Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Membina Blog Yang Berjaya

malaysia-best-blog-review

Saya pernah bertanya kepada seorang rakan blogger bagaimana untuk membina sebuah Malaysia Best Blog sewaktu sama-sama minum di kedai kegemaran saya. Mengikut pandangan beliau blog yang boleh berjaya haruslah mengikut niche-niche yang popular bagi rakyat Malaysia. Contoh niche yang popular adalah seperti blog gossip dan hiburan, blog politik, blog review produk, blog berita dan tak kurang juga blog peribadi.

Ciri-ciri sebuah Malaysia Best Blog haruslah mendapat trafik yang tinggi setiap hari secara konsisten dan juga mendapat rank yang baik di search engine khususnya di Google. Kandungan blog mestilah unik hasil penulisan sendiri bukan meniru bulat-bulat ayat dari blog orang lain. Anda boleh menulis mengikut pengalaman yang anda lalui sendiri ataupun kajian yang telah anda lakukan. Walau bagaimanapun anda boleh membaca blog Malaysia yang lain sebagai rujukan sahaja. Amalkan penulisan yang jujur berdasarkan minat dan pendapat anda sendiri. Dan kami akui sukar untuk membina sebuah malaysia best blog ini kerana minat dan pendapat kami kadangkala tidak selari dengan kehendak pasaran blog tempatan.. 🙂

Bagaimana untuk membina malaysia best blog yang berjaya?

Malaysia Best Blog

credit : wersm

Mendapatkan sebuah Malaysia Best Blog memerlukan kerja keras khususnya dalam kerja-kerja SEO. Sebuah blog yang cantik belum tentu semestinya boleh dapat menarik ribuan trafik setiap hari. Ada sesetengah blogger yang mementingkan rupa bentuk dan layout blog mereka sementara sesetengah lagi suka kepada blog yang simple tetapi menitikberatkan SEO agar blog mereka sentiada tersenarai di muka hadapan search engine. Saya akui kerja-kerja melakukan SEO adalah satu kerja yang rumit dan membosankan tapi rasa bosan itu akan lenyap apabila melihat limpahan trafik masuk setiap masa.

Ada blogger yang berhenti menulis blog kerana blog tidak mendapat sambutan. Hal ini semakin parah jika diri sendiri tidak memahami apa konsep SEO yang sebenarnya. Anda boleh membaca kepentingan SEO yang pernah ditulis dalam blog ini. Menurut pakar blog yang pernah saya kenali, membina sebuah malaysia best blog bukanlah sesuatu yang mustahil cuma ianya mengambil masa untuk menjadi sebuah malaysia blog yang berjaya. Dan blog picisan ini dalam usaha ke arah menjadi salah satu malaysia best blog suatu hari nanti. Doakan usaha kami ini dipermudahkan oleh-Nya…ameen

Kesimpulannya, impian untuk mendapatkan sebuah Malaysia Best Blog ialah anda harus peka dengan trend semasa rakyat Malaysia dan juga membina blog mengikut teknik-teknik semasa. Dari situ anda akan mendapat idea untuk penulisan blog serta mendapat sambutan dari para pembaca. Dalam pada masa yang sama rajin-rajinlah membaca di Google tentang perkongsian-perkongsian dari blogger lain sama ada melanggan membaca di blog atau melanggan newsletter mereka.

p.s Pihak kami antara ribuan dari kalangan mereka yang menyertai contest seo malaysia best blog 2015 yang dianjurkan oleh pihak OhDuit.com. Undian melalui button media sosial dibawah ini amatlah kami tagih. Jasa kalian keatas undian tersebut amatlah kami hargai. Doakan kejayaan kami dalam cabaran seo malaysia best blog 2015 ini! Jumpa lagi!

Adios semua!

Apa Kata Pakar Mengenai Panduan Ini? Membina Blog Yang Berjaya dari PerniagaanInternetHQ.com
Apa Kata Pakar Mengenai Panduan Ini? - Malaysia Best Blog
4.5
Membina Sebuah Malaysia Best Blog Berjaya
Info & Fakta Yang Jelas
ratelima
Susun Atur & Rekabentuk
rateempatkoma
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempatkoma

Bagaimana? Diharap anda lebih jelas mengenai bagaimana untuk membina blog yang berjaya. Sebuah malaysia best blog mampu dicapai sekiranya kaedah penggunaan SEO yang betul dapat dipraktikkan ke dalam sesebuah blog. Walaupon proses seo itu suatu yang sukar, namun jika berjaya diaplikasikan dengan betul pasti sumber traffik yang relevan akan singgah ke blog anda!

Malaysia Best Blog

(Visited 133 times, 1 visits today)

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

0 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!