Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Apa itu Affiliate dan Mengapa Perlu Buat Affiliate?

Salam sejahtera sahabat-sahabat usahawan Malaysia yang dihormati,

Semoga anda terus sukses dalam bidang perniagaan internet yang anda ceburi.

Apa itu affiliate & Mengapa perlu buat affiliate? Ini adalah entri terbaru kami untuk semua yang berminat untuk mengetahui mengenai affiliate walaupun sudah banyak diperkatakan oleh mereka diluar sana mengenai affiliate ini.

Affiliate merujuk kepada :

Webmasters will receive a referral fee or commission from sales when the customer has clicked the affiliate link to get to the merchant’s Web site Web site to perform the desired action, usually make a purchase or fill out a contact form.

Satu teknik pemasaran yang dibuat oleh webmaster untuk mengiklankan sesuatu produk yang mana produk tersebut dipromosikan oleh agen ( anda ) yang telah berdaftar melalui laman web webmaster tersebut. Komisen akan dibayar jika anda berjaya membuat jualan melalui link affiliate yang dipromosikan oleh agen tersebut.

Mengapa perlu buat affiliate?

Suatu soalan yang bagus! Banyak sebab mengapa anda perlu buat affiliate dan diantaranya adalah :

Tidak perlu ada/bina produk sendiri

Tidak perlu uruskan khidmat selepas jualan kepada pelanggan

Tidak perlu susah-susah bina laman web atau web jualan yang cantik

Tidak perlu susah-susah membuat surat jualan atau sales letter yang membunuh

Dan banyak lagi untuk saya senaraikan disini…Ohh!

Banyak sebenarnya program-program affiliate yang ada di pasaran samada Malaysia mahupun antarabangsa. Kalau affiliate tempatan, anda boleh daftar program affiliate seperti ashadee, klikjer, dan lain-lain manakala affiliate pasaran antarabangsa termasuklah amazon associates, clickbank, commission junction dan banyak lagi. Semua program yang telah saya nyatakan ini mempunyai track rekod yang baik dari segi urusan pembayaran komisen kepada agen affiliate mereka.

Credit : affiliatemarketingtipsandtools

Cuma yang menjadi masalah kepada segelintir mereka yang berminat dalam perniagaan internet ini ( dalam hal ini merujuk kepada affiliate) mereka gagal mendapatkan komisen dari mana-mana program affiliate yang mereka sertai? Mengapa? Persoalan yang sangat sukar untuk saya jawab.

Namun jika anda tanya pada saya :

Tuan cerita macam tuan mahir jek dalam affiliate, apa buktinya?

Buktinya ada cuma adakah hanya dengan memberikan bukti sahaja jawapan kepada persoalan tadi? Di akhir entri ini saya akan berikan beberapa bukti yang tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan anda namun cukup untuk memberikan saya satu penyelesaian iaitu menjana pendapatan melalui affiliate yang dapat membantu saya mencari pendapatan sampingan menerusi internet.

Saya amat berharap melalui entri ini saya dapat menerima respon (feedback) melalui ruang komen dibawah untuk melihat apakah punca-punca kegagalan dari kalangan anda dalam mencari pendapatan melalui affiliate ini. Dan juga anda boleh kongsikan teknik affiliate yang anda ketahui, panduan affiliate yang patut dimiliki dan juga rahsia kejayaan anda dalam mana-mana program affiliate untuk memberikan inspirasi kepada saya dan orang lain bersama-sama meraih kejayaan dalam program affiliate di masa akan datang.

PANDUAN ATAU RAHSIA UNTUK BERJAYA DALAM AFFILIATE?

Mungkin ada dari kalangan anda ingin bertanya kepada saya..

Ada panduan ringkas/mudah untuk affiliate tak? Kalau bleh dalam bahasa melayu la..cepat faham untuk bertindak.. πŸ™‚

Banyak sebenarnya panduan untuk berjaya dalam affiliate ini. Tapi saya takut kalau saya cakap nanti kena bayar anda marah saya pula.. πŸ˜› Saya tidak cakap yang PERCUMA itu tidak bagus cuma kadangkala bila kita sedia untuk keluarkan sedikit wang untuk mendapatkan ilmu ianya sedikit sebanyak dapat memberikan motivasi untuk terus bertindak segera atas maklumat berbayar yang diperolehi itu tadi. Ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja dan anda LEBIH BERHAK untuk merasakan ianya betul atau sebaliknya.

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:

”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

Adios semua!

Apa Kata Pakar Mengenai Entri Ini? Apa itu Affiliate dan Mengapa Perlu Buat Affiliate dari PerniagaanInternetHQ.com
Apa Kata Pakar Mengenai Entri Ini? - Affiliate
4.0
Apa itu Affiliate dan Mengapa Perlu Buat Affiliate?
Info & Fakta Yang Jelas
ratelima
Susun atur & Rekabentuk
rateempat
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempatkoma
Hasil & Testimonial
ratelima
Jom! kita sama-sama kongsikan pandangan mengenai affiliate ini.

Affiliate

(Visited 382 times, 1 visits today)

About the author: Merupakan Blogger Separuh Masa Yang Menjalankan Perniagaan Offline Bersama Keluarga Di Muar Johor. Merupakan Group Member Kepada PerniagaanInternetHQ.com. Selamat Datang & Diharap Blog Ini Dapat Memberikan Inspirasi Kepada Anda Dalam Perniagaan Internet

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

7 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!