Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Pencapaian SEO Dari PerniagaanInternetHQ Siri #1

seo results, pencapaian seo, kedudukan seo, pakar seo malaysia

Hari ini hari yang sedikit gembira buat saya.

Tidaklah sebesar mana namun satu kepuasan yang sukar dibayangkan oleh penggiat seo cap ayam seperti saya ini.

Walaupun sebelum ini, saya gagal dalam contest seo Jom Aktifkan Mykad

Saya terus berusaha untuk cuba bersaing dengan pakar seo malaysia yang lain.

Siapa pakar seo malaysia? Terlalu ramai untuk saya senaraikan disini.

Result “pakar seo malaysia” anda boleh lihat sendiri dari enjin carian google… 🙂

Pencapaian Seo Dari PerniagaanInternetHQ.com

Dibawah ini adalah beberapa seo results yang berjaya oleh PerniagaanInternetHQ – blog picisan yang sedang anda mengata tue… 😀 Dibawah ini adalah beberapa kata kunci yang kami sasarkan untuk enjin carian utama dunia – Google :

Kata Kunci : mh370 setahun sudah berlalu

Enjin carian : Google

Tarikh post dibina:

Komen : Berada sebaris dengan sinarharian serta astroawani dan juga amanz network. Blog picisan ini mampu untuk berada pada kedudukan yang baik di dalam enjin carian. Kata kunci ini mungkin tidaklah sePOWER atau seHOT mana, so anda juga boleh cuba nanti ya! Tengok kedudukan anda dimana dan maklumkan kepada kami disini.

Kata Kunci : sangkaya review

Enjin Carian : Google

Tarikh post dibuat :

Komen : Kata kunci ini dipilih oleh saya setelah makan ais krim kelapa yang sedap dari sangkaya bersama keluarga baru-baru ini. Ais kelapa pon sedap result seo pon mengancam juga. Mana tau mereka buka branch baru panggil kami makan ais krim kelapa percuma kan.. 😀

Kata Kunci : bisnes TE ( TE merujuk kepada bisnes tone excel yang tengah meletup tu! )

Enjin carian : Google

Tarikh post dibuat :

Komen : Boleh juga laa berbangga dengan member utara saya yang mengata hasil ciput saya dari blog picisan ini. Duit tak kencang macam dier tapi kedudukan seo saya kencang laa juga. Duit boleh cari banyak mana yang nak, pencapaian seo sebegini kalo tak kena cara mana mungkin boleh sepantas itu nak berada di posisi terbaik. Pandangan peribadi tak seberapa laa dari saya.. 🙂

Bagi yang mungkin tertanya-tanya tapi segan nak tanya kepada kami,

Blog picisan nie boleh tahan juga ya, blog pon baru lagi tapi result seo kencang juga heh…boleh ajar/bantu saya tak?

Jangan cakap macam tu. Saya tidak rasa pencapaian seo ini sehebat pakar seo malaysia yang lain. Kami hanyalah bermain seo melalui pengalaman kecil yang ada dalam diri saya dan team saya. Bab nak ajar atau bantu itu boleh sebenarnya namun saya nak tanya anda sket laa…

Apa yang anda faham mengenai SEO? ada pencapaian seo tak dalam blog/web/dll yang pernah anda dapat?Tahu apa itu On-Page Seo dan Off-Page Seo?Tahu pasal serpbook tak? Macam-macam kalau saya nak tanya sebenarnya…

Klik sini untuk lebih jelas apa itu seo dan bagaimana untuk berjaya dalam pencapaian seo seperti kami. InshaAllah anda akan lebih jelas serta yakin untuk bermain seo seperti kami. Sumber yang kami kongsikan itu antara bahan seo bahasa melayu yang paling TIP-TOP untuk anda ketahui. Betul tak en titan?

Saya tak pandai nak kipas/ bodek/ngampu/hulur duit belakang/etc kepada en titan – penulis kitab seo merah jambu itu. Ramai yang cakap resipi seo beliau memang cukup rasa. Nak lagi umphh lagi tambah dengan ajinomoto buatan kami. InshaALLAH lagi lengkap seo tue dan lagi ketat pagar seo tue.. 😀

InshaALLAH dimasa akan datang kami akan hidangkan dengan results seo yang lain. Kami akan cuba bergerak bukan setakat dalam google malaysia, kami akan cuba google dot com di masa akan datang. Pencapaian seo ini hanyalah pembakar semangat kami untuk bergerak sebagai salah sebuah hab perniagaan internet terbaik buat para usahawan.

Bukan Kami Yang Cakap Mengenai Pencapaian Seo ini, Tapi Pakar SEO Yang Cakap – SEO Is Not Dead And Will Never Die!

 

kitab seo merah jambu, pakar seo malaysia - Pencapaian Seo

Adios semua!

p/s: Kedudukan dari imej tersebut pasti akan berubah mengikut update terkini dari Google.

Pencapaian Seo

(Visited 103 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

5 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!