Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Johor Darul Takzim Juara Piala AFC 2015 – Syabas dan Tahniah

johor darul takzim juara piala afc 2015, juara piala afc 2015, jdt juara piala afc 2015, JDT juara piala afc yang pertama dari malaysia,

Huhh!!!

Mengalir air mata jantan nie bila tiupan wisel dari pengadil jepun berakhir….!!!

Macam tak percaya dengan keputusan semalam…MALAM 31OKTOBER 2015 JDT PUNYA…!!!

Bermain di tempat lawan, bermain dibawah suhu sampai 5 celcius, perjalanan kapal terbang sampai berbelas-belas jam siap kena transit lagi, dengan penyokong setia dari BOS yang hanya berapa kerat jek dapat sampai kat dushanbe nie…..namun semua ini tidak menghalang untuk Johor Darul Takzim Juara Piala AFC 2015 buat kali PERTAMA dalam sejarah bolasepak moden dari bumi Malaysia – Tanah Tumpahnya Darahku!

Betul lah bila orang parit jawa – port makan asam pedas NGETOP di muar selalu cakap….

Kalo dah rezeki dari menang percuma ker, takkan kemana…. ๐Ÿ˜€

Fakta-fakta menarik yang korang mungkin tidak ramai yang tahu….

Johor Darul Takzim Juara Piala AFC 2015



Booking.com

  • Pasukan kelab YANG PERTAMA dari malaysia yang berjaya mara sehingga ke FINAL dalam piala AFC
  • Pasukan kelab YANG PERTAMA juara dalam peringkat benua – semua edisi lepas berjaya ditakluk oleh pasukan dari benua asia barat!
  • Pasukan kelab YANG PERTAMA hater paling benci sebab nak main bola bawak askar masuk stadium!
  • Pasukan kelab YANG PERTAMA menang percuma di peringkat SEPARUH AKHIR
  • Pasukan kelab YANG PERTAMA berjaya TAKLUK LUASKAN PENGARUH sehingga ke peringkat dunia ( sign MoU dengan kelab terkemuka dunia – Borussia Dortmund)
  • Nak listkan banyak sangat takut haters lagi hangin jek…Cer korang plak yang listkan…hoho!

Watak UTAMA disebalik kejayaan Johor Darul Takzim Juara Piala AFC 2015 sudah semestinya…..

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim – Tunku Mahkota Johor

3 Teras utama yang Pasukan Kelab Johor Darul Takzim

  • Mempunyai sebuah pasukan bolasepak yang berkualiti
  • persatuan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, dan dikenali sebagai sebuah kuasa bolasepak di seluruh Asia dan juga dunia
  • untuk menyatu-padukan rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama, serta menggalakkan generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat

SUMBER: JohorSouthernTigers

Watak-watak lain yang membawa kepada kegemilangan Johor Darul Takzim Juara Piala AFC 2015 adalah….

Perlawanan semalam ada kisah yang menarik perhatian para haters yang tak habis2 nak hemtam @ cari kelemahan pasukan Johor Darul Takzim Juara Piala AFC 2015 nie….

Sudah laa bro…pergi final pon NASIB JEK…sebab masalah persatuan bolasepak KUWAIT. cuba repeat semula game tue silap2 bungkus kat bumi pak arab tue…!!!

Bro, mata ko nie sama “kerow” macam pengadil tepi corner dari jepun tue! Ada ker cakap gol saat akhir fc istiklol OFFSIDE…pengadil tahap macam tue ker dalam piala AFC!

Tanpa para haters dalam bolasepak nie mmg tak syok laa… ๐Ÿ˜€ Malas laa nak ulas panjang2 cer cer mata korang tue bukak besar tengok kat bawah nie….

Sekarang mata sapa yang “kerow” si refree dari japang ker korang yang memang dah buta hati dengan JDT nie…Cakap tue biar tengok betul2 game tue…bukan hentam keromo jek cakap tue – kata wak jawa amri yang tak dapat bermain malam tadi… ๐Ÿ˜€

Rahsia sebenar disebalik kemenangan Johor Darul Takzim Juara Piala AFC 2015 semalam adalah pemain ini….

Saya antara sebahagian dari bangsa johor – anak-anak muar khasnya tumpang berbangga atas kejayaan ini. Nak membina sejarah sebegini sebenarnya tidak perlu pon sampai 30tahun lamanya….yang penting niat @ nawaitu itu betul disamping usaha keras tanpa mengenal erti putus asa barulah hasilnya dapat dituai sepertimana yang berlaku semalam. Dan jika masih tidak mampu membawa sebarang perubahan, berundurlah hanya untuk agama bangsa dan negara tercinta… ๐Ÿ™‚

Jom layan sket sebahagian daripada petikan lagu keramat JDT Luaskan Kuasamu…!!!

Aleโ€ฆAleโ€ฆAleโ€ฆ.Aleโ€ฆAleโ€ฆAleโ€ฆx2
Ayuh Johor, Ayuh Johor
Luaskanlah kuasamu Johor
Kami ada, kami ada sentiasa bersamamu Johor

Aleโ€ฆAleโ€ฆAleโ€ฆ.Aleโ€ฆAleโ€ฆAleโ€ฆx2
Ayuh Johor, Ayuh Johor
Luaskanlah kuasamu Johor

Kami ada, kami ada sentiasa bersamamu Johor…

 

Ikhlas Dari Kami Team PerniagaanInternetHQ ingin mengucapkan…

Tahniah & Syabas Johor Darul Takzim Juara Piala AFC 2015

 

p/s: Sambil2 nie nak bagitau skali laa yang semlm kelab YNWA kendalian pak kulup berjaya tembus bas pak moron tue..sayur jek pak moron kena titik semlm…Kita tunggu plak yer kad jemputan kahwin pak van gagal ngan pak asan yer ๐Ÿ˜€

Adios semua!

 

 

Johor Darul Takzim Juara Piala AFC 2015

(Visited 705 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

14 comments… add one
  • So, skg ni skuad kebangsaan Malaysia tak maju, tak pegi jauh & jadi team belasahan sbb ‘player2 yg ada skg ni mmg tak boleh dibentuk lagi’ atau ……?

    Reply
    • Sabar2 abg jenal..Sebahagian @ lebih baik saya cakap 3/4 pemain skuad kebangsaan malaysia dibarisi dari pasukan kelab JDT juga. Cuma agak menghairankan KENAPA mereka masih tidak berupaya untuk bermain sepertimana bagus macam JDT?

      Boleh saya rumuskan dari sudut kecil pandangan saya :
      1) Skuad kebangsaan Malaysia diberi peluang sekali lagi untuk dibentuk daripada kepakaran asing – Jurulatih yg sudah ada resume dalam bolasepak dari kalangan ASIA mahupun ASEAN. Ambil BRENDAN RODGERS pon rasa tak mampu nak bentuk sebab kurang pengetahuan tentang bolasepak kita.

      2) Barisan Jawatankuasa yang sedia ada mungkin PERLU berundur untuk beri ruang pada mereka yang betul2 arif tentang bolasepak. Bukan persoalan tak kenang jasa atau sebagainya, sudah ckup lama diberikan peluang dan ruang namun HASILNYA?

      3) Buka RUANG untuk beri kerakyatan kepada pemain asing yang boleh menyumbang kepada bolasepak Malaysia. Behentilah dari cakap2 pasal anak jati laa, sejarah lampau tak perlu pon pemain boleh jek pon..Contoh terdekat kita, JEPUN dulu masuk world cup pon ada 1 2 player dari warganegara luar. Memang bukan utk jangkamasa panjang, setidak2-tidaknya dalam tempoh 10 tahun dari sekarang kita mampu meningkat tak banyak pon jadi laa sampai top 100 dalam ranking dunia….Cuba skrg rasa lega sebab JDT sudah mula mengorak langkah mencari pemain2 naturalisasi utk tujuan ini… ๐Ÿ™‚

      Bak kater kawan abg jenal, sukan bolasepak malaysia, sukan kesayangan kita semua!
      Admin HQ recently posted…#Review Lynk.my Contest SEO 2015 Buat Duit Mudah Dengan Ringkaskan URLMy Profile

      Reply
  • bukan mudah untuk sampai ke tahap ini.. fuhh.. menang pun tipis jugak.. boleh tahan kelab dari timur tengah nih.. inilah kali pertama pasukan dari asean… tahniah jdt.. luaskan kuasa mu..
    zik recently posted…Video gol highlights jdt 1-0 Istiklol fc piala afc 31.10.2015My Profile

    Reply
    • Betul tuan zik! Ini baru peringkat asia kita mampu takluk, kalo kita mampu masuk world cup, tak tahu laa macam mana rasanya nanti…agak2 bila laa tu kan.. ๐Ÿ˜€

      Kelab2 dari timur tengah @ asia barat nie kita jarang2 tengok mereka beraksi. Al Hilal, Al shabab, Al-Nassr, dan banyak lagi yg mana kelab2 nie dibarisi banyak pemain tempatan tapi mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.

      p/s: Mungkin dieoerg nie lagi kuat pakai minyak dhabb agaknya..sini minyak gamat tak berapa ngan MENGAUM… ๐Ÿ˜€
      Admin HQ recently posted…#Review Mudah Ke Buat Duit Dengan Amazon Dari Sistem Nichify?Betul Ke?My Profile

      Reply
  • tahniah beb.

    bangga kejap sebab anak dan bini gua orang johor.

    tetapi selangor tetap dihati.
    titan recently posted…I believe YOU can fly?My Profile

    Reply
    • Ohhh anak ngan isteri solehah orang johor… ๐Ÿ™‚

      Kwn pon lahir selangor – assunta petaling jaya tinggal dibesarkan di johor.

      Wpun bukan anak jati lahir johor, tp jiwa dan hati tetap bersama johor… ๐Ÿ™‚

      p/s: Selangor tue kalo pencenkan org tua rambut putih tue dalam admin FAS bleh pegi rasanya tue…sabor bro tggu dier pencen @ buat petisyen suruh pencen ker.. ๐Ÿ˜€
      Admin HQ recently posted…Johor Darul Takzim Juara Piala AFC 2015 – Syabas dan TahniahMy Profile

      Reply
  • perubahan besar yang dilakukan oleh TMJ membuahkan hasil dan mencipta sejarah yang cukup besar buat bolasepak negara
    zool recently posted…Justin Thomas juara CIMB KlasikMy Profile

    Reply
  • tahniah JDT. mesti banyak jugak haters diam bila JDT menang AFC ni.
    musadun recently posted…Harga Baru Tambang KTM Komuter Bermula November 2015My Profile

    Reply
    • Hoho! tapi bro kalo haters diam macam tak syok plak kita di JDT nanti…skrg mereka bahan2 kita pon dah menang kat asia…mana tau haters lagi berbakul2 bahan jdt lagi kita bleh layak sampai piala super benua yg lawan champion2 kelab utama dunia tue.. ๐Ÿ˜€

      Bleh gak tgk live farizal marlias tangkap bola sepakan gunting luis suarez ker… mohon2 kita berjaya laa sampai peringkat tue nanti…ameenn!
      Admin HQ recently posted…#Review Formula Affiliate Oswald Justin Pendapatan Sampai Dapat RM30KMy Profile

      Reply
  • confirm la jdt bukan menang nasib…

    tahniah kepada orang Johor
    topijerami recently posted…Promosi Unifi 2015 30 MBPS dan 50 MBPSMy Profile

    Reply
    • Memang confirm punya bro!

      Siap dah berarak dengan bus tanpa bumbung dengan piala lagi…

      Kita tggu malaysia cup 2015 nie plak…JDT angkut tak kali nie… ๐Ÿ™‚

      p/s: Haters tnggu JDT kalah jek bro…kalah jek menyalak satu kampung ooo… ๐Ÿ˜€

      Reply
  • Duit berlambak buleh la citer sial,buleh la champ,tgk la jdt kaya camne,cube tak kaya mau nye player nk dtg n maen kt ngko,real madrid,barca n man u berjaya sbb org kaya byk labur,begitu juge dgn man c dipegang oleh jutawan arab,chelsea jutawan russia n leicester city dibeli oleh jutawan siam,apo bangang punyo statement…

    Reply
    • Hoho! Dah berjaya pon dibenci..kalah pon dimaki… ๐Ÿ™‚

      Jangan macam tue tuan… Bleh laa rasa bangga gak nama malaysia berjaya di pentas asia nie… ๐Ÿ™‚

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!