Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

#Panduan Membina Gravatar Untuk Pengguna WordPress

 

GRAVATAR – Membina Hubungan Untuk Meraih Kepercayaan!

 

Salam sejahtera buat semua pembaca blog PerniagaanInternetHQ,

Hari ini saya akan berkongsi maklumat serta panduan bagaimana anda boleh membina “GRAVATAR” untuk pengguna wordpress semudah a-b-c!

Sebelum saya menerangkan secara terperinci apa itu “GRAVATAR”, boleh saya tahu berapa jumlah profil sosial media yang anda miliki? Atau berapa jumlah blog, dan forum yang anda ikuti di internet?

Adakah anda pernah ternampak terdapat sebuah gambar kecil yang memuat foto atau gambar kesukaan anda, yang mana muncul di halaman profil?

Ahaa..Itulah AVATAR yang merupakan gambar yang mewakili diri anda di laman internet terutamanya di kalangan Blogger yang menggunakan platform WordPress.

Bagaimana pula dengan pengguna BLOGSPOT? Bagi yang menggunakan platform Blogspot, gambar profil boleh dimuatnaik melalui dashboard Blogspot dan pengguna WordPress.com boleh memuatnaik gambar profile melalu dashboard Gravatar kerana Gravatar kini dibawah kelolaan WordPress.com.

Mungkin ada dari kalangan Blogger yang menggunakan platform Blogspot tidak menghiraukan fungsi Gravatar ini tetapi anda perlu ingat bahawa kadangkala anda akan melawat Blog yang menggunakan platform WordPress dan ini akan menyebabkan anda tidak mempunyai gambar profile di ruangan komen. Jadi bagaimana nak meletakan gambar profil pada ruangan komen? Mudah sahaja. Ikuti panduan yang saya kongsikan dibawah:

Langkah #1 – Daftar Akaun Gravatar

– Untuk mendaftar akaun Gravatar, anda perlu ke laman web Gravatar dan daftarkan email yang ingin anda gunakan ( Adalah digalakan supaya mendaftar dengan menggunakan EMAIL yang kerap & boleh dihubungi ).

Langkah #2 – Aktifkan Akaun Gravatar

– Sebaik sahaja anda selesai mendaftar akaun Gravatar, anda perlu mengaktifkan akaun Gravatar ini dimana info pengaktifan akan dihantar ke inbox email anda. Jadi anda perlu KLIK pada pautan (link) yang diberikan.

Langkah #3 – Muatnaik Gambar

– Setelah akaun anda diaktifkan, anda perlu memuatnaik gambar anda. Di bahagian ini anda bebas untuk memnuatnaik sebarang gambar sama ada dari komputer/laptop anda ataupun daripada laman web lain seperti facebook atau sebagainya. Namun, anda diingatkan supaya memilih gambar yang sesuai sahaja bagi membolehkan rakan-rakan Blogger anda mengenali anda dengan mudah.

Langkah#4 – Rating Gambar Anda

#Tips – Pada ruangan ini anda perlu memilih rating yang betul untuk Gravatar anda. Sila pilih rating G untuk memastikan gambar anda boleh dipaparkan pada mana-mana laman web.

G – Gravatar is suitable for display on all websites with any audience type.
PG – Gravatars may contain rude gestures, provocatively dressed individuals, the lesser swear words, or mild violence.
R – Gravatars may contain such things as harsh profanity, intense violence, nudity, or hard drug use.
X – Gravatars may contain hardcore sexual imagery or extremely disturbing violence.

Dibawah ini adalah VIDEO TUTUORIAL mengenai avatar yang boleh anda rujuk :

Selesai sahaja semua proses diatas anda boleh mulakan komen di mana-mana Blog yang menggunakan platform WordPress. Sila gunakan email yang anda daftarkan di Gravatar dan gambar akan dipaparkan di ruangan komen.

Apa Kata Pakar Mengenai Tips Ini? PerniagaanInternetHQ.com - Panduan Membina Gravatar Untuk Pengguna Wordpress
Apa Kata Pakar Mengenai Tips Ini? - Gravatar
4.5
Panduan Membina Gravatar Untuk Pengguna Wordpress
Isi & Fakta Yang Jelas
ratelima
Olahan & Rekabentuk
rateempatkoma
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempatkoma
* Business is about TRUST. Kepercayaan adalah salah satu cara penting untuk kita bina dalam perniagaan. Oleh sebab itu juga ianya harus dipratikkan dalam dunia blogging. Betul kan? Semoga ianya memberi manafaat!

Selamat mencuba 🙂

* Suka panduan Ini? Kongsikan dengan orang lain. Sharing is caring!

Gravatar

(Visited 128 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

4 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Buat Duit Online Dari RM100-1000 Sebulan Disini Dari Ranking Google!