Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Teknik Carian Keyword Yang Berkesan Untuk Amazon Associates – Part #4

amazon associates, rahsia amazon associates, panduan amazon associates

Cerita nak bina site tak terkalah untuk amazon associates sudah.

Cerita nak bina artikel review membunuh untuk amazon associates pon sudah.

Cerita tentang hasil ciput tak terkalah amazon associates juga sudah.

Namun respon kepada pencarian amazon dari blog picisan ini masih mengecewakan… 🙁

Memang betul laa member utara tue cakap…

Aku bilang kat hang tak percaya, bila hasil ciput tak saper nak layan hang dengan amazon associates tue…cuba hang citer bisnes TE kat sini..mencanak2 komen orang nak buat duit dengan bisnes TE ni!

Tak mengapalah. Pasti ada 1-2 org yang mencari tips atau teknik yang berkesan mengenai amazon associates nie.

Buat member utara saya yang tengah meletop dengan bisnes TE tue :

TIDAK bro! Aku akan stay dengan misi aku untuk menjana pendapatan sampingan tak terkalah punya dari amazon associates nie. Buat bro, semoga bro terus berjaya merekrut ribuan orang untuk buat duit dengan bisnes TE tue heh!

Ehhh…sembang pasal bisnes TE pulak…nanti laa otai2/pakar2/jutawan2/ bisnes TE turun sini biar mereka kasik jawap pasal bisnes TE tue..dieorg laa leader2 yang bertanggungjawab kat korang nak jawab  sebarang kemusykilan tentang bisnes TE tue…bukan saya blogger cap ayam nie.. 🙂

Hari nie saya nak sambung lagi tentang rahsia kejayaan saya bersama amazon associates nie…

Bagaimana Nak Buat Carian Keyword Yang Berkesan Untuk Amazon Associates ?

Apa Kata PAKAR Mengenai Review Ini? Teknik Carian Keyword Yang Berkesan Untuk Amazon Associates dari PerniagaanInternetHQ.com
Amazon Associates
4.5
Teknik Carian Keyword Yang Berkesan Untuk Amazon Associates
Info & Fakta Yang Jelas
rateempatkoma
Hasil & Testimonial Sebenar
rateempatkoma
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempat

Buat pengiat tegar amazon associates, inilah teknik dan panduan pakar2 amazon dunia tentang carian keyword amazon associates yang tak terkalah. Kalau kalah maknanya hasil amazon korang ciput laa..

Try buat dulu...pastue kongsikan pengalaman korang buat tue. Jika masih tidak faham atau kurang jelas, roger2 kat blog picisan ini. InshaALLAH adalaa yang tolong bantu mana yang boleh tue. Tak buat macam mana nak tau kalah atau tidak dengan BISNES TE yang mahakarya agung tue!

Macam mana heh? Korang folo jek tips cap ayam kat bawah nie inshaallah korang anda dapat buat carian keyword yang berkesan sama macam pakar amazon associates dunia tau!

2 teknik kajian keyword yang biasa saya buat adalah :

1) KAJIAN KEYWORD PERCUMA

– Dulunya mmg sumber ADWORDS menjadi sumber utama saya. Memandangkan skrg dah semakin rumit nak guna saya beralih kepada Wordtracker ngan Spyfu. Ebay hotlist juga saya gunakan sebagai rujukan tambahan. Akan tetapi ingin saya ingatkan bahawa sumber percuma ini yang saya nyatakan ini tidak TEPAT 100% tapi at least kita dapat lihat potensi sesuatu keyword bagi produk amazon yang ingin kita jual nanti.

2) KAJIAN KEYWORD BERBAYAR

– Utk kaedah ini saya memilih 2 jenis software iaitu TRAFFIC TRAVIS & LONG TAIL PRO utk kajian level keyword2 yg saya cari. Dua jenis software yang saya gunakan setakat ini tidaklah mengecewakan. Tinggal harga software nie agak mahal. Pernah juga guna yg nulled/crack version tp kerap pc hang jek..last2 beli gak 2 software nie.

Kalo membeli software ini agak membebankan @ saya kurang yakin dengan dengan pencarian keyword tersebut, saya akan cari sumber outsource untuk pencarian keyword tersebut. Kos antara usd30 – usd50 utk 5-7 keyword dari single hingga long tail keyword + cpc + median keyword utk rank di search engine. Outsource ini biasa saya dapatkan dari warriorforum dan digitalpoint dan kadangkala di blackhatworld.

Bagi memastikan kejayaan saya dalam amazon associates ini, saya gunapakai strategi membeli EMD bagi setiap keyword yang saya lihat ada potensi namun ianya bukanlah sesuatu yang mudah. So untuk memudahkan saya dalam memilih EMD yang terbaik, saya gunakan sifir amazon saya seperti dibawah ini :

– EMD + reviews
– EMD + reviewsx
– EMD + sale
– best + EMD
– EMD + online

Disini ingin saya beritahu bahawa jika anda membeli EMD yang baru didaftarkan, ianya sedikit sukar untuk mendapatkan ranking berbanding dengan membeli EMD yang lama. Namun ianya tidak mustahil untuk ranking cuma ianya mengambil sedikit masa yang lebih lama.

Bagi pembelian EMD, keutamaan saya akan berikan kepada {DOT}COM & {DOT}ORG. Dan jika ianya sudah dikebas orang, barulah saya beralih kepada {DOT}NET & {DOT}CO. Yg {DOT}INFO ngan {DOT}US saya tak pernah beli setakat ini.

TIPS: Saya tak kejar semua keyword yg CPC >USD1 tapi saya kejar LEVEL easy punya KEYWORD yg biasanya CPC < USD1.

Apa Kata PAKAR Mengenai Review Ini? Teknik Carian Keyword Yang Berkesan Untuk Amazon Associates dari PerniagaanInternetHQ.com
Apa Kata PAKAR Mengenai Review Ini? - Amazon Associates
4.5
Teknik Carian Keyword Yang Berkesan Untuk Amazon Associates
Info & Fakta Yang Jelas
rateempatkoma
Hasil & Testimonial Sebenar
rateempatkoma
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempat

Buat pengiat tegar amazon associates, inilah teknik dan panduan pakar2 amazon dunia tentang carian keyword amazon associates yang tak terkalah. Kalau kalah maknanya hasil amazon korang ciput laa..

Try buat dulu...pastue kongsikan pengalaman korang buat tue. Jika masih tidak faham atau kurang jelas, roger2 kat blog picisan ini. InshaALLAH adalaa yang tolong bantu mana yang boleh tue. Tak buat macam mana nak tau kalah atau tidak dengan BISNES TE yang mahakarya agung tue!

p/s: Ada part yang tak faham mengenai teknik memilih keyword berkesan untuk amazon associates ini? Komen atau soalan anda amatlah kami tagih untuk untuk perkara ini. Sebab ini basic step anda untuk berjaya dalam amazon associates ini!

p/s: Buat big player bisnes TE yang tegar, komen korang juga amat kami tagih utk berikan lebih maklumat tentang potensi bisnes TE korang yang sangat mengancam tue! BUKAN citer bisnes model macam mana nak rekrut orang join bisnes TE nie.

Amazon Associates

(Visited 165 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

5 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!