Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Mampukah Selangor Merah Kuning Dengan Misi 33 Yg Tinggal 90minit Lagi

selangor merah kuning, misi 33 selangor, misi 33 piala malaysia selangor, Mehmet Durakovic, final piala malaysia 2015, final piala malaysia 2015 selangor vs kedah,

Tahniah kepada selangor kerana berjaya mara ke final piala malaysia 2015 ini.

Saya antara ribuan anak johor masih bersedih atas kemangkatan almarhum putera raja dihati rakyat yang penyayang dan rendah diri – Tunku Abdul Jalil anakanda keempat dari enam adik beradik kepada Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan IskandarΒ  & Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Mungkin inilah takdir buat JDT dalam kempen Piala Malaysia 2015 ini.

Final Piala Malaysia 2015 antara Selangor vs Kedah, pasukan manakah pilihan anda?

Dan saya memilih Selangor sebagai calon juara Piala Malaysia 2015 ini.

Kenapa?

Bukan sebab saya nak bodek cikgu titan – salah seorang kipas susah mati the red giants, tetapi kerana….

Mampukah Selangor Merah Kuning Dibawah Kendalian Bekas Pemain Final Piala Malaysia 1995 Mehmet Durakovic Menjulang Piala Malaysia Buat Kali ke-33?

Kerana apa?

Kerana 12 Disember adalah tarikh keramat majlis resepsi sebelah pihak saya 6tahun yang lepas… πŸ˜€

Majlis resepsi tersebut juga diserikan lagi oleh bekas penyanyi bintang RTM tahun 1987 yang ingin dikenali dengan nama commercial kampung ” Abang Budin” πŸ™‚

Takkan takde sebab lain?

Ohh ada…Saya juga dilahirkan di Assunta Hospital Petaling Jaya – Salah satu kawasan panas di Selangor..

Itu hanya fakta2 picisan saya jek… πŸ™‚

Fakta-fakta menarik mengapa saya memilih Selangor Merah Kuning untuk muncul juala Piala Malaysia 2015 ialah:

  • Sejarah Selangor dalam Piala Malaysia itu sendiri.

Selaku satu-satunya pasukan yang berjaya menjulang piala malaysia sebanyak 32kali…bukan 3kali beb…Sejarah ini sahaja mampu membuatkan pasukan lawan dan kali ini Kedah Lang Merah juga gerun dengan reputasi gah ini. Sukar untuk saya ceritakan saat-saat mereka mampu menjuarai sampai 32 kali tue…namun saat2 yang masih terngiang-ngiang dikepala ini adalah pada tahun 1995,1996,dan 1997 – ( Ketika ini saya baru menginjak usia 15tahun).

Pada masa ini saya masih ligat di atas padang ( bermain bola utk pasukan sekolah sehingga ke peringkat daerah ) namun atas faktor keluarga yang berkehendakan saya lebih mengutamakan pelajaran, terpaksa saya kuburkan hasrat untuk terus melangkah LEBIH JAUH dalam sukan bolasepak ini… πŸ˜€

Namun atas faktor minat, saya follow gak cerita2 pasal bolasepak malaysia sambil2 layan English Premier League ( Pasukan kegemaran – TheReds You’ll Never Walk Alone…

Dan pada edisi piala malaysia tahun tersebut ( 1995,1996 dan 1997 ) pasukan selangor merah kuning mara ke FINAL 3 musim berturut-turut dan muncul JUARA. Pada masa ini pasukan selangor memang tengah tip-top laa orang cakap walaupun pada masa ini baru lepas dengan isu2 rasuah 1994…

Kalo anda lihat skuad diatas, kita boleh ibaratkan sama macam Real Madrid laa…Serba serbi lengkap dari bahagian bawah sehinggalah bahagian serangan. Sapa tak kenal boy a.k.a azlisham ibrahim?Sapa berani gentel dengan bek kental ismail ibrahim tue? Midfield yang berkarisma dan mempunyai daya bacaan bola atas padang yang cukup baik – shahril arsat dan pakar sepakan percuma kaki kiri yang padu ala2 roberto carlos iaitu mubin mokhtar. Dan siapa tak kenal kelicikan penyerang terbaik sepanjang zaman selepas era Allahyarham Mokhtar Dahari – Azman Adnan atau lebih popular dengan nama timangan man turn ( kredit info man turn : chedinsphere).

Namun bagi saya hasil kejayaan pada ketika itu ( 1995,1996 dan 1997 ) adalah kerana diterajui oleh seorang pemimpin yang sayangkan bolasepak Malaysia dan selangor amnya iaitu Dato’ Hj Mohd Aini bin Taib. Kalo tanya mana2 fans red giants pasti akan ingat nama ini punyalah… πŸ˜€ Dengan adanya kepimpinan pengurusan yang baik disamping memiliki kualiti pemain yang terbaik, tidak sukar rasanya sesebuah pasukan bolasepak untuk berjaya samada di pentas malaysia mahupun asia serta ke peringkat global. Inilah yang sedang cuba dibuat oleh pasukan kesayangan saya – JOHOR DARUL TAKZIM @ JDT masa ini… πŸ™‚

  • Faktor Mehmet Durakovic selaku bekas pemain dan Jurulatih Selangor 2015

Ramai yang tak percaya faktor mehmet durakovic ini sampaikan cakap2 kat saya…

jobdirumah, jobdirumah review, jobdirumah 2015, jobdirumah penipu, jobdirumah scam - Selangor

Ehhh bro…si mehmet durokovic tue coach jek bro…tau taktikal dier penting tapi kalo player macam afiq azmi, sharom kalam, andik vermansyah tak main confirm selangor out laa bro…

Apa yang hebat sangat bro mehmet durakovic? Nasib jek dapat bawa selangor pergi piala afc tahun depan itu atas sebab tok gajah ada isu dengan mohamad borji tue…

Bro kan fans JDT mana tau cerita-cerita panas…sekarang nie bertiup kencangΒ  ada ura2 mehmet durokoviv nie bakal ditendang kalo tak menang piala malaysia 2015 nie..

Hoho! Mari kita bukak kamus bolasepak sket…Walaupun pada masa itu saya baru berumur 15tahun, saya masih ingat dimana mehmet durokovic beraksi bersama selangor. Memiliki ketenangan & deria membaca gerakan lawan yang baik semada berada diatas padang, mempunyai ciri2 kepimpinan selaku ketua pasukan yang baik, itulah antara serba sedikit yang saya tahu mengenai coach selangor ini – Mehmet Durokovic. Tanpa beliau, tidak keterlaluan saya cakap belum tentu Selangor menang treble Piala Malaysia 1995,1996 dan 1997 tue… πŸ™‚

Memilik pengalaman sebagai seorang bekas pemain yang turut memenangi Piala Malaysia pada ketika itu dan kini berjaya sebagai salah seorang jurulatih yang disegani sudah semestinya aura tersebut akan diserapkan kepada pemain-pemainnya untuk final Piala Malaysia 2015 ini.

Inilah 2 faktor UTAMA yang saya rasakan cukup untuk meramalkan yang Selangor bakal menjulang Piala Malaysia 2015 untuk mencapai misi ke 33 mereka itu.

Dan jika piala sultan selangorΒ  ini dimenangi oleh skuad the red giants 2015 ianya akan lebih MANIS kerana 11 Disember merupakan Hari Keputeraan Sultan Selangor. Ini adalah hadiah TERBAIK buat Sultan Selangor – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Dengan reputasi 2015 mereka menewaskan finalis musim lalu – Pahang a.k.a Tok Gajah, sudah pastinya Selangor akan dianggap pasukan pilihan untuk final Piala Malaysia 2015 ini. Semoga Selangor “Merah Kuning” berjaya dalam misi ke 33 mereka kali ini.

p/s: Tak tau laa saya kot2 kalo cikgu titan sembelih kambing kalo selangor champion Piala Malaysia 2015 ini… jangan lupa jemput beb! πŸ˜€

Selangor Dan Misi 33 Dalam Final Piala Malaysia 2015! Sama-sama doakan kejayaan mereka kali ini!

 

Jom layan lagu keramat Merah Kuning nie beb…2minit jekk… πŸ™‚

Adios semua!

Kongsikan pandangan anda didalam ruangan komen dibawah ini bagi membantu kami mendapatkan respon (feedback) mengenai entri yang disampaikan ini. Anda suka dengan entri kami? Kongsikan dengan orang lain melalui media sosial dibawah ini.

Selangor

(Visited 461 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

3 comments… add one
  • Antara moment yg diingati ialah kegagalan Mehmet Durakovic menyempurnakan sepakan penalti dlm masa tambahan sewaktu final 1996 menentang Sabah. Tp nasib baik Selangor akhirnya menang menerusi sepakan penalti. Kalau tidakkkk… mgkn Mehmet pun x jadi coach Red Giants skg ni. Hahah

    Reply
  • aku semelih kambing.

    hujung tahun kang.

    sebab wat akikah anak aku.

    so..nak rasa daging kambing, moh la datang banting.

    dan yehh..selangor menang seperti yang diduga.
    titan recently posted…Asingkan SAMPAH dengan bijak. Baru BUANG dengan penuh hemah.My Profile

    Reply
    • Hoho! ayat seperti yang diduga tue… sapa pemain terkini menjadi kegemaran en titan? Saya tak rasa andik vermansyah… πŸ˜€

      Wah sebelih kambing buat kambing golek aa…alamak buat kan banting ingat kat masai…kalo tak masai cantik gak bleh singgah2… πŸ˜€

      p/s: Tengok anak dah goyang2 bontot dah tue..berjalan bleh cepat aa tue…lagi2 si waliq dah duduk dekat kan…ilmu genius p2p jek…:)
      Admin HQ recently posted…Aksi Menarik Final Piala Malaysia 2015 Kedah vs Selangor Dari Lensa HQMy Profile

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!