Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Mampukah Kedah Hijau Kuning Menggagalkan Misi 33 The Red Giants?

kedah, kedah pulun kedah, final piala malaysia 2015, kedah vs selangor 2015, Sandro Da Silva, Baddrol Bakhtiar, Kedah juara Piala Malaysia pada tahun 1990, 1993, 2007 dan 2008, bapa pembangunan bolasepak kedah Allahyarham Dato Ahmad Basri Akil, kedah hijau kuning

Entry ini adalah counter kepada entry “Mampukah Selangor Merah Kuning Dengan Misi 33 Yang Tinggal 90 Min Lagi” 🙂

Walaupun skuad JDT telah menamatkan cabaran lebih awal, ia tidak menghalang saya untuk menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 hari Sabtu ini. Tiada masalah untuk saya menyokong mana-mana pasukan kerana saya amat meminati bolasepak.

Yakinkan lah diri sendiri
Berjuang lah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

… begitulah antara bait2 awal lirik lagu kebanggaan skuad Kedah Darul Aman

Hujung minggu ini sekali lagi skuad Hijau Kuning Kedah yang diberi jolokan Lang Merah (dulu dikenali sebagai Kenari. Terima kasih info dari Pakcik Forex) akan memburu kejuaraan Piala Malaysia untuk kali kelima.

Kali terakhir Kedah memenangi Piala Malaysia adalah pada tahun 2008 di bawah bimbingan coach Azraai Khor Abdullah. Masa tu Kedah adalah gergasi bolasepak tempatan apabila merangkul 3 kejuaraan (Piala Malaysia, Piala FA & Liga Super) dua tahun berturut-turut iaitu 2007 dan 2008. Satu rekod yang saya rasa amat sukar untuk dipecahkan oleh mana-mana pasukan.

Moment Indah Final Piala Malaysia 2015 Kedah Vs Selangor

Mampukah Kedah Hijau Kuning Menggagalkan Misi 33 The Red Giants?Anda Rasa Bagaaimana?

Untuk rekod, Kedah memenangi Piala Malaysia pada tahun 1990, 1993, 2007 dan 2008.

Kecemerlangan Kedah dalam Piala Malaysia sudah bermula dari tahun 1987 lagi, di mana tiga tahun berturut-turut mereka layak ke final Piala Malaysia tapi dikecewakan oleh Kuala Lumpur. Waktu itu bolasepak Kedah diterajui oleh bapa pembangunan bolasepak mereka iaitu Allahyarham Dato Ahmad Basri Akil.

Kenangan menonton final Piala Malaysia melibatkan Kedah yang tidak dapat lupakan sudah tentu kejuaraan pada tahun 1990 di mana Kedah yang diperkuat pemain import seperti V Sundram Moorthy dan Rincic Brastilav telah menumpaskan Singapura dalam perlawanan akhir yang berlanjutan hingga ke masa tambahan. Pada perlawanan itu Kedah dianggap sebagai pasukan underdog memandangkan Singapura diperkuatkan ramai pemain bintang termasuklah Abbas Saad dan Allistair Edwards.

Kedah pernah juga ke perlawanan akhir dua tahun kemudian namun tewas di tangan Pahang 0-1 hasil jaringan awal Zulhamizan Zakaria. Gol yang akan sentiasa diingati akibat kesilapan ‘menendang angin’ yang dilakukan oleh Azmi Mahmud.

Tahun seterusnya Kedah sekali lagi mara ke perlawanan akhir dan sekali lagi menewaskan Singapura kali ini dengan jaringan 2-0. Kedah pada ketika itu diketuai oleh kapten marvel, Radhi Mat Din.

Kejayaan treble pada tahun 2007 dan 2008 tidak perlu diperkatakan lagi. Kedah yang memiliki skuad hampir sempurna di setiap bahagian gabungan tenaga import dan pemain-pemain muda yang digilap mereka. Pada tahun itulah munculnya Khyril Muhymeen Zambri, Baddrol Bakhtiar, Sabree Abu, Bunyamin Umar, Fadly Baharom, Shafiq Jamal, Shafizan Hashim, Roshaidi Wahab serta ramai lagi (tak keterlaluan sebahagian besar skuad adalah bintang muda). Ditambah pula dengan ketiga-tiga tonggak import mereka iaitu Marlon Alex James, Nelson Sam Martin dan Bernand Hugging yang membentuk gandingan mantap bersama Victor Andrag di barisan belakang.

Kedah Sang Lang Merah 2015 – Pulun Kedah Pulun!

Namun sejarah adalah sejarah, kini sekali lagi skuad Hijau Kuning Kedah mempertaruhkan gabungan pemain muda untuk kembali merampas Piala Malaysia untuk di bawa pulang ke Darul Aman.

Pemain Tumpuan

Untuk perlawanan akhir nanti suka untuk melihat sekali lagi kemahiran Sandro Da Silva mengemudi barisan tengah dibantu oleh pemain lincah Baddrol Bakhtiar serta Syazwan Zainon yang kerap melakukan larian-larian pantas memecah pertahanan lawan. Aksi Liridon Krasniqi juga diharap mampu mematahkan serangan-serangan awal yang direncana pihak lawan.

Barisan belakang Kedah kadangkala nampak sedikit goyah bila diasak namun saya merasakan Selangor tidak memiliki barisan strike force yang benar-benar mantap musim ini.

Ada Apa Dengan Selangor???

Pertama kali menonton aksi Selangor di stadium ialah ketika aksi Johor menentang Selangor di Larkin. Othman Katmon jadi keeper Selangor malam tu. Tahun 1992 rasanya.

Selangor pasukan penuh tradisi dan melahirkan bintang-bintang hebat. Ramai pemain berminat untuk bermain dengan pasukan Selangor. Mokhtar Dahari, Reduan Abdullah, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Amri Yahyah, Safee Sali, Safiq Rahim (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan sebahagian pemain yang pernah menyarung jersi Merah Kuning. Malah bekas pemain kebangsaan England, Tony Cottee juga turut pernah bersama Selangor.

Berbalik kepada perlawanan akhir nanti, kelebihan Selangor ialah kekebalan pintu gol mereka yang ketika ini adalah MUSTAHIL untuk dibolosi. Lain macam persembahan Norazlan Razali sekarang. Sebiji gol pun Pahang tak dapat masa separuh akhir. Jika persembahan ini diteruskan pasti barisan depan Kedah perlu menggandakan usaha 200% jika berhajat untuk menang.

Pada department lain pula saya nampak skuad Red Giant hanya biasa-biasa saja. Jika pemain Kedah bermain dengan baik, tiada sebab untuk mereka menggagalkan Misi 33 The Red Giant kali ini.

Ramalan dan harapan

Ramalan saya untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 akan berpihak kepada Kedah dengan kemenangan tipis 2-1.
Harapan saya pula kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan terbaik untuk perlawanan penutup Liga Malaysia tahun ini.

Ini Rumah Kita, Ini Liga Kita.
Hijau Kuning Lambang Kebanggaan. Biar Jasa Jadi Kenangan. Pulun Kedah Pulun.

Bagi panas sket dengan The Reds Giants Yang Bangga Sangat Dengan Juara Piala Malaysia 32kali tue…layan beb bagi naik semangat anda – kedah pulun kedah! Rindu beb suara dengan Allahyarham Dato Hasbullah Awang – Pengulas Tersohor Sepanjang Zaman….!

Kedah

(Visited 986 times, 1 visits today)

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

8 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!