Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

SJKC Yok Eng Parit Keroma Bermulalah Fasa Alam Persekolahan Muar

sjkc yok eng muar, sjkc yok eng parit keroma, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Eng Johor, muar bandar diraja

Masa yang ditunggu telah tiba…

Selepas berhabis-habisan sampai pokai duit dekat wixon muar sempena kempen jom kembali ke sekolah, hari pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2017 pon tiba…

Tepat jam 6pagi lepas azan dari surau berhampiran rumah kecil saya…saya pon ke bilik anak-anak

Abang, bangun dah nak kena siap-siap kamu nak ke sekolah nie…

Tidak seperti hari2 biasa, agak bercinta jugak nak kejutkan bangun si abang nie..tapi pagi ini nampak lebih mudah… 😀

Bila dah siap-siap semua, muar pon terus tanya…

Nak pegi sekolah baru heh….sekolah seberang traffik light tue ker…

Saya pon jawab…

Aah..kenapa? Sekolah dekat rumah kita senang…nak hantar tapauware ayam masak kicap cap kipas udang dengan nasi putih pon senang.

Muar hanya mengangguk faham walaupon saya tahu yang dier masih keberatan untuk meninggalkan sekolah tadika – Tadika Taman Perdana Muar yang meninggalkan kenangan yang cukup besar kepadanya…

Tepat jam 8pagi tiba di SJKC Yok Eng  untuk hari pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2017 ini, saya disambut mesra oleh cikgu ( tak cam pula namanya)…

InsyaAllah – Segala Pasti Bermula Dan Berakhir Di SJKC YOK ENG PARIT KEROMA Dengan Kejayaan Suatu Hari Nanti…Ameen

 

Selamat Pagi En…Boleh daftar disini dan masuk ke kelas dihadapan saya ini…

Dalam hati saya pon terdetik…

Bagus bunyi BM nya…Mungkin aku jek yang ingat sjkc kurang fasih bahasa melayu…rupanya tidak… 🙂

Muar tidak banyak ragam bila masuk ke kelas. Letak jer beg dan saya pon cakap…

Daddy ngan mummy kamu nak naik tingkat atas untuk dengar taklimat, kamu dengar cikgu cakap ya…

Muar hanya angguk sebagai tanda faham. Saya pon bersama orang rumah naik ke tingkat atas bangunan sekolah untuk dengar sesi taklimat bersama ibubapa…

sjkc yok eng muar, sjkc yok eng parit keroma, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Eng Johor, muar bandar diraja

Fuhh….

2-3 baris ayat sahaja bahasa mandarin yang saya faham…Yang ayat penerangan bahasa melayu ada juga diberikan cuma tidak sebanyak mandarin laa….Cuma nasib baik pakar rujuk saya merangkap orang rumah begitu khusyuk mendengar dan pastue explain pada saya yang hanya banyak senyum2 sahaja masa dalam bilik aircond taklimat tue… 🙂

Inilah cabaran baru buat saya…Inilah hari-hari saya akan lalui detik-detik alam persekolahan si kecil untuk tempoh 6tahun yang mendatang yang pastinya tidak lari dengan pelbagai cabaran dan dugaannya nanti…boleh atau tidak? Saya pinjam ayat-ayat suci dari keratan akhbar bahagian sukan…

INSHAALLAH…AKU “AKAN CUBA YANG TERBAIK” UNTUK ANAKKU MUAR… 😀

Selesai taklimat, saya kembali ke kelas dan ambil anak saya untuk pulang. Biasalah bila dah habis sekolah, soalan2 lazim yang akan ditanya macam…

Abang…macam mana dengan sekolah tadi…seronok tak? Ada kawan baru tak? Cikgu macam mana?

Muar pantas menjawab…

Ok laa tadi…cikgu bagi tahu nama “CINA” dan ajar tulis nama pada buku…. 🙂 Ada 2 orang lagi budak melayu daddy…sorang nama irfan dan sorang lagi nama zulaikha…

Lega saya dengar bila muar AGAK GEMBIRA dengan sekolah barunya…SJKC YOK ENG PARIT KEROMA, MUAR BANDAR DIRAJA. Dan saya bercakap dalam hati…..

InshaAllah…perjalanan ini telah disusun dan diatur baik oleh-NYA. Aku jangan sesekali meragui keputusan yang telah aku buat ini. Buat Muar – Muhammad Adam Rayyan, ayah tidak mintak KEJAYAAN datang dengan sekelip mata…Biarlah ia datang atas kemampuan yang kamu ada..Usah KECEWA @ RISAU  jika kamu alami KESUKARAN itu nanti kerana KESUKARAN  ini pastinya BUKANLAH untuk selamanya… 🙂

Sama macam JDT juga…Bukan terus2 mencipta nama sepertimana ada sekarang…Melalui detik-detik sukar tanpa memenangi sebarang piala hampir berbelas tahun lamanya (SKUAD Johor 1991 dan gelaran Si Jengking Dalam Ingatan ) dan kini JDT bukan hanya gah sebagai sebuah kelab bolasepak di Malaysia tetapi sekarang sampai ke BOCA JUNIORS pon orang tahu nama JDT… ( agak-agak korang MARADONA tau tak… 😛 )

sjkc yok eng muar, sjkc yok eng parit keroma, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Eng Johor, muar bandar diraja

 

Saya MESTI BERIKAN YANG TERBAIK dan kekal positif dalam hal ini. Kerana kejayaan yang bakal diterima oleh anak kecil saya di masa hadapan bukanlah HANYA  akan ditentukan oleh faktor bahasa ibunda semata-mata atau sekolah yang mempunyai “NAMA BESAR” dengan jumlah murid yang ramai…namun ianya terletak 90% pada diri sendiri  dan selebihnya itu adalah usaha guru-guru di setiap sekolah di negara ini. Bila sebut pasal cikgu sekolah nie teringat pada rakan saya yang cukup gah sebagai seorang guru sekolah merangkap blogger terkenal di Malaysia tue… 🙂

Dan bila sampai dirumah saya cakap….

Abang..rehat ya…nanti petang kena pergi sekolah agama pula – Program Minggu Ukhwah Sekolah (MUS) dekat belakang sekolah kamu tue jek…

Anak kecil saya pon tanya…

Sekolah agama? Sekolah mana tue daddy…

Saya pantas jawab….

Sekolah Agama Pt Keroma Darat

Adios semua!

 

(Visited 125 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

10 comments… add one
  • Tahniah.
    Entri yg sgt menarik.
    Harap dpt diperbanyakkan lagi tulisan2 motivasi sebegini.

    Selamat Maju Jaya utk Mu.A.R.
    Semoga dpt buat yg terbaik (bkn cuba yg terbaik).
    Sekolah kat situ pun ok sgt. Tak payah lah daddy kamu pening memikir nak sekolah mana.. perlis ke… terengganu ke…

    Reply
    • Hoho2…terima kasih en tembaga…

      Cuma yang saya nampak cabaran kali ini agak mencabar berbanding cabaran di sekolah google… 😛

      InshaAllah sekolah sudah semestinya akan berikan yang terbaik kepada sekalian murid-muridnya…tinggal bgmana anak-anak kecil ini utk hidu peluang untuk menjadi yang terbaik dikalangan 12 murid di dalam kelas tersebut… ( Alhamdulillah memang dah dalam 1st eleven nie tuan dalam skuad bayangan sjkc ini… 😀 )

      p/s: Harap en tembaga tunggu post kisah di sa pt keroma darat pula… ada juga kisah2 lucu berlaku semasa program MUS tue.. cuma tidak laa sampai bila tanya apa bunyi alif yaa mim = buaya mcm kisah lucu cerita p ramlee … 🙂
      Admin HQ recently posted…SJKC Yok Eng Parit Keroma Bermulalah Fasa Alam Persekolahan MuarMy Profile

      Reply
  • pehh..

    hang dok muar ke?

    anak sekolah cina lagi tuh.
    titan recently posted…Brainwash – Part 2My Profile

    Reply
    • Ohh baru sampai surat jemputan pibg ker bro… 😛

      Dok muar jek bro…area parit2 jek nie..rumah tepi parit jek nie…zing2 pon dah bocor jek nie.. 🙂

      Masuk anak sjkc bro…bina falsafah baru sket utk masa depan..dan kwn pilih sekolah nie pon sbb sekolah kurang murid punya area…satu kelas 12 orang…kelas agama 3 orang…satu sekolah xsampai 100orang…dapat laa cikgu pompuan ( blum sempat ramah mesra lagi ) ajar anak solat dengan lebih teliti lagi… 🙂

      p/s: InshaALLAH kalo nak on loan ker / dijual lelong kat shanghai fc ker..beijing fc ker…guanzhou fc ker laku sket bro… 😀

      Reply
      • dapatkan anugerah puskas tu dulu.

        baru leh main kat shanghai fc tu.

        leh jumpa jackie chan.

        nanti, jangan lupa bagitau diorang aku rekomen.

        haha
        titan recently posted…Cashback Kedua dari Shopback.myMy Profile

        Reply
        • Hoho2..susah bro nak menang puskas…sepakan kena tak lawan hukum fizik…pastue KALO ada rezeki menang, kena berlatih cakap omputih kalo tak nanti 30 saat jek dapat berucap… punya omputih nie tak respect lgsung…haaiii Next PUSKAS 20XX Here MY Son Come… 😛
          Admin HQ recently posted…Lebih Mudah Kerja Dari Rumah Untuk Buat Duit Online Nie?My Profile

          Reply
  • parit usop tau tak..haha.. dah sekolah yer si MUAR nih..
    zik recently posted…Faiz Subri menang puskas fifa award, tahniah!!My Profile

    Reply
  • belajar di Sekolah cina..wow bagus tu..kalau ada anak dari isteri kedua memang akan saya hantar ke sekolah cina..hehehe..
    mrhanafi recently posted…Bina Jenama Guna Blog SendiriMy Profile

    Reply
    • Wah…lama tak nampak bayang..ohh lupa sibuk dengan projek 2017…InshaALLAH boleh tue bro! kipidap! 🙂

      Memang niat sejak dari kecil lagi bro…hari orientasi jek saya sendiri baru kenal erti sebenar cabaran disana…tp saya cuma bisik kat telinga anak saya…jgn fikir pasal susah..fikirkan orang lain akan rasa susah@risau bila kamu lebih kehadapan dari mereka suatu hari nanti…mudah2an semua ini akan berlaku…ameen

      p/s: Mudah2an juga bro dapat naik pelamain buat kali kedua nanti…ameen 😀
      Admin HQ recently posted…Lebih Mudah Kerja Dari Rumah Untuk Buat Duit Online Nie?My Profile

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!