Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Belasungkawa: Yus Jambu (Pak Yus) Meninggal Dunia

belasungkawa yus jambu, juara program Raja Lawak musim yang pertama, pak yus meninggal dunia,

Secara umumnya tiada kategori khusus untuk hiburan dalam blog ini tetapi saya telah berbincang dengan tuan tanah Admin HQ untuk menulis satu entri berkaitan dunia hiburan. Dengan izin beliau, dapatlah saya menulis tentang satu berita sedih ini.

Selepas Subuh pagi tadi seperti biasa saya melayari sebuah forum popular tempatan yang sering saya kunjungi. Thread pertama yang saya baca berbunyi ” Sah : Yus Jambu meninggal dunia.. Innalillah” Biar betul berita ni!! Saya terkejut, rasa macam tak percaya. Apatah lagi berita-berita khabar angin yang palsu tentang kematian seseorang sering kita baca di internet khususnya di laman sosial.

Membaca baris-baris dalam thread tersebut membuatkan perasaan mula resah. Rasa terkedu, rasa sedih dan masih mengharapkan berita itu tidak benar.

Seterusnya saya ke laman sosial. Apabila membaca tweet yang ditulis oleh Perdana Menteri Afdlin Shauki terpaksalah saya akui berita tersebut adalah benar. Benar, Pak Yus telah meninggal dunia malam tadi akibat sesak nafas.

Perginya Seorang Penghibur Yang Sukar Dicari Ganti Yus Jambu @ Pak Yus… 🙁

Allahyarham Yus Jambu atau mesra dengan panggilan Pak Yus, nama sebenarnya Yussry bin Edoo merupakan seorang pelawak yang saya minati. Secara peribadi saya agak lewat mengenali beliau memandangkan ketika beliau menjadi juara rancangan Raja Lawak musim yang pertama saya masih belum lagi melanggan Astro di rumah. Saya hanya mula follow apabila beliau membentuk gandingan kumpulan Jambu bersama Tauke.

Aksi lawaknya sangat bersahaja, spontan, kadangkala merapu dan gila-gila tetapi sangat menghiburkan. Walaupun ramai yang meminati Johan mahupun Zizan ataupun Jep dan Nabil tapi saya lebih memilih Yus. Setiap kali menonton Yus di kaca televisyen pasti buat saya tak kering gusi, tetapi bukan lagi pada hari ini. Pagi tadi Astro Warna seperti biasa ada menayangkan Karoot KomediaX musim kedua, saya tidak sanggup untuk menontonnya. Tiada lawak lagi pada hari ini. Pemergian Yus Jambu merupakan satu kehilangan besar buat industri hiburan tempatan khususnya dalam dunia lawak.

Fakta-fakta mengenai Pak Yus yang saya tahu:

  • juara program Raja Lawak musim yang pertama.
  • berasal dari Perlis dan pernah menjadi pemain terbaik bolasepak sewaktu sekolah rendah. Dan pernah bermain bersama Yusri Che Lah ( bekas pemain kebangsaan Malaysia) dalam kejohanan Piala Milo Bawah 14Tahun
  • satu sekolah dengan Rita Rudaini sewaktu sekolah menengah,
  • pernah mempunyai sebuah band metal bernama Genocide di mana Yus merupakan vokal serta bermain gitar.
  • pernah menganggotai kumpulan tarian.
  • menyertai rancangan-rancangan pertandingan lawak di Astro Warna (Super Spontan & Maharaja Lawak) setiap musim dan sering mara ke peringkat akhir.
  • antara punchline popular beliau “apa pun tak boleh”, “boleh tuju lagu?” “kicap nak?”, “malu kat orang” dll. Nama Yaya Toure pemain bolasepak Manchester City juga sering menjadi bahan punchline dalam lawak-lawaknya.
  • seorang yang sangat penyayang di kalangan rakan-rakannya.
  • masih lagi terlibat dalam satu program Astro yang sedang berjalan iaitu Juara Parodi.
  • amat meminati sukan bolasepak dan bersetuju untuk muncul dalam program Bola@Mamak bulan depan namun tidak kesampaian.

Semoga roh Allahyarham Pak Yus dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman. Salam takziah buat seluruh keluarga Pak Yus serta peminat-peminatnya.

Al-Fatihah…Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat….Yus Jambu @ Pak Yus

 

*** Berita sensasi: Ada seorang kawan kita bakal keluar tv Astro?? Nantikan kemunculannya.

Yus Jambu

(Visited 1,221 times, 1 visits today)

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

10 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!