Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Belasungkawa: Dato Hasbullah Awang Meninggal Dunia

“perlawanan malam ini yang akan merintis kemungkinan siapa akan ke final”

“sifirnya sangat mudah. jika seri sudah cukup untuk pasukan *** layak ke final”

“amri yahyah anak kelahiran tg karang selangor, di waktu kecilnya sering berlari2 di batas sawah”

“ayahnya adalah seorang guru silat di alor star, itulah dia khyril muhymeen”

“hantaran khyril muhymeen terus mencari badrol muhayat” (sebenarnya badrol bakhtiar)

“tetapi sempat disekat oleh rizal fahmi che mat” (sebenarnya rizal fahmi rosid)

“bersilat matyo di situ apabila diasak”

“Gol pertama dari JDT dijaringkan oleh Amri Yahyah…” (promo Liga Malaysia tahun lps)

“hantaran dari ****… ke TENGAHHHH!!!”

“bola keluarrrr.. ohh dalam.. keluar ataupun dalam” (ulasan badminton)

Hasbullah Awang

Itulah secebis dari ulasan hebat seorang pengulas sukan tersohor Malaysia Dato Hj Hasbullah Awang.

Hari ni kita dikejutkan dengan berita pemergian beliau. Dato Hasbullah Awang disahkan meninggal dunia jam 12.20 tengahari tadi ketika mendapatkan rawatan jantung di IJN.

Yang tinggal kini hanya kenangan ulasan beliau yang sering kita lihat dan dengar saban hari di kaca televisyen.

Secara peribadi saya mula mengenali nama beliau di kaca tv sejak dari kecil lagi disebabkan saya seorang peminat sukan. Dato Hasbullah Awang sangat hebat. Beliau sering diangkat sebagai seorang pengulas sukan legenda terbaik selepas Dato Rahim Razali. Kelebihan beliau ialah kerana beliau boleh mengulas pelbagai jenis sukan, berbeza dengan kebanyakan pengulas lain yang hanya memilih untuk mengulas sukan-sukan tertentu sahaja. Sebut sahaja sukan apa, rasanya banyak sukan yang Dato Hasbullah pernah ulas. Mungkin disebabkan faktor itu beliau sering tersasul menyebut nama individu tertentu. Yelah, cuba bayangkan berapa banyak nama beliau kena ingat. “itu dia jaringan oleh RIO FERDINAND.. ya RIO FERDINAND”… teringat saya promo World Cup beberapa tahun dulu.

Dato Hasbullah Awang juga pernah menjadi pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 satu masa dulu, sebaris dengan Aziz Desa dan yang lainnya. Itulah kelebihan Dato Hasbullah Awang, pengulas legenda dan pengacara serba boleh.

Seumur hidup saya hanya pernah sekali saja berjumpa dengan Dato Hasbullah Awang iaitu pada tahun 2012 semasa Le Tour De Langkawi. Ketika itu tempat saya dipilih sebagai salah satu stage penamat LTDL. Saya sempat bertemu dengan beliau. Sangat cool dan rendah diri orangnya.

Hasbullah-Awang - Hasbullah Awang

Hasbullah-Awang - Hasbullah Awang

Tahun 2014 beliau telah membuat keputusan untuk berhijrah dari RTM ke Astro Arena Saluran 801. Wajah dan suara beliau dapat kita dengari setiap minggu terutama ketika siaran langsung Arena Bola Liga Malaysia di Astro Arena. Awal tahun ini kita diberitahu Astro Arena tidak lagi mendapat hak penyiaran Liga Malaysia dan kebimbangan melanda kerana tidak lagi dapat mendengar ulasan Dato Hasbullah Awang dalam Liga Malaysia.

Walau apa pun di harapkan satu hari nanti akan muncul pengganti yang sama hebat dengan beliau. Berita Dato Hasbullah Awang meninggal dunia hari ini adalah satu kejutan kepada dunia sukan Malaysia. Semoga rohnya aman dan dicucuri rahmat di sana. Al-Fatihah.

Hasbullah Awang

(Visited 478 times, 1 visits today)

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

4 comments… add one
  • Al Fatihah. Info terbaik dan akan menjadi kenangan di masa hadapan. Pergi seorang pengulas tersohor di Malaysia – Dato Hasbullah Awang.

    Terima kasih team atas info ini!
    Admin HQ recently posted…Malaysia Best? Apa Yang Best Mengenai Malaysia?My Profile

    Reply
  • yap.

    sedih gak dengar berita ni. pastu, dengar berita pasal nik aziz plak..minggu lepas..wan aku plak..

    satu demi satu..
    titan recently posted…Komisen ke 28-32 dari KlikjerMy Profile

    Reply
    • Semlm hari yg sedih utk diingati..pengulas sukan tersohor pergi..orang rujukan agama turut pergi..
      satu kehilangan besar pada negara..

      Reply
  • Terima kasih kerana membaca tulisan saya.

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Buat Duit Online Dari RM100-1000 Sebulan Disini Dari Ranking Google!