Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

#Panduan Menghasilkan Blog Yang Pantas Dan Ringan Untuk Pengguna WordPress

Penting sangat ke sesebuah blog itu laju dan ringan?Jawapan saya YA! Sebabnya adalah pelawat ibarat pelanggan yang datang ke kedai kita untukmembeli barang keperluan. Jika sukar dijumpai pastinya pelanggan tersebut akan keluar dari kedai kita tanpa membuat sebarang pembelian. Begitu juga dengan pelawat yang melawat ke sesebuah blog. Mereka akan pastikan blog tersebut boleh diakses dalam keadaan yang pantas bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Mengapa blog yang lambat tempoh loadingnya tidak digemari oleh pelawat? Jawapannya cukup mudah. Jika masa loading tersebut mengambil masa yang lama, mereka akan cepat bosan dan berkemungkinan akan meninggalkan blog lebih awal dari jangkaan sebenar. Ini satu kerugian bagi pemilik blog. Lebih-lebih lagi dalam era melayari internet melalui telefon pintar, perkara ini amatlah dititikberatkan oleh pemilik blog. Oleh itu pemilik blog haruslah memastikan blog mereka berada pada dalam keadaan yang pantas dan ringan untuk di lawat.

Bagaimana untuk mendapatkan blog yang yang ringan dan pantas untuk diakses? Pada pengamatan saya ramai blogger mahir dalam perkara menulis atau mengemaskini blog, namun mengabaikan cara untuk optimasi blog mereka supaya lebih pantas dan laju untuk diakses. Jom kita sama-sama lihat beberapa panduan untuk mendapatkan blog yang pantas dan ringan iaitu :

Pantas

Panduan Menghasilkan Blog Yang Pantas & Ringan Bagi Pengguna WordPress

1)    Syarikat Hosting
Soalan saya adalah dari manakah sasaran utama pembaca blog anda? Jika anda memilih MALAYSIA sebagai sasaran utama pembaca anda, adalah lebih baik jika hosting tersebut dari Negara yang sama ataupun berhampiran dengannya. Ini kerana penggunaan hosting yang betul akan mempengaruhi kelajuan sesebuah laman web atau blog tersebut. Bagi saya inilah perkara pertama yang perlu anda kenalpasti sebelum memilih syarikat hosting yang bersesuaian dengan objektif dan sasaran anda.

Tidak dinafikan ada dikalangan daripada kita gemar memilih hosting dari luar negara seperti godaddy ataupun hostgator kerana servis perkhidmatan mereka yang professional dan menepati  citarasa mereka. Namun, sekiranya anda memilih sasaran dari dalam Negara khususnya Malaysia, syarikat hosting tempatan adalah lebih relevan untuk dipilih kerana faktor kelajuan itu tadi.

2)    Jenis & Saiz Gambar Yang Betul
Gambar cantik pasti akan memukau si pembaca. Itulah hakikat yang dihadapi oleh para blogger. Akan tetapi jika anda menginginkan blog yang laju serta ringan, saiz gambar tersebut pastinya perlu dikecilkan mengikut saiz yang sesuai. Segelintir blogger mengabaikan perkara ini dengan hanya terus memuatnaik  gambar yang dinginkan kedalam blog mereka. Disebabkan gambar tersebut bersaiz besar, maka pelawat pastinya akan menunggu lama untuk melihat paparan penuh gambar tersebut.

Dan perkara ini akan lebih ketara lagi apabila pelawat anda melayari blog anda dengan menggunakan telefon pintar. Ini pastinya akan merugikan anda kerana pelawat akan akan mengambil masa hanya untuk 1 atau 2 keping gambar tersebut. Pelbagai perisian boleh digunakan untuk mengecilkan gambar tersebut termasuklah menggunakan Adobe Photoshop, Picasa dan lain2 perisian bagi tujuan tersebut.

3)    Penggunaan Font Yang Betul
Anda selalu gunakan font apa? Arial?times new roman? Calibri? Lucida sans? Pemilihan web font adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh pereka laman web atau blog untuk mengahasilkan kreativiti kepada mereka. Sejak google memperkenalkan web font, banyak pihak mengaplikasikan perkara tersebut ke dalam template atau themes (tema) mereka.

Walaubagimanapun, pengguna web font yang maksimum antara punca yang menyebabkan proses loading laman web atau blog menjadi perlahan kerana font tersebut disimpan di dalam server google dan semakin banyak ianya digunakan semakin kerap “request” ke atas server google akan dilakukan bagi tujuan tersebut.

4)    Penggunaan JAVASCRIPT yang keterlaluan
Perkara ini biasanya dikaitkan dengan penggunaan pada widget atau plugin pada sesebuah blog. Penggunaan javascript yang maksimum pastinya antara perkara yang menyebabkan sesebuah blog menjadi perlahan. Ianya meliputi kepada pelbagai plugin popular seperti widget banner, widget media sosial termasuklah Facebook like box, Google plus dan lain-lain.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya meminumkan penggunaan plugin dengan hanya menggunakan plugin yang tertentu sahaja bersama-sama dengan themes yang anda pilih bagi memastikan kelancaran blog anda berada pada tahap kepantasan yang maksimum.

5)    Pastikan Blog Anda Memasang Plugin W3 Cache
Salah satu cara untuk memastikan blog anda lebih pantas adalah dengan memasing plugin ini. Ianya boleh dimuat naik secara percuma dari ruangan PLUGIN yang disediakan oleh wordpress. Ianya bertujuan untuk menyimpan data (cache) dari blog anda setelah kali pertama dibuka.

Kebiasaannya, pelayar web ( web browser) akan lambat untuk proses segala data dari blog anda. Akan tetapi apabila plugin ini telah dipasang, data (cache) itu tadi telah menyimpannya dan sekiranya pelawat membuka kali kedua atau seterusnya ianya akan lebih laju berbanding kali pertama blog tersebut dilawati dengan syarat pelawat anda tidak membuat segala simpanan tersebut ( clear history – clear cache atau cookies )

Bagaimana? Diharap anda telah dapat mengenalpasti punca kenapa blog anda tidak pantas @ lambat berbanding mereka yang lain. Semoga  panduan yang diberikan dapat membantu untuk anda menghasilkan sebuah blog yang lebih ideal bukan hanya untuk diri anda tetapi kepada pembaca blog anda juga. Kongsikan pandangan anda didalam ruangan dibawah ini bagi membantu kami mendapatkan respon (feedback) mengenai entri yang disampaikan ini.

Apa Kata Pakar Mengenai Panduan Ini? PerniagaanInternetHQ.com - Panduan Membina Blog Yang Pantas
Apa Kata Pakar Mengenai Panduan Ini? - Pantas
4.5
Panduan Membina Blog Yang Pantas Dan Ringan
Isi & Fakta Yang Jelas
ratelima
Olahan & Rekabentuk
rateempatkoma
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempatkoma

Kesimpulanya, blogger yang bijaksana adalah blogger yang bukan sahaja menghasilkan info atau artikel yang berkualiti malah seseorang blogger ini haruslah memastikan blog mereka lebih pantas dan ringan pada tahap yang optimum bagi memastikan pelawat blog anda terus melayari info-info dari blog anda dengan lebih lama lagi.

Dan pastikan juga penggunaan plugin yang tertentu sahaja di dalam blog anda supaya layout blog anda lebih kemas dan tersusun rapi.

Selamat mencuba 🙂

* Suka panduan Ini? Kongsikan dengan orang lain. Sharing is caring!

Pantas

(Visited 110 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

3 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Buat Duit Online Dari RM100-1000 Sebulan Disini Dari Ranking Google!