta aman selamanya…ameen

Bandar Paling Selamat

(Visited 642 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

1 comment… add one
  • Bagi saya negara malaysia tetap yang terbaik dan paling selamat.. Itu diri saya yang kata lah hoho

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Buat Duit Online Dari RM100-1000 Sebulan Disini Dari Ranking Google!