Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

AJL29 – Pertandingan Lagu Melayu Terunggul

Anugerah Juara Lagu merupakan satu rancangan yang mempertandingkan lagu-lagu Melayu di Malaysia sejak dari dahulu lagi. Tahun ini sahaja telah masuk tahun ke-29 AJL memartabatkan industri hiburan lagu Melayu dengan acara gilang gemilang. Semua sedia maklum esok adalah malam kemuncak anugerah tersebut.

Secara peribadi juga saya telah mengikuti AJL sejak dari dulu. Pada awalnya ianya hanya dikenali sebagai JUARA LAGU dengan pemenang pertamanya adalah Manan Ngah menerusi lagu Sekadar Di Pingiran nyanyian Francisca Peters. Sejak dari itu industri lagu Melayu telah berkembang semakin pesat dengan semua komposer berlumba-lumba menghasilkan karya terbaik mereka.

Lama kelamaan saya semakin kurang mengikuti AJL. Mungkin kerana arus muzik lagu Melayu yang semakin berbeza. Bukan bermaksud saya menolak perkembangan positif ini, tetapi disebabkan minat mendalam terhadap lagu-lagu Melayu era 80an dan 90an maka minat saya terhadap lagu Melayu terkini agak berkurangan.

Tiada lama tiada baru dan yang lama tidak semestinya tidak lagi bermutu. Sama juga seperti dalam perniagaan internet. Ada sesetengah orang lebih selesa dengan teknik perniagaan lama yang masih lagi berkesan. Bagi saya ianya tidak menjadi isu, asalkan masih lagi terbukti dapat memberikan hasil.

Sebagai contoh, walaupun sekarang ini ramai yang menekankan kepada pemasaran di media-media sosial tapi jangan lupa ada juga yang masih menggunakan teknik-teknik pemasaran lama seperti menulis di blog. Ada juga yang masih menjalankan perniagaan menulis dan menjual ebook yang mana saya rasakan industri ebook akan mampu bertahan untuk jangka masa beberapa tahun lagi.

Anda tak minat nak tulis ebook?? Bukannya susah sangat pun, tambah pula jika anda menulis ebook berbahasa Melayu tentunya akan menjadi lebih mudah. Anda cari sahaja niche dan keyword berbahasa Melayu yang anda minat dan punyai sedikit kemahiran. Kemudian anda olah dan tulis dengan cara penulisan anda sendiri. Mudah sangat sebenarnya. Kalau anda perlukan panduan, saya sarankan anda baca Panduan Lengkap Bisnes Ebook. Panduan tersebut menerangkan proses dari mula memilih tajuk ebook sehinggalah proses anda mampu menjualnya. Dapat juga buat tambah-tambah pendapatan anda secara online. Tahun 2015 ni semua orang tahu adalah tahun GST. So ekonomi diri dan keluarga perlu dimantapkan. Dari awal tahun inilah kita perlu mengorak langkah. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar hendaknya.

AJL29 – Pertandingan Lagu Melayu Terunggul

Melayu

Credit : wikipedia

Berbalik kepada cerita pasal AJL tadi, rasanya ramai yang tak sabar menantikan siapakah yang akan dinobatkan sebagai pemenang AJL29. Adakah Hafiz, adakah Bunkface, adakah Dayang Nurfaizah, adakah Alyah? Sama-samalah kita tunggu. Siapa yang menang siapa yang kalah tak jadi masalah, asalkan sokongan diberikan kepada karyawan-karyawan tempatan. Kontroversi muzik K-POP yang dikaitan dengan beberapa orang remaja Melayu baru-baru ini sangat mendukacitakan. Kepada yang akan menonton esok selamat berhibur dan teruslah beri sokongan kepada industri lagu-lagu Melayu.

Melayu

(Visited 181 times, 1 visits today)

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

0 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Mudah RM100 Setiap Bulan Disini!