Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Ayah Nak Kamu Belajar Susah MUAR

muar, muar bandar diraja, tadika taman perdana muar, tadika taman perdana graduation 2015, Buat Ibu Dan Ayah Bangga, ayah bangga dengan kamu, ayah ingin kamu belajar susah

Setiap ibubapa pastinya ingin memiliki cahaya mata.

Anak adalah pengubat hati ibu dan ayah.

Dari kecil diasuh dan dibelai bagaikan menatang minyak masak cap buruh yang penuh.

Tapi apabila meningkat umurnya, pasti cabaran mula datangΒ  dari segenap sudut dalam membentuk keperibadian mereka…

Anak jantan Vs Anak Pompuan? Sama jek BESAR cabarannya…

Fuhh…saya sangat takut sebenarnya…

KENAPA?

MuarMUAR, BAPAK BERPUAS HATI DENGAN KAMU NAK… πŸ˜€

dialog anakku sazali, cerita p ramlee - MuarSampai di peringkat parlimen kena jatuhkan hukuman jika MEROTAN anak? No komen dari saya…. πŸ™‚

Sebenarnya saya amat tersentuh dengan coretan dari rakan blogger saya – HEROBORNEO

Dan TIDAKLAH sehebat dari cerita anak blogger tersohor Malaysia – HASRULHASSAN

Anak en TITAN yang genius tue? Saya cuba terjah tapi risikan saya berjaya dicantas oleh FBI…access denied! InshaALLAH saya akan cuba kongsi dimasa hadapan.

Anak suri cahayacinta ?Syuhh2 tak bleh cakap lebih2 tue…isteri orang tak elok…tapi semakin terer dengan ilmu masakan yang semakin digilai oleh keluarga tercinta.

Dan yang pasti perkongsian saya ini TIDAKLAH SEHEBAT mana berbanding rakan blogger saya tue…cuma baru di peringkat PRA-SEKOLAH sahaja… πŸ™‚

Sedikit info mengenai anak saya – MUAR . Selamat dilahirkan pada 1 OKTOBER 2010 – HARI JUMAAT dan pada jam 7.02pagi di TEY Maternity – salah sebuah pakar sakit puan Bandar Muar Diraja ini.

Dan setelah berumur 5tahun MUAR telah ditempatkan di sebuah tadika berhampiran dengan rumah kecil kami – TADIKA TAMAN PERDANA.

Masa 1stday nak masuk sekolah, MUAR ada berbunyi dengan saya…

Nape pergi sekolah nie…best ker?

Saya selamba jek jawab…

Ayah nak kamu belajar susah… πŸ™‚

Hampir 3 bulan lamanya untuk dia sesuaikan diri denganΒ  alam persekolahan disana.

Mengapa saya nak dier belajar susah?

ayah ingin kamu belajar susah, ayah ibu dan adik bangga dengan kamu - MuarOrang tua2 ada cakap melentur buluh biarlah dari rebungnya…

Jika dia bersekolah di tadika yang hanya dimonopoli oleh satu kaum sahaja, pastinya dier akan rasa TAIKO…Anak jantan laa katakan.. πŸ™‚

So bila masuk sekolah hanya kelompok minoriti, dia akan rasa ingin belajar SUSAH sepertimana yang saya mahu.

Dan inshaALLAH si kecil saya ini akan ditempatkan di sekolah rendah jenis kebangsaan.

Saya ada juga dengar bunyi2 dari neneknya ( bonda tercinta saya )…

Kamu nak hantar SJKC mak tak kisah, tapi yang emak tahu dier kena HABIS NGAJI sebelum darjah 6 + berjaya HAFAL surah2 dariΒ  muqaddam dan AL-QURAN lagi banyak dari kamu…dan sebelah petang masuk sekolah agama johor sampai darjah KHAS…kamu FAHAM kan…

Hoho! Anak cikgu biasalah kan…tegas dan suka bebel2 ini SUDAH SEBATI dalam diri saya…

Lagi satu kenapa sekolah SJKC bakal jadi pilihan saya adalah kerana faktor salasilah keluarga. Sebelah orang rumah saya (mak mertua saya) adalah dari bangsa CINA sabah bah..so saya taknak warisan keluarga khususnya BAHASA itu ditinggalkan begitu sahaja. Biar saya tidak faham asalkan anak-anak kecil saya TERER dalam bahasa tersebut… πŸ™‚

So both side inshaALLAH akan dapat kongsi hasil yang sama dari si kecil ini – AGAMA & BAHASA.

Dan baru2 ini ada Malam GRADUATION & KONSERT ke 20 yang dianjurkan oleh TADIKA TAMAN PERDANA. Dan anak saya turut serta dalam persembahan tersebut…

Dan di akhir tahun pula biasa laa akan ada exam kan…so si kecil saya ini turut sama berjaya untuk sesi 2015 bersama rakan-rakannya yang lain…

Apa yang boleh saya tumpang gembira macam rakan2 blogger saya bercerita mengenai kejayaan anak-anak mereka, anak saya telah berjaya MEMECAH DOMINASI dalam cabaran tulisan bahasa mandarin pada kali ini. Cikgu2 turut teperanjat sampai tanya dengan saya…

You ada hantar anak tuisyen ka? Manyak bagus you punya anak punya tulisan…

Your son quite well in writting chinese…congrats!

Muar

Psst…kalo laa dari awal lagi saya cerita dari rakan saya pasal anak pintar & cerdas nie, silap2 anak saya sapu bersih semua keputusan dalam exam tue…nie saya share ngan korang supaya tak terlambat macam saya beb!

Takde resipi istimewa pon dalam saya membentuk si kecil saya ini…just amalkan 4P jek…

legoland malaysia resort, legoland malaysia resort review, go holiday legoland malaysia resort, cuti santai legoland malaysia resort, family day legoland malaysia resort, cari duit, legoland malaysia resort land of adventure, legoland malaysia resort lego kingdoms, legoland malaysia resort lego technic - Muar

P – PELUK

  • Saya ada terbaca yang kalo anak nie kalo kita kerap peluk sel2 cepat berhubung…so start dari kecil nie saya memang kerap laa peluk2 bila sampai sekolah, bila hantar rumah atuk nenek, bila saya kener kerja outstation sampai kadang2 orang rumah cakap…anak jek awak peluk saya nie macam mana…saya hanya jawab…nak peluk awak macam mana…kita dah berlaga pewutt dulu…:D

P – PENDENGAR

  • Saya akan jadi pendengar setia kepada anak2 kecil saya ini. Mereka nak cepat belajar so mereka akan explore dulu..lepas dah explore mereka nak kongsikan cerita2 tue dgn kita laa..so saya laa tempat si comel saya nie ngadu pasal kat sekolah cikgu asik bg geng mata sepet jek jawab ker, dengar cerita dier masa makan2 laa…Orang rumah sendiri tak mampu jadi pendengar sebaik saya..

P – PUJI SAMA2

  • Bila bab2 nak bagi pujian, saya akan cakap kepada kedua-dua sekali tak kirer sapa yang bagus masa tue. Sebab bagi saya layanan biar adil dari segala segi so anak2 nie takde rasa ada GAP antara mereka..

P – PERAMBAT SAMA2

  • Hahaha! Yang nie memang best..sape dari kalangan 2 beradik nie buat salah, saya perambat dua2 sekali…Kadang2 mereka cuba saiko dengan saya cakap…abg2 yang buat..bukan adik ayah…walaupun saya tahu si adik yang mulakan provokasi nak baling2 suar tp saya sebagai marshall stadium akan bertindak kepada kedua2 budak-budak B.O.S nie.. πŸ˜€

Tapi cara 4P saya tue takde laa hebat mana berbanding dengan rujukan seperti…

Muar

Apalah sangat kalo keluar sebahagian kecil dari duit poket tue untuk belajar jadi ibubapa cemerlang kan…Bukan untuk siapa pon..untuk kita dan anak-anak kita juga… πŸ™‚

Saya hanya mampu senyum sambil mengucapkan rasa syukur ke hadrat ilahi…Tidaklah sehebat mana pencapaian MUAR namun cukuplah untuk saya bandingkan dengan diri saya yang sel2 tak berapa nak berhubung nie… πŸ˜€ InshaALLAH kalo ini terus berkekalan, saya harap dia akan membina sebuah legasi perniagaan unggul warisan keluarga kami di bandar diraja ini.

MUAR – Muhammad Adam Rayyan…ayah dan ibu serta adik bangga dengan kamu… πŸ™‚

 

Muar

Adios semua!

Muar

(Visited 411 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

10 comments… add one
  • Alhamdulillah. Saya doakan moga MUAR (Muhammad Adam Rayyan) akan meluaskan kuasanya bkn hanya di Muar, Johor tapi di seluruh Malaysia. InsyaAllah… Ameen.

    Reply
    • Ameeen…berkat doa dari rakan2 InshaALLAH termakbul suatu hari nanti… πŸ™‚ Walaupon masih terlalu awal utk bercakap tentang potensi MUAR namun biarlah ianya datang secara natural tanpa sebarang paksaan… πŸ™‚

      Dan so far MUAR gembira dengan situasi sedia ada walaupon kadang2 ada merungut pasal kurang perhatian apabila berada dengan kawan2 cha yaa nun alif… πŸ˜€

      Reply
  • baru tahu maksud MUAR tuh.. dulu masa kecik masa first day tadika.. menangis kena tinggal dengan atuk.. hari kedua tak datang… hari ketiga baru ok.. lepas tuh baru masuk tiun..
    zik recently posted…Harga minyak turun !! ron 95 seposen berkuatkuasa 1 disember 2015My Profile

    Reply
  • Sekadar berkongsi rasa gembira yang TIDAK HEBAT mana berbanding kejayaan ibubapa yang lain….dan kebetulan MUAR ada cerita sebaliknya pada si kecil saya… fasa untuk kenal dunia dia baru bermula…Doakan saya dipermudahkan perjalananan oleh-NYA utk mencorakkan kehidupan MUAR ini.. πŸ™‚

    Reply
  • comelnya rayyan/ MUAR…Ingatkan Muar tu area kat Johor..rupanya singkatan nama anak …bagus kecil2 dah latih anak berdikari dan berdaya saing…sejuk perut ibu mengandung kan..semoga rayyan jadi anak yang pandai dan soleh…amin…

    tengok muka rayyan pun ada chinese loook..hehe
    cik tom recently posted…Pertandingan Komen Terlajak BanyakMy Profile

    Reply
    • Hoho! Like her mother and sipi2 like father juga… πŸ™‚

      Alhamdulillah kini MUAR/RAYYAN telah bersama adiknya MUAR DIRAJA/??? satu scool yang sama…yang kini sedikit merisaukan mereka masing2 cuba bersaing sesama mereka pula…adoiii

      Semoga mereka berdua mampu berjaya dimasa hadapan untuk AKHIRAT…ameen

      Reply
  • Takpe bersaing adik beradik kan jenis bersaing secara sihat.mxperlu risau..
    Sebab abang ciktom yang 1st and 2nd camtu la masa kecik2..makin membesar makin akrab
    cik tom recently posted…Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan IslamMy Profile

    Reply
  • Wah sabah bah pula kan :).. 4P yang sangat menarik dan terbaik πŸ™‚

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!