Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Sah! Mario Gomez Tinggalkan JDT Dan Apa Respon Anda?

Fuhh..tekak hari nie terasa nak makan bakso.

Call member dan member pon agree untuk lepak pekena bakso

Kedai mana? Yang pasti bukan kedai makan pak sahak sarap pagi laa..

Tukang order datang jek tanya…

Abang, minum apa yer?Makan apa?

Saya terus jawab…

Minum biasa dan makan pon biasa…

Erkkk..garu kepala tukang order bila saya sebut macam nie…pastue tanya lagi…

Abang…saya baru disini..dan tak biasa dengan order macam nie…

Hoho2…saya pon terus bagi order kat dier… 🙂

Tengah2 tunggu order BAKSO + BARLI AIS CAWAN MADU + FRIES + NASI GORENG AYAM + TEH TARIK bersama member saya…kring2 bunyi whatsapp member masuk dan terus cakap kat saya…

Beb…2 hari jek lagi nie..abis laa kita….

Saya yang otak kadang2 sel2 lambat berhubung nie pon jawab…

Apa yang habis kita lagi 2 hari lagi…yang aku tau 2 hari lagi sang helang merah nak bolot piala pertama musim nie…maklum aa aim treble tahun 2017 nie… 😀

Member pon terus jawab…

Itu aku pon tahu..Tan Cheng Hoe nak bina sejarah baru…nak cuba padam rekod Azraaii Khorr Abdullah. Tapi itu tak parah lagi…cerita nie lagi parah…

Erkk…saya pon macam terkedu kejap walaupon hidangan bakso dan yang lain-lain dah tiba atas meja kami.

Member tak cakap banyak dah…terus tunjuk smartphone jenama ( diminta utk merahsiakan atas faktor2 peribadi )…betul-betul tak percaya apa yang saya nampak tue…..

mario gomez, mario gomez tinggalkan jdt, Roberto Carlos Mario Gómez, Mario Gomez sah tinggalkan JDT,

Ahhh sudah….betul2 mudah macam nie nanti sang kenari ( nama dulu-dulu aa ) nak menang piala pertama musim ini…

Dah tahu jek berita GEMPAR nie sampai makan bakso pon kuah tak abis beb…

Tekak terus tak lalu…terus ke kaunter bayaran – pesan2 sket ngan member tentang visi dan falsafah saya untuk projek youtube tue – start kereta buruk terus chow…

Biasa dalam kereta sambil2 drive bukak radio best104 tapi mood terus takde beb…

Terkebil-kebil fikir pasal – APEHAL lagi 2 hari mario gomez cabut nie? Takkan sebab result friendly game kat thailand tempoh hari….rasa takde laa teruk mana…memang kalah tapi takde laa sampai kena bedal 10-0 bikin rekod macam…. 😀

Pasal Jorge Pereyra Díaz? Takkan uncle mario pon terlibat sama sampai tak jadi diaz nak dijual kot… impossible2…. 🙂

Dan takkan sebab mario gomez gelek-gelek macam…

mario gomez, mario gomez tinggalkan jdt, Roberto Carlos Mario Gómez, Mario Gomez sah tinggalkan JDT,

Yang ini punya sebab lagi imposible… 🙂

Akhirnya saya nampak teori domino yang saya reka-reka untuk sedapkan hati…mengapa Mario Gomez  “BERSARA WAJIB” untuk Tinggalkan JDT…

4 Sebab Rekaan Saya Mengapa Mario Gomez “Bersara WAJIB” Meninggalkan JDT?

1) Benjamin Mora

Siapa benjamin mora? Ehh takkan laa coach pasukan TRW plak… 🙂 Saya petik ayat dari FB JST dan saya komen kemudian…

” Benjamin Mora telah membuktikan keupayaan beliau dengan bajet yang rendah berupaya untuk membantu JDT II bermain mengikut falsafah JDT. Benjamin juga telah dihantar berlatih di Atletico Madrid selama sebulan sewaktu “off season” sebagai sebahagian daripada pembangunan profesional dirinya untuk persediaan mengambil tugasan ini. “

Dari awal lagi kalo kita betul-betul lihat, memang TMJ dah plan untuk bawa Benjamin Mora ke skuad JDT Utama cuma masa sahaja kita tidak pasti. Takkan laa dihantar selama sebulan di Atletico Madrid pastue hanya latih JDT 2 semata-mata…Cuma gimik ini TERLALU AWAL untuk dihantar kepada kita as fans ini. Adakah selama ini visi dan falsafah yang dibawa mario gomez tak selari dengan kehendak pihak pengurusan…kalo tak selari takdelah ( saya petik lagi ayat dari FB JST dari Presiden Kelab Johor Darul Takzim – HH Tunku Aminah Binti Sultan Ibrahim )

Kami akan sentiasa mengingati pencapaian beliau yang berjaya membawa JDT menjuarai Piala Sumbangsih (2016), Piala FA (2016), dua kejuaraan liga (2015 dan 2016) dan Piala AFC pada tahun 2015. Selamat maju jaya buat beliau dalam karier kejurulatihan pada masa akan datang.

Apa pula kata anda diluar sana yang memang pakar semuanyabola kan… 🙂

2) JERONIMO BARRALES ( Si Botak Assasins Pemain Import Yang Menggantikan Diaz )

Siapa pula dier nie? Saya tak pasti laa ada kena mengena ke tidak dengan Dominic “Dom” Toretto tue… 😀 Nak ulas lebih-lebih dier nie ok ke tak saya bukan lesen kelas A scout player…kita tonton dulu video dibawah dan saya akan cuba ulas sket dari apa yang saya nampak disitu…

Kalo kita sama-sama lihat video 3 minit itu tadi, saya dapat rasakan jika visi dan falsafah JDT menjadi keutamaan, player ini tidak seharusnya berada skuad JDT musim 2017. Mengapa saya beranggapan sebegitu? Sebab DNA short passing – pressing game – tiki taka kalo orang jawa cakap pastinya sukar untuk berlaku kerana pemain ini lebih banyak menjaringkan gol daripada hasil tandukan daripada hantaran silang rakan sepasukan dan juga PENALTI ( cukup2 laa orang cakap JDT nie menang sebab PENALTI beb! ). Korang setuju tak dengan apa yang saya kupas nie…maklum aa saya scout player agen takde lesen punya… 😀

3) Mario Gomez telah berada dalam radar pasukan ternama di Eropah.

Ini tak mustahil beb. Berbekalkan dengan rekod kejayaan bersama JDT, dan pernah bersama dengan kelab besar seperti Inter Milan serta Valencia suatu masa dulu pastinya telah menarik minat kelab-kelab yang baru meningkat naik samada di La-Liga atau Serie A untuk mendapatkan sentuhan magis beliau. Dan mungkin JDT bukan setakat berjaya membuat wang dari player mereka, dan tidak mustahil juga kepada jurulatih kesayangan kita ini.. ( Ini possible tapi dalam 40% jek kot… 😀 )

4) Mario Gomez mungkin dinaikkan “PANGKAT” untuk bina sejarah baru untuk kita

Aha! Ini teori memang tak masuk akal punya. Tapi sebab saya nak reka-reka cerita untuk sedapkan hati sebelum sepak mula menentang pasukan dari utara yang aim treble tahun 2017 ini, saya rasa mario gomez nak “BEREHAT” sementara sebelum majlis memperkenalkan jurulatih baru bagi skuad HARIMAU MALAYSIA…. 😀 Ehh apehal plak tak boleh? K Rajagobal tak pegi AFC pon boleh dilantik, Pablo Dollah Salleh bawa kejayaan “BESAR” kepada pasukan Tok Gajah pon boleh dilantik…inikan pula orang macam Mario Gomez beb! Kita sama-sama tunggu siapa yang bakal jadi Presiden FAM jek… Ke korang tak setuju? Cer cer bagi sebab laa beb…simpan dalam hati watpe… 😛

Cukup laa kot 4 sebab tak munasabah saya berikan nie kepada korang yang masih sudi @ baru mengenali blog cap ayam ini. Mungkin korang yang kategori coach Lesen Kelas A +++ ala Antonio Conte @ Pep Guardiola @ Jose Mourinho @ Arsene Wenger @ Zinadine Zidane @ Carlo Anchelotti @ Jurgenn Klopp boleh share pendapat korang ape pasal takde ribut, takde petir uncle mario gomez nie nak pergi meninggal JDT nie… 😀

Jika Sekarang Korang Selesa Dengan Teknik Buat Duit Online RM100 Sebulan  Tapi Ada Teknik RM10K Sebulan Yang Korang Boleh Dapat, Korang Tetap Nak Stay Dengan Visi dan Falsafah Sama – RM100?

mario gomez, mario gomez tinggalkan jdt, Roberto Carlos Mario Gómez, Mario Gomez sah tinggalkan JDT, build history, bina sejarah baru

Tidak! Jika perkara itu berlaku pada saya. Sebab kita buat duit online memang pada mulanya sekadar untuk mencari duit tambahan @ cari pendapatan sampingan akibat tempias ekonomi yang “atas kertas depan tv semua BAGUS….Realitinya kita sendiri tahu”.

Dan bila sudah mula mendapat rentak dalam kita buat duit online ini, visi dan falsafah ini boleh berubah kepada dari secara part time cari duit tambahan kepada full time mencari duit online. Salah ke? Tak salah bagi saya jika cara buat duit online tersebut asalkan BUKAN dengan dari cara “SEMBELIH” duit orang tanpa rasa bersalah.

Sebab itu untuk tahun 2017 ini, saya moving forward kepada niche buat duit online yang baru iaitu – Bercuti.My sebab bagi saya potensi untuk niche ini sungguh luas dan cuma masa sekarang ini MUNGKIN masa yang kurang sesuai kerana keadaan ekonomi serta matawang asing di seluruh dunia mengalami sedikit tidak menentu.

Tapi jika anda memperolehi hasil komisen dari jenis matawang euro @ USD hasil dari mana-mana produk luar negara, adakah ianya tidak menguntungkan sekiranya anda berbelanja di TESCO Melaka dan bukannya TESCO London UK?

Jika Mario Gomez telah berjaya membuktikan bahawa walaupon pada asalnya beliau begitu asing dengan budaya Malaysia tapi masih mampu bina sejarah gemilang buat pasukan JDT dalam usia senja + berambut putih, inikan saya mahupun anda yang masih lagi gagah dan kuat – urat besi tulang dawai beb!

Apa yang membezakan antara kita dan Mario Gomez adalah – Visi dan Falsafah Membina Kejayaan dan Sejarah Baru Dalam Karier Masing-Masing!

Saya tinggalkan cerita visi dan falsafah yang saya reka-reka ini dengan…
mario gomez, mario gomez tinggalkan jdt, Roberto Carlos Mario Gómez, Mario Gomez sah tinggalkan JDT,

Adios semua!

Kongsikan pandangan anda didalam ruangan komen dibawah ini bagi membantu kami mendapatkan respon (feedback) mengenai entri yang disampaikan ini. Anda suka dengan entri kami? TULAR @ Kongsikan dengan orang lain melalui media sosial dibawah ini.

(Visited 475 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

9 comments… add one
  • lagu one direction gak la yang ko layan.

    kira ok la tu beb.

    haha
    titan recently posted…A Fullmetal HeartMy Profile

    Reply
    • Lagu cuba ikut selera netizen bro…nak cuba pancing dari hati ke hati…ok laa kan… 😛

      Reply
  • takpe atok gomez berehatlah..kita perlukan tenaga baru…
    zik recently posted…Mario gomez tinggalkan jdt?My Profile

    Reply
    • Berehat jaga cucu heh en zik…takut kaki dah biasa menendang…sehari tak tendang tak lena tido… 😀

      p/s: Maaf yer en zik kita tompang atas sket dari awak…tp jgn risau…fans sukan sudah mengenali visi dan falsafah en zik lebih2 lagi dalam arena sukan…saya nie tebuk2 jek nak terjah berita sukan terkini nie… 😛

      Reply
  • Dah 2 tahun MG latih skuad Jdt.
    Mungkin tiba masanya pengurusan mahu tahap permainan Jdt maju selangkah lagi ke dpn.
    Apa yg pihak pengurusan mahukan mungkin tidak sama dgn falsafah permainan MG.
    Jurulatih keluar dan masuk adalah biasa dlm bolasepak. Bknnya tunggu sehingga 6 kali kalah baru direhatkan.
    Good job Mario Gomez. Boleh diangkat sebagai coach terbaik dlm Liga Malaysia untuk 2-3 tahun kebelakangan ini dgn pencapaian yg agak gemilang.

    Reply
    • Hoho2…Sebab orang macam saya yang takde lesen kelas A punya nie nampak potensi MG untuk kekal lebih lama itu dari segi percentage agak tinggi…maklum laa nak bina sejarah macam yang sedia ada tue bukan mudah… 🙂

      Dan saya bersetuju dengan tn iaitu JDT tidak mengamalkan istilah DIREHATKAN kepada mana-mana coach mereka. Dan tindakan luar biasa ini 1hari sebelum sepak bermula belum pernah dibuat rasanya oleh mana-mana pasukan lagi… 🙂

      Tapi tahap profesionalisme yang cukup tinggi diamalkan oleh kedua-dua pihak perlu kita berikan pujian… 🙂

      p/s: Jurulatih tanpa kalah keluar dari pasukan kurang biasa didengari tn tapi sangat disukai oleh pejuang2 papan kekunci…Maklumlaa aim treble 2017 nie tn… kita 2017 tahun berhemah jek…terbeli pulak tue player yang banyak score ala2 PENALTI…Tapi inshaALLAH 20hb bakal berubah dengan sentuhan magis mirip2 mr diego simieone 😛

      Reply
  • ramalan bos menghampiri kenyataan .. boleh jadi nih… haha , nantikannya bulan tiga kalau tmj menang boleh jadi..
    zik recently posted…Jadual penuh perlawanan JDT Piala AFC 2017My Profile

    Reply
    • Hoho2…InshaALLAH kalo orang yang betul memegang tampuk kerusi panas FAM kita mungkin akan merasa melihat HARIMAU MALAYSIA mengaum di pentas ASIA dan tidak mustahil ke PIALA DUNIA…ameen

      P/s: Doa kita semua AGAR JDT terus sukses dalam Piala AFC 2017 ini nanti…ACL dalam proses pembikinan. InshaALLAH stadium baru siap nanti kita bakal ke ACL…. 🙂
      Admin HQ recently posted…Kerja Dari Rumah Dengan iLancee Boleh Buat Duit Online Ke?My Profile

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Mudah RM100 Setiap Bulan Disini!