Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Majlis Resepsi Hans Yusoff dan Malissa Sahari Astro Awani 19 Dec 2015

hans yusoff, Malissa Sahari, majlis resepsi hans yusoff dan malissa sahari, Malissa Sahari astro awani, hans yusoff Astro AWANI News Anchor, Founder of HansandMel, dato hj aznil nawawi, DATO’ DR. MOHAMED MUSTAFA BIN ISHAK VC UUm, Astro On Air Talent clan, ck faizal, hilal azmi, hana ismail, Hafizul Kamal

Selepas selesai solat subuh, saya terus ke bilik hero2 kecil saya…

Abang…adik…jom bangun…nak siap2 nie kita nak ke penang…

Dalam mamai2 gak dua-dua si cilik lepas minum susu botol tuelah saya bersama isteri tercinta siapkan…

Masuk jek kereta buruk kami, si adik tiba2 bertanya…

Ayah,nak gi mana nie?

Belum sempat saya nak jawab, si abang yang agak petah bercakap terus respon

Nak pegi jumpaΒ  pak nil laa dik..yang ayah cakap malam tadi masa tengok astro ceria tue…

Saya hanya mampu tersenyum dan dalam hati cuma terdetik…

Ya Allah, permudahkan perjalanan kami dari selatan menuju ke utara ini dan harap anak2 kecil saya dapat berjumpa secara LIVE dengan paknil yang mereka hanya lihat di kaca televisyen tue…ameen

Hampir 6jam juga perjalanan kami “muar southern family” untuk ke sana dan akhirnya tiba di…

Majlis Resepsi Hans Yusoff dan Malissa Sahari (Astro Awani 501) 19 Dec 2015 Di SP Arena Seberang Jaya, Penang

Sebenarnya, saya nie dah lama tak berhubung dengan hans yusoff.

Tapi nak dijadikan cerita, bekas rakan lama hans yang dipanggil “Matpo”(rakan sekampung saya di muar) ada cakap yang hans yusoff nak kahwin..dan cakap kat saya yang si hans dah edarkan kad undangan majlis mereka…

Pergh…sampai kat sana jek, tengok dah ramai dah..penuh dewan ooo…maklum aa yang kahwin nie bukan calang2 orang…anchor news astro awani 501 beb! Bukan sorang yang kerja astro awani tapi both of them – Hans Yusoff & Malissa Sahari.

Biasa laa kan orang kampung macam saya nie datang kerja kahwin, biasanya “rewang” dulu…Memandangkan kereta buruk saya parking kat belakang hampir2 ngan bus tue, saya sempat pergi tengok sendiri team2 tukang masak bertungkus lumus untuk menyediakan hidangan yang cukup “enak” buat para tetamu yang hadir…

hans-yusoff-malisa-sahari-Majlis-Resepsi-19Dec-2015-SPArena-momen-masak-masak - Hans Yusoff

Jangan kata ada nasi minyak jek…nak char kueh teow panas pon ada kat belakang tue..nak putu bambu pon ada… πŸ˜€

TQ So much team tukang masak! Tanpa korang confirm kitaorang dalam dewan kebuluran…Korang masak memang superb! Tapi adat laa tekak lain2 mesti ada rasa masin sket…manis sket… πŸ˜€

Yerlaa…Hidangan yang sedap & servis yang tiptop amatlah diharapkan oleh keluarga kedua-dua belah pihak ini..Bukan apa dalam list ada tetamu VVIP yang hadir ke majlis resepsi Hans Yusoff & Malissa Sahari nie..Antaranya termasuklah…

Antara tetamu VVIP yang saya maksudkan adalah Sifoo & mentor kepada hans yusoff & malissa sahari iaitu – Dato Aznil Hj Nawawi. Inilah orang penting yang telah mengesan bakat mereka berdua dan dibentuk untuk menjadi sebahagian daripada Astro Talent Entertainment Family!

Rakan-rakan dari astro awani clan turut hadir memeriahkan suasana majlis resepsi hans yusoff & malissa sahari ini. Dalam ramai2 yang hebat ini saya rasa cukup bertuah kerana dapat bersua muka secara “LIVE” dengan orang penting dalam industri media ini iaitu – Suhaimi Sulaiman – Yang dulu banyak saya lihat dari kaca tv sejak dari zaman sekolah lagi menerusi rangkaian siaran dari TV3!

Buat brader dzulfitri astro awani yang saya sapa dengan nama shafizan johari…kalo tak sapa salah nama xkan laa brader sudi nak bergambar dengan saya – brader muar southern family yang datang dengan baju lusuh hitam kasut boots kuning nie… πŸ˜€

Buat brader nazri kahar astro awani yang dah duduk sebelah saya jek tapi tak dapat nak selfie rasa galad pon ada…saya cuma dapat bertanya sapa geng2 astro arena yang hadir..sebab saya harapkan brader kulim hafizal hamad hadir.. πŸ˜€ Tapi bila nampak brader nazri secara live tue pon kirer antara momen indah buat saya – budak kampung muar southern ni… πŸ˜€

Antara momen indah di majlis resepsi hans yusoff & malissa sahari untuk mereka yang tak dapat jadi followers both of them samada di fb @ IG – maklum aa selebriti, nak jadi follower bukan senang beb…saya sendiri pon tak dapat… πŸ˜€ yang dapat saya kongsikan di blog picisan ini termasuklah…

Tapi mesti ada dari kalangan korang tertanya-tanya…

Pe hal plak bro dok sibuk2 nak bikin entri khas majlis resepsi hans yusoff & malissa sahari nie…bro yang jadi kamera man tue ker?

Bro nie orang astro ker sampai kena kipas both of them nie…cukup2 laa tue dah glamour tak TV lagi2 astro awani 501…

Bro saje jek heh nak cari publisiti murahan…sambil2 citer pasal hans yusoff & malissa sahari nie, blog picisan nie dapat gak tempias kan…

Fakta-fakta Menarik Mengenai Hans Yusoff – Anchor News Astro Awani 501

 

Hoho! Antara fakta-fakta menarik yang saya boleh share ngan korang yang tengah baca entri ini – kami kenal kerana sama2 belajar di salah sebuah universiti awam di Malaysia sekitar tahun 2005-2008 :

Korang ada perasan tak gambar mula2 tadi yang kad undangan tue…dulu masa mula2 kenal mati2 saya ingat mamat nie memang ada kena mengena dengan kerabat brunei beb! Nak kenalkan diri dulu pon takut2 beb…nama sebenar nya pon cukup gah untuk diberitahu – Mohd Hassanal Bolqiah! πŸ˜€

Pernah memiliki sebuah motosikal 125z rim putih helmet hitam plat no PGH DOT DOT DOT (betulkan saya kalo anda hans terbaca entri ini)Β  Moto nie tak aa laju macam moto dalam filem farid kamil tue.. πŸ˜€ Dan dengar khabar moto nie dijual kepada budak johor dan tak silap MUAR…( puas aku cari hans.. kat balai takde…kat dalam sungai kot… :D)

Pernah memiliki sebuah kereta kelisa bewarna oren – mini cooper celup orang jawa cakap…Dengan kereta nie laa saya dapat merasa ronda2 UKM dengan aweks budak2 hostel, budak-budak rumah bujang beb! Hans nie kirer tak berkira aa dengan kenkwn…

Pernah merasa duduk rumah sewa tingkat 5 di hentian kajang bersama saya, kaka, najmi dan rakan2 lain. Antara momen indah masa kami berempat duduk rumah sewa nie adalah, kami pernah makan sahur sama2…makan berbuka sama2 dan pernah buat majlis kecil2 sambutan raya dengan aweks kenalan2 rapat kami… πŸ˜€

Pernah berambut panjang sampai pakai iron rambut beb sebab rambut dier tak lurus macam saya… πŸ˜€

Pernah memiliki telepon brand sony ericsson yang pada masa zaman student nie kira kalo ada handphone mahal kirer terer aa… bukan apa, nak telefon aweks mak abah kat kampung beb…orang tua kat penang jauh beb tak bleh datang selalu… πŸ˜€

Yang pengapit – zool beliau masa majlis resepsi tue brader baju warna merah jambu tue…adalah bekas roomate beliau semasa di kolej kajai di UKM…yang saya dengar khabarnya dah jadi businessman berjaya dengan biz affiliate…tahniah bro! kipidap bleh tekel pengapit malissa plak beb! dengar cerita orang klebang jek si norsiah@noi astro awani talent family… πŸ˜€

Si hans yusoff nie kipas susah mati MUTD beb! Saya plak budak hingusan fans NYWA…kiterorg kalo layan bola bila both team lawan boleh goyang meja kedai mapley ameer ali seksyen 15 bangi tue… πŸ˜€

Pernah memiliki jam bewarna coklat brand fossil…jam kenangan ni beb! ( Betulkan saya hans kalo ada terbaca heh! )

p.s: Buat hans yusoff, ini jek beb yang sempat aku ingat sepanjang kita kenal sebelum hang popular masuk astro awani nie…kalo ada yg salah ker maaf laa beb! Ini semua momen indah yang jarang2 orang tahu… πŸ™‚ Dan kalo ada yang nak mintak di buang just buzz jek kat ruang komen dibawah nie (Itu pon kalo baca laa dari entri blog picisan ini..hoho! )

Buat hans yusoff & Malissa sahari, saya mewakili muar southern family ingin ucapkan selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam kehidupan yang baru.

Tak banyak nasihat yang bleh share pon sebab saya sendiri pon baru 6tahun berumahtangga…masih banyak yang perlu belajar lagi. Just yang bleh cakap, lekas2 laa berbulan madu dan dipermudahkan utk dapat cahayamata – pengikat kasih sayang korang di masa hadapan.. πŸ™‚ Kami sekeluarga doakan cepat2 dapat baby…inform kami beb inshaAllah kami dapat datang lawat momen baby dari selebriti tv heh… πŸ˜€ Bukan per, tengok si mel tue layan budak betul2 penuh mesra masa kita lepak2 santai di McD Autocity sebelum kami pulang kembali ke southern – Muar Bandar Diraja

Buat hans yusoff & malissa sahari, terima kasih kerana korang berdua masih sepertimana macam dulu2 gak walaupon sekarang dah bergelar & become “somebody” in malaysia industry…semoga korang terus sukses dalam lapangan yang sedang korang ceburi sekarang ini – ASTRO AWANI 501. Nak bagi hadiah mahal2 tak mampu….tapi cukuplah dengan doa mustajab dari kami – Muar Southern FamilyΒ  buat kalian berdua…AMEEN

Adios semua!

Kongsikan pandangan anda didalam ruangan komen dibawah ini bagi membantu kami mendapatkan respon (feedback) mengenai entri yang disampaikan ini. Anda suka dengan entri kami? Kongsikan dengan orang lain melalui media sosial dibawah ini.

Hans Yusoff

(Visited 2,396 times, 2 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

7 comments… add one
  • teringin gak nak jadi glamer dan mempunyai ramai pengikut tegar..
    mrhanafi recently posted…Cabaran Tempat Kerja Kian TerasaMy Profile

    Reply
    • Bukan sekarang mrhanafi dah ramai followers? Tgk HB tue semakin dikenali ramai… πŸ™‚

      Best mmg best bro tapi bila fikirkan privasi tue kadang2 boleh jd semak kepala gak… tp lumrah manusia berkeinginan dikenali dan disukai ramai orang…

      InshaAllah suatu hari mrhanafi juga turut mampu menjadi seperti mereka…ameen
      Admin HQ recently posted…Review Legoland Hotel Malaysia Resort Part #2My Profile

      Reply
  • pehh..

    hang pi cover event kah?
    titan recently posted…Tulis buku dan JUAL.My Profile

    Reply
  • Kaver event? baca ke tak baca nie bro… πŸ˜€

    Ker klik cursor terus jump bawah jek…tau bro citer kawan seni tak ngancam macam bro… πŸ˜€ baca sket fakta2 menarik orang tersohor astro awani nie – hans yusoff & malissa sahari…penat remember kenangan lama tue bro… πŸ˜€
    Admin HQ recently posted…Pertandingan Seni Komen Terbanyak Dan Terlajak Baik Punya!My Profile

    Reply
  • cantik tema dorang. dengan ekonomi sekarang ni kena berjimat dalam kenduri kahwin. jangan sampai berhutang untuk kenduri..
    hasif recently posted…Testimoni MindatifMy Profile

    Reply
  • Kehadapan Syam dan isteri serta anak anak yang comel.

    Mel baru terbaca entri ni bila google nama sendiri kt ruangan google search tu. Tenampak gmbr kad kawen. Tak scroll bawah tp baca dr mula sampai habis. Gelak senyum dan sedih sekali dengan terharu pun ada.

    Mel pun secara tidak lansong kongsikan apa yg Syam share dengan Hans. Ketika itu Hans tengah drive dan Mel pun becrita semula dengan Hans

    Dia bdekah dekah gelak dan akhirnya terharu πŸ˜‚

    Terimakaseh Syam dan keluarga, kami sangat menghargai pemberian dr kamu sekeluarga πŸ’•

    Salam rindu dari kamek beduak untuk kitak orang ❣

    Reply
  • Maaf ciktom tak tengok berita astro awani..jadi tak kenal diorang berdua..tapi kira memang top la tue kan..majlis pun grand..

    Baguslah diorang dah glamour pun tak lupa kawan2 lama…semoga persahabatan korang semua berkekalan buat selamanya…
    cik tom recently posted…Review Pengalaman Menggunakan CoolHijab Untuk Masalah RambutMy Profile

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!