Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Bisnes Kedai Runcit BAKAL PUPUS Sebab Perlaksanaan Dot Dot. Yer Ker?

perlaksanaan gst, gst 1 april 2015, good & services tax

Hari ini biniku sayang nak masak SEDAP.

Barang dapur plak dah habis..kena laa pegi kedai runcit laa…takan nak cari kedai basikal pulak kan!

Kalo bisnes baju kurung xmasyuk takpe lagi..nie bab makan tak bila nak kira beb…lagi2 bila biniku sayang SEDAP nak masak lagi aa kena cari barang dapur..hoho!

Capai kunci keter buruk saya terus pegi cari kedai runcit sekitar rumah nie…

Sampai laa satu kedai nie…( nama dan lokasi kedai dirahsiakan )…sampai2 jek ( nama ini bukan nama sebenar) Pakcik Ali tegur saya..

Ehh awak rupanya…lama tak singgah kedai saya…maklum laa kedai lama..kecik plak tue…

Adoii garu kepala saya plak…saya pon dengan rendah diri menjawab:

Ehh jangan macam tue pakcik ali…saya jarang pegi kedai pak ali sebab sibuk jek…kalo nak cari TEMPE sedap nie..kat kedai runcit pak ali jek ada tau! kedai runcit lain ada pon saya tak pergi punya!

Baru laa pak ali senyum sket…pastue dier tanya saya lagi…

Hah! Kedai Runcit Pak Ali Nak Tutup Sebab Perlaksanaan Dot Dot Dot? Jangan buat onar!

 

Kedai Runcit

Awak nak cari apa hari ni, TEMPE ker? tempe hari nie dah habis laa…(regular kastermer tempe pak ali sebab sedap gila beb – tempat lain tak gila sedap macam nie! Lagi2 kalo goreng macam gambo tue..SODAP!)

Pak ali senyum saya pon lega aa nak respon kat dier..

Tue pasti pak ali! orang johor tak syok aa kalo tak makan tempe…tak makan roti canai takpe lagi! tapi pak ali cakap dah habis bukan rezeki saya laa…

Tapi saya hari ni nak cari ikan masin laa pak ali…org rumah nak masak SEDAP ikan masin masak lemak cili padi…ada tak pak ali?

Pak ali laju jek balas kat saya dalam nada sindir2..

Aiii…bini ko pandai masak dah bagus…tapi masak ikan masin jek…masak laa ikan siakap masak lemak cili padi ker…ikan baung ker… INI ikan masin jekkk! ko nie save bajet sangat aper!

ikan masin, ikan masin masak lemak cili padi - Kedai Runcit

Adoiii terkena lagi saya…Saya pon bingkas jawap kat pak ali…

Orang rumah yang nak masak SEDAP tue pak ali..kang mintak yg lain tak jadi masak susah plak..maklum aa org bekerja jarang2 masak kan..hoho!

Selesai semua barang yang saya nak cari dan bayar…pak ali tepuk bahu saya sambil perlahan2 cakap…

Aku nie risau laa sebenarnya…dah berpuluh tahun niaga kedai runcit nie…tapi bulan 4 nie aku MUNGKIN tutup kedai runcit nie rasanya…ko tau aa kan sebab apa…ko pon orang niaga kan!

Tak sedap dengar citer pak ali..saya pon cepat2 letak barang kat keter buruk saya pastue terus cakap…

Ehhh naper ngan bulan 4 pak ali…bulan 4 cuma nak mula perlaksanaan GST jekk..apa kena mengena ngan bisnes kedai runcit pak ali plak?

Pak ali mula perlahan2 susun ayat dier dalam nada sayu….

Ko tau pon GST…ko ingat senang ker GST tue…aku pegi kastam dah…dier suruh aku daftar GST…

Daftar GST aku TAK KISAH sangat..yg aku kisah sangat2 nie..saper nak buat kira2 untuk aku bulan2 kat kedai buruk aku nie…kalo aku nak upah budak universiti kerja pon..nak ker dierorg kerja kat tempat aku yang panas dan buruk nie…nak harap anak2 pon dierorg dah ada kerja bagus2…yang doktor lain..yang lawyer lain..yang jadi cikgu macam cikgu shaari citer p-ramlee pon ada! ayat sakat pak ali yg biasa saya dengar…hoho!

Sebab tue aku ingat aku MUNGKIN tutup aa bisnes kedai runcit aku nie…dari aku sakit kepala baik tutupkan..takyah susah2 nak jual tempe ker..jual ikan masin ker…jual telur masin ker…

Aku niaga nie pon bukan nak jadi kaya raya pon…ko sendiri tengok sekarang…yang ada cuma tue laa keter kancil aku..motor buruk aku anto gas kat umah orang…rumah sebiji..tue jek laa besar sket sebab tanah kampung kan…ada laa kebun sawit hasil titik peluh aku niaga kedai runcit nie laa…Anak2 dah ada kerja bagus aku syukur sangat…biar AKU susah tapi dieorg SENANG (terharu sangat dengar ayat pak ali ooo)

Ko rasa macam mana? Apa pandangan orang niaga macam ko nie..ko niaga kan bagus… (Masa nie perasan diri nie bagus gak laa sebab org muda 30an bleh bawak bincang dengan orang level atuk2 nie..hoho!)

Tapi kita sambung borak lain kali aa..tue makcik limah ko call aa tue nak ajak aku pegi bando makan mee bandung tghari nie…

Dalam perjalanan pulang..saya terdiam bila teringat cerita pak ali dengan kedai runcit tue…

Ada logik laa dier cakap macam tue…Syarat GST niaga yang 500K kena…kedai runcit pak ali saya tak tau aa capai 500K ker tak..capai laa tue agaknya..tapi yang bab nak cari atau upah akauntan handle bisnes kedai runcit dier untuk buat sistem perakaunan yang mengikut piawaian kastam…budak2 universiti nak ke?

Bab gaji jangan cakap laa dulu…letak 2k ker 3k ker ingat dierorg nak ker? kerja kedai runcit jekk bukan kerja dalam aircond sejuk tak ingat sambil depan ada pc yang bleh layan pacebook!

Dah niaga sejak zaman ayah aku lagi…dengan bisnes tue laa dier berjaya sekolahkan anak2 dier sampai yg jadi lawyer…doktor..cikgu shaari…

Umor pon satu hal…kalo close bisnes kedai runcit tue MUNGKIN takpe kot…tapi confirm aa termenung bukan pasal duit tak masuk macam bisnes TE yg meletup tue…TAPI….dengan kedai runcit SEKANGKANG KERA tue dah MACAM nyawa dan nadi dier beb…cuba korang kalo hilang anak kucing, korang rasa macam mana? Paling kuat 1 hari aa melalak @ meraung macam org hilang bini..Ini bisnes beb! Termenung bukan pasal duit lagi tapi termenung nak pikir ” KENAPA NASIB AKU DALAM BERNIAGA BERAKHIR CARA CENGGINI! “

Bukan saya disini nak salahkan atau tidak menyokong perlaksanaan GST tue…tapi masuk akal tak persoalan pak ali tadi tue? Dier tak pandai akaun sebab dulu2 niaga biasa congak jek atau pakai sempua jek…dan2 dah 50 tahun niaga nie..suruh pakai sistem perakaunan yang lulus standard KASTAM…mau tak GILA nak pikir semua tue? Jalan mudah TUTUP kedai runcit laa…

Saya risau bukan pasal tak dapat beli TEMPE SEDAP hasil buah tangan makcik limah kat kedai pak ali tue.. ( nak beli derect kat umah bleh jek) tapi nasib para peniaga macam pak ali tue…kalo pak ali tue yg level2 atuk saya fikir close kedai runcit lagi senang…mereka yang lain? korang rasa macam mana? mungkin sama kan?

Tinggal 1 bulan jek lagi ( dari tarikh entri ini ditulis) perlaksanaan GST akan dikuatkuasakan. Masuk 1 APRIL 2015 terus on jek bukan april fool punya! Apa persediaan mereka2 yang berniaga mengenai GST nie? Apa pemahaman mereka mengenai GST ini? Kalau semua pikir style pak ali (mereka yang berniaga kedai runcit khasnya) korang tak risau ker? Dah biasa hari2 pegi kedai runcit Ah Tong Enterprise (bukan nama sebenar), Munusamy Kedai Runcit (bukan nama sebenar) pasnie dierorg close sebab – TAKNAK SUSAH2 PIKIR PASAL GST  so close senang!

Korang yang bijak2 pandai nie mesti bleh bagi idea power tak ingat punya! Kekongsi aa ngan saya kat sini..sayang wei nak biar pak ali tutup kedai runcit dier macam tue…mana nak cari tempe sedap aku lagi wei! Tolong beb!

GAMBAR DIATAS HANYA HIASAN SEMATA-MATA

 Doakan baik2 untuk Bisnes Kedai Runcit Pak Ali ya kawan2. Sambil2 tue cuba korang try riki2 kedai runcit tempat korang macam mana?

 

Kedai Runcit

(Visited 745 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

2 comments… add one
  • Ehh betul ke bos kedai runcit pak ali yang dekat simpang belakang umah bos tu?

    Itu kedai runcit lejen tu bos! Ishhh takkan nak TUTUP pulak…ahhh sudah!

    Bos try la slow talk lagi dengan pak ali tu.

    p/s: Bos kisah pasal TEMPE tu, saya kisah kat mana lagi nak cari gudang garam… 😀

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Buat Duit Online Dari RM100-1000 Sebulan Disini Dari Ranking Google!