Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

#Tips Percuma SEO dan Kepentingannya Pada Perniagaan Internet

Salam sejahtera buat pengunjung setia blog PerniagaanInternetHQ,

Entri terbaru dari kami adalah berkaitan dengan SEO dan kepentingan dalam perniagaan internet. Sebelum saya meneruskan bicara mengenai entri ini, mohon untuk anda lihat video dibawah ini :

Apa yang anda boleh pelajari dari video tersebut?Ohh..masih tidak jelas?Tidak mengapa.Disini kami akan cuba berkongsi maklumat mengenai SEO dan kepentingannya dalam perniagaan internet untuk usahawan Malaysia.

SEO atau lebih dikenali sebagai Search Engine Optimization yang digunakan oleh pereka laman web dan Blogger adalah bertujuan untuk memastikan setiap apa yang mereka tulis di dalam blog @ laman web akan berada dalam enjin carian seperti Google, Bing dan Yahoo.

Selain itu juga, mereka yang menggunakan SEO ini adalah untuk memastikan laman web @ blog tersebut mudah dijumpa oleh orang ramai yang mencarinya melalui penggunaan kata kunci (keyword) tertentu.Pakar-pakar SEO dan penganalisis pemasaran internet banyak membicarakan isu mengenai SEO ini. Ini kerana ianya bukan sahaja hanya kerana ingin dijumpai di dalam enjin carian (search engine) malah mereka juga ingin memastikan kedudukan yang paling hadapan dalam mana-mana enjin carian tersebut bagi membantu mereka memperolehi traffic yang organic untuk sesebuah laman web @ blog.

Kepentingan SEO

Memandangkan SEO itu mempunyai kekuatan yang tersendiri, ramai penggiat pemasaran internet sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya semata-mata untuk mengkaji dan mendalami ilmu SEO bagi memantapkan lagi kemahiran mereka tentang SEO ini.

Dibawah ini adalah sebahagian daripada kelebihan menggunakan SEO:
•    Dapat membawa masuk pelawat dari dalam negara dan luar negara
•    Dapat meningkatkan trafik organic kepada sesebuah laman web dan Blog
•    Dapat memberikan backlink yang tinggi
•    Dapat meningkatkan peratus carian yang tinggi pada mana-mana enjin carian
•    Dapat meningkatkan reputasi @ ranking sesebuah laman web dan blog
•    Mampu menghasilkan pemasaran yang lebih meluas tanpa mengeluarkan kos.
•    Lebih bersifat jangka panjang kerana jangka hayat untuk kekal dalam enjin carian adalah tinggi sekiranya blog @ laman web tersebut terus online.


(Credit : business2community)

Berikut adalah beberapa tips untuk menjadikan Blog anda mesra SEO :

  • Pilih niche yang berkaitan rapat untuk Blog anda dan pastikan niche tersebut anda mahir dan minat untuk terokai.
  • Pastikan artikel yang bersesuaian dengan niche Blog anda. Jangan campur adukan isi kandungan Blog anda dengan pelbagai topik yang tidak sepadan dengan niche yang anda tetapkan.Contoh, jika blog anda menceritakan info mengenai perniagaan internet, jangan dimuatkan sekali cerita mengenai bidang masakan..Ohh!
  • Tentukan kata kunci (keyword) yang bersesuaian dengan niche yang anda pilih.
  • Pastikan tema Blog yang dipasangkan didalam Blog anda diterangkan dengan asas elemen-elemen SEO seperti H1, H2, H3, H4 dan banyak lagi.
  • Susunan dan rekabentuk tema Blog yang betul akan membantu pengunjung blog anda kerana pengnjung juga memainkan peranan tertentu dalam membantu meningkat kekuatan SEO di dalam Blog anda. Cth : memberikan komen yang bernas DLL.
  • Isi kandungan artitel hendaklah bersesuaian dengan tajuk (TITLE) artikel tersebut. Dan huraikan artikel tersebut dengan bahasa yang mudah difahami
  • Gunakan kata kunci (keyword) yang betul dengan tajuk dan perbanyakan kata kunci (keyword) yang ingin ditekankan (BOLD) didalam artikel tetapi pastikan ianya tidak diulangi terlalu kerap yang mengakibatkan pengunjung blog akan berasa bosan untuk terus membacanya.
  • Tulis sekurang-kurangnya 300 patah perkataan (dan lebih baik 300 dan keatas sehingga 700 patah perkataan) untuk memperkuatkan lagi kata kunci (keyword) yang dipilih melalui pelbagai huraian yang berkualiti dan bukannya huraian yang mengarut!
  • Jangan ABAIKAN untuk menekankan keyword-keyword lain kerana keyword lain juga mampu memberikan sokongan kepada kekuatan keyword utama
  • Padankan dengan mana-mana keyword yang sesuai kepada artikel yang pernah ditebitkan sebelum ini (Link Back) dan pastikan keyword tersebut mempunyai huraian yang munasabah..
  • Gunakan plugin (pengguna WordPress) yang sesuai untuk meningkatkan lagi elemen SEO pada Blog samada yang percuma mahupun berbayar.
  • Pastikan setiap pautan (URL) dan gambar diletakan penerangan yang berkaitan dengan tajuk artikel dengan diletakan bersama keyword yang betul.

Kepentingan SEO Kepada Perniagaan Internet

Ilmu SEO ini sangat subjektif kerana ianya dikaji oleh ramai pakar-pakar SEO tempatan mahupun antarabangsa, Dan mereka juga mempunyai penilaian serta amalan tersendiri mengikut acuan serta kesesuaian pada blog atau laman web mereka. Oleh yang demikian, percubaan sendiri @ TRY & ERROR tidak salah untuk dibuat bagi melihat sejauhmana ianya relevan mengikut keadaan atau trend semasa.

Akan tetapi,ilmu SEO ini ada baik dan buruknya yang tersendiri. Bukan sahaja ilmu ini disampaikan kepada umum, malah saya juga sering mengingatkan diri saya sendiri agak tidak menyalahgunakan kaedah SEO ini hanya semata-mata untuk menarik minat pengunjung ke blog perniagaan internet ini dengan huraian-huraian atau fakta-fakta yang tidak berfaedah.

Diharap melalui entri ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk terus mendalami ilmu SEO bagi survival diri masing2 dalam perniagaan internet. Semoga entri ini dapat memberikan manafaat kepada anda semua. Kongsikan pandangan anda didalam ruangan dibawah ini bagi membantu kami mendapatkan respon (feedback) mengenai entri yang disampaikan ini.

Adios semua! Selamat mencuba!

Apa Kata Pakar Mengenai Tips Ini? PerniagaanInternetHQ.com - SEO & Kepentingan Kepada Perniagaan Internet
Apa Kata Pakar Mengenai Tips Ini? - SEO
4.5
SEO & Kepentingan Pada Perniagaan Internet
Isi & Fakta Yang Jelas
ratelima
Olahan & Rekabentuk
rateempatkoma
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempatkoma
Akhir kata, gunakan pendekatan SEO ini untuk tujuan yang betul dan bukannya digunakan untuk sesuatu yang tidak berfaedah seperti menyampaikan cerita atas tujuan mengaibkan orang lain atau menyebarkan berita2 palsu untuk kepentingan diri sendiri (Dalam hal ini BUKAN hanya semata-mata untuk mendapatkan traffik kepada blog @ laman web masing-masing)

SEO

(Visited 213 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

6 comments… add one
  • Terbaik! Harap tuan bleh share tips akn dtg mcm mana nk buat backlink pula.. 🙂

    Reply
    • Ya setuju sangat. Harap tuan admin dapat buat entri tentang backlink juga, masih sedikit pengetahuan saya mengenai backlink ini.

      Reply
  • Terima kasih tuan. Nanti kami akan update part backlink pula.. 🙂

    Reply
  • Saya sangat suka belajar tentang seo dan membuat pencarian mengenai seo :).. Terima kasih atas entri tips seo dan kepentinggan seo terhadap pernigaan internet ini. Iainya sangat berguna dan makin menambah pengetahuan saya tentang seo.

    Reply
  • Nak tanya sedikit mengenai google search console :). Kalau kita nak target kat http://www.google.com yang mana satu geo target yang harus dipilih?

    Reply
  • Saya masih tak faham mengenai apa itu seo local? masih kurang pengetahuan bab bab seo huhu
    Calrase Patrick recently posted…RF3 World Firmax3 MalaysiaMy Profile

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Buat Duit Online Dari RM100-1000 Sebulan Disini Dari Ranking Google!