Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

#Review Buat Duit Dengan Youtube Adsense

Google Adsense antara bisnes mudah di internet untuk mereka yang tercari-cari cara buat duit di internet. Anda pun tentu suka kan? Sewaktu zaman kegemilangan dulu.. ecehh.. saya pernah merasa sampai RM2000 lebih sebulan. Rasa gembira tak terkata setiap hujung bulan pergi ke RHB ambil duit Adsense. Rasa mcm dapat gaji percuma je. Bisnes mudah hasil lumayan. Kakitangan bank pun rasa pelik. Ada juga lah yang bertanya saya dapat duit apa. Pernah saya bercerita tentang Google Adsense pada diaorang. Rasa macam buat personal coaching kat bank plak.. Hehe.. Yelah kan, kalau tak terangkan takut nanti diaorang salah anggap kat saya. Kang tak pasal2 diaorang ingat saya join pelaburan haram. Bila saya cakap yang saya menjana pendapatan tanpa modal masing2 dok ternganga. Susah untuk mereka percaya ada cara buat duit yang semudah itu. Yang betulnya ternganga sebab tak faham πŸ˜› Ye lah, sesiapa pun yang baru mula nak beradsense mesti cakap susah kan?

Berapa paling banyak yang anda pernah dapat? Rasanya sekarang ni pun ramai yang masih main Adsense tapi dah tak banyak cerita pasal Adsense yang kita dengar. Adsense dah jadi biskut sejuk ke? Atau ramai yang main secara underground, bergerak di bawah radar. Kaya senyap2 a.k.a kaya sorang2 πŸ™‚

Teknik Youtube Adsense – Cara Mudah & Terkini Untuk Jana Wang Adsense!

Youtube Adsense

Saya dulu belajar buat Adsense secara online. Kutip ilmu sana sini kat internet. Kaji dan uji sendiri Alhamdulillah dapat hasil yang baik. Masa tu ada gak yang buat kursus, seminar, terbitkan ebook pasal Google Adsense dan kebanyakannya mendapat sambutan hangat. Senang cakap asal produk niche Adsense mesti laris. Betul ke tak betul itu belakang kira, yang penting semua orang nak cari teknik baru Google Adsense. Ada yang main whitehat dan ada yang blakchat. Disebabkan masa tu saya berminat nak cari duit lebih tanpa guna modal sebab tu saya tak join mana2 seminar. Yelah baru nak mula mana nak cari duit masuk seminar. Bukan murah yuran dia… tapi ada jugaklah beli beberapa buah ebook sebagai panduan.

Saya lebih banyak gunakan teknik video marketing. Upload video kat Youtube dan tarik penonton untuk melawat blog saya. Teknik ini pun berkesan dan memberi hasil yang cepat. Kalau tak percaya anda boleh cuba sendiri. Pagi ni upload video petang nanti silap2 dah boleh dapat $1… hehe..

Sekarang ini dah ada cara lagi mudah nak main Adsense iaitu program Youtube Adsense. Dah tak payah nak buat blog lagi. Cuma upload video di Youtube dan bila orang klik pada iklan dalam video tersebut anda terus dapat duit. Tak payah nak pening kepala buat blog. Nak kena tulis content macam-macam sampai pecah kepala. Dalam bahasa inggeris plak tu… Tu belum untuk buat marketing lagi. Uuuihh…

Teknik Adsense Youtube - Youtube Adsense

Tapi bukan semua video boleh guna utk Youtube Adsense. Syarat video tersebut agak ketat sedikit berbanding dengan video yang biasa anda upload. Orang kata video mesti unique. Bermaksud anda perlu buat video sendiri. Susah gak kan? Tapi sebenarnya ada teknik tertentu yang orang gunakan untuk upload video orang lain. Caranya cuma perlu download video dan kemudian upload semula. Bila dah cakap teknik macam tu maknanya tak perlulah nak sediakan camera canggih2, software edit video dan sebagainya… yang perlu ada cuma IDM πŸ™‚ Menarik bukan youtube adsense?

Panduan Adsense Youtube - Youtube Adsense

Saya tak pandai nak terangkan teknik tersebut sebab saya sendiri baru nak cuba. Cuma saya ada terbaca satu laman web yang terangkan panduan buat video Adsense Youtube. Owner web tersebut saya kenal. Dia memang seorang yang pakar turun temurun dalam Google Adsense dan antara jurulatih adsense yang dipercayai. Inikan pula Adsense Youtube. Ada beberapa orang pelajar dia yang dah cuba praktikkan apa yang diajar dan terbukti menjadi. Hasilnya tak banyak laa… heheh.. tapi at least teknik Adsense Youtube dia berkesan juga kan. Hasil banyak sangat dalam adsense ni macam-macam nanti yang jadi..orang tua-tua sering pesan – ” Sedikit-sedikit dahulu lama-lama jadi bukit” πŸ™‚

Klik utk belajar cara buat duit dengan Adsense Youtube.

Rasanya memang minat juga nak cuba join coaching teknik Youtube Adsense dia ni tapi belum ada budget lagi sekarang. Tengoklah nanti camna. Rugi juga kalau tak grab peluang ni. saya percaya Google Adsense masih lagi boleh beri pendapatan lumayan kepada saya setiap bulan. Saya cadangkan pada yang tak tau mana nak cari duit jom kita beradsense… Jom cari duit lebih dengan adsense lebih-lebih lagi dengan youtube adsense. Jangan terkejut jika panduan youtube adsense ini laku macam pisang goreng panas dan tutup awal offer sebegini.

Kini Ada Cara Lebih Mudah Untuk Jana Wang Adsense – Panduan Adsense dari Anak Malaysia – Youtube Adsense

Apa Kata PAKAR Mengenai Review Ini? Buat Duit Dengan Youtube Adsense dari PerniagaanInternetHQ.com
Apa Kata PAKAR Mengenai Review Ini? - Youtube Adsense
4.5
Buat Duit Dengan Youtube Adsense
Info & Fakta Yang Jelas
rateempatkoma
Hasil & Testimonial Pengguna
rateempatkoma
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempat
Klik utk belajar cara buat duit dengan Adsense Youtube. Panduan adsense serta teknik adsense ini dikaji oleh anak tempatan. Mungkin inilah kesesuaian dan peluang kita untuk menjana wang dari adsense dengan lebih mudah.

Youtube Adsense

(Visited 2,901 times, 2 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

17 comments… add one
  • memang guna gak cara ni.

    tapi memang biasa kena wat rare video la. baru banyak trafiknya.
    titan recently posted…Nes VGS Energy Drink BAGUS untuk ibu mengandungMy Profile

    Reply
    • Video rare mcm mana tue heh en titan..

      Wah main adsense youtube gak…nak tanya aa sket video nie ada ker high paying keyword?

      Reply
    • banyak kali sekarang orang terkenal lewat youtube, apalagi bisa buat duit dari sana
      Caraseobali recently posted…Cara Download Video Di FacebookMy Profile

      Reply
  • entah la.

    nak kata takde, macam ada gak untuk certain keyword.

    ada gak dapat 1 klik 1 dollar. Tapi dah tak selalu macam dulu.

    itupun dah kira best la kalau dapat. Haha..
    titan recently posted…Komisen ke 33-35 dari KlikjerMy Profile

    Reply
    • Ooo..kalo pernah dpt 1 kelik 1 dolar mmg ada laa high paying keyword utk video nie..

      en titan selalu dapat aa tue..tapi mcm dato siti nyanyi tue : BIARLAH RAHSIA

      hoho

      p/s: tak susah ke nak dapat acc adsense ngan youtube nie?

      Reply
    • waw banyak kali la 1 klik 1 dolar
      daftar gmail recently posted…Daftar Yahoo Mail IndonesiaMy Profile

      Reply
  • entah.

    yang tu aku tak try lagi.

    satu akaun aku..aku guna cara biasa. setting blog satu tahun..baru hantar. dan diluluskan.

    satu lagi..aku upah orang lain wat kan. Mamat tu guna cara apa, aku tak tahu.Yang ni guna nama adik aku. adik aku paw separuh..separuh bagi aku. sebab dia yang gi cashkan benda ni.

    tapi ni ceriita lama. 2 akaun ni memang aku jaga. Sorang pun tak tahu. Aku komen pun, kat blog-blog luar. Blog melayu..takkan adanya..trafik dari malaysia pun sikit.

    haha..
    titan recently posted…Jobdirumah Payment – Kali ke 207My Profile

    Reply
  • Hoho! Adik beradik kaw tim sedap aa..

    Saya adik beradik gegurl takde minat pasal adsense nie tue susah mau kawtim.

    Blog melayu picisan mcm sini traffik suam2 kuku jek aa.. blog melayu penangan blogger yg menang award mcm bro lain aa.. πŸ™‚

    p/s: Dasyat aa..sampai kali 207 dapat payment dengan jobdirumah…memang xbleh cari makan aa saya cenggini.. πŸ˜€
    Admin HQ recently posted…Apa itu Affiliate dan Mengapa Perlu Buat Affiliate?My Profile

    Reply
  • tips yang menarik HQ,
    titan and admin memang cekap buat duit 2,
    tahniah yea titan n admin
    πŸ™‚

    Reply
  • Salam, boleh ajar saya mcm mana adsense ni? Boleh whatsapp 013-5958173 Thank you

    Reply
    • Mau belajar adsense dengan whatsapp ke tuan? Rasanya saya tak berapa mahir cara itu…Mungkin tuan boleh dapatkan panduan ini…Dan dari panduan ini jika ada kurang jelas dan perlukan bantuan saya sedia bantu.. πŸ™‚

      p/s: Adsense memang nampak mudah…nampak iklan dalam youtube atau sidebar di blog..tapi bukan mudah untuk dapatkan hasil dari adsense ini…ini adalah pandangan peribadi saya laa… πŸ™‚
      Admin HQ recently posted…Untuk Renungan Kita BersamaMy Profile

      Reply
  • Salam.

    Saya menggunakan nama Bos LMreds di Facebook adalah owner kepada LMreds.com dan page Liverpool Malaysian Reds yang memiliki sekitar 34k sejak penubuhan tahun 2014.

    Saya mengalami masalah tidak mempunyai iklan di adsense walaupun telah di approve account saya di google adsene.

    Saya juga telah verify website saya.

    Dan masalah seterusnya adalah saya tidak kelihatan dalam google index page serta mempunyai data yang tidak boleh direkodkan menggunakan google analytik.

    Mohon beri pandangan kepada saya dan tim saya
    Liverpool Malaysian Reds recently posted…Mutakhir dari Anfield(Edisi 22 Ogos 2016)My Profile

    Reply
    • Wsalam admin LMReds.com! Pertamanya saya mintak maaf banyak2 sebab lambat reply masalah tuan ini… πŸ™‚

      Segan bila saya nak cerita dengan tuan…fanpage liverpool tuan dah cecah 34k ( masa tn menulis tue ) lagi buat saya segan nak kongsi pandangann… πŸ™‚

      Tuan ada cakap :

      1) Web tak kelihatan di google? – Semasa saya reply ini dan saya semak web tuan dah index dalam google.. πŸ™‚ Syabas!

      2) data yang tak direkodkan? – Maksud tuan tak index ker ada page2 tertentu? Bab index ini tuan bleh search dan refer pada webmaster tools. Sign in dalam tue
      dan verify mana2 page yang tuan ingin index. Cuma mungkin akan ambil masa untuk index juga.

      Wah…ulasan semua dalam bahasa melayu…dan banyak terima komen2 dari web tersebut. Dan dari penilaian tak seberapa saya lihat web tersebut sudah ada peminat tegar…tanpa google dan seo pon web tersebut boleh hidup rasanya… πŸ™‚

      Reply
    • Maaf atas kelewatan reply ini. Dan saya lihat web tuan telah approve adsense…tahniah2!

      Mesti masyuk dah hasil adsense disana…silap2 Payment in progress jek hujung bulan… πŸ˜€

      Tinggal ilmu tak seberapa saya pasal adsense ni, kalo bleh jangan byk sgt size 728×90 tue…cuba buat banyak link unit punya iklan adsense dalam post…sebab mungkin post tuan menarik tapi ada part viewer nak cari info lebih so link unit lebih berkesan dalam hal ini. Image boleh tetapi lokasi kena sesuai gak..

      Sekadar pandangan tak seberapa saya mengenai perihal adsense… rindu ngan adsense gak sebenarnya tapi apa bleh buat acc dah kena freeze… πŸ˜€

      Reply
      • nanti boleh tak, emel kat sana apa maksud yg dicakapkan tu. Actually xpaham sgt sbnrnya.

        Reply
        • Ehh en bos lreds…tabik spring dulu…timer kasih kerana singgah semula kat sini… πŸ™‚ Coutinho kembali ya bos…br sedap sket…nak harap hendo jek…macam xbleh pegi.. πŸ˜€

          Mksd saya begini:

          1) Dalam post tue saya tengok atas dan kiri ada pelbagai size banner adsense. Saya tak pasti skrg punya rules of thumb boleh sebegitu byk ker banner…sebab setahu saya jika lebih dari syarat yg ditetapkan mereka akan query @ warning kita laa…

          2) Maksud saya link unit tue cuma cari yang display iklan bukan hanya banner..tapi pakai link unit. Kalo pakai link unit, iklan yg keluar dalam bentuk teks semata-mata bukan imej..tn cuba usya dalam dashboard acc adsense tuan tue..ada lagi rasanya style link unit… πŸ™‚

          Saya tak cakap ini adalah hukum tepat buat duit dengan adsense. Tapi variasi iklan dalam post akan berikan kesan berbeza…

          Macam JK gak tuan, lawan MANCHESTER clone @ asli taktikal lain…dan lawan bournemouth yang hampir2 tewas sebab keeper budak jerman pon lain…itulah mksd mudah variasi yg saya ckp tue… πŸ™‚

          p/s: Tak fhm lagi just blast jek komen dalam nie..saya akan balas selagi saya ada sket ilmu pasal perkara tu…tapi saya bukan lesen kelas A ala JK laa tuan.. πŸ˜›
          Admin HQ recently posted…Lebih Mudah Kerja Dari Rumah Untuk Buat Duit Online Nie?My Profile

          Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!