Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Hikmah Dari Jerebu

bacaan IPU jerebu, masalah jerebu, hikmah dari jerebu,

Assalamualaikum… Salam sehati sejiwa buat pembaca yg dihormati.. apa khabar anda semua??

Dah lama benar rasanya saya tak menulis dalam blog ni.

Pelbagai cerita yang berlaku sepanjang saya menyepi dari blog ini. Sibuk dengan komitmen kerja seharian, uruskan jadual kerja staff kat ofis, lepas raya hari tu pula ada urusan bonda yang kurang sihat, terlibat dengan acara Hari Kebangsaan, siapkan job dgn sebuah syarikat di sini, tolong orang susun tupperware dan sebagainya.Ditambah lagi dengan situasi jerebu yang semakin hari semakin tidak sihat bacaan IPU nya…

Namun kerja-kerja berblogging tetap diteruskan juga. Blogging sudah menjadi darah dan jiwa kami. No Blog No Life.

So apa citer perniagaan? Alhamdulillah walaupun kurang aktif online beberapa bulan kebelakangan ni namun masih lagi menerima income secara online. Walaupun dapat tak banyak tapi bersyukurlah. Inilah kelebihan cari duit secara online. Walaupun tinggalkan kerja tersebut kadangkala masih lagi memberikan hasil secara autopilot. Seronok sgt sebenarnya bila menerima pembayaran. Satu kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Baru-baru ni ada menerima hasil dari Komli sebanyak RM170++. Bayaran kali ke berapa saya sendiri pun dah tak ingat. Tapi boleh rujuk kepada post Hasil Komisen Dari Komli yang pernah saya tulis dulu.

Jerebu

 

Selain itu ada juga menerima beberapa pembayaran termasuklah dari syarikat pengiklanan lain (hasil dari revenuehits).

Hasil Komisen Dari Revenuehits - Jerebu

Hasil Komisen Dari PopAds - JerebuSeronok terima bayaran dalam USD memandangkan rate yang tinggi sekarang. Kira-kiranya kita menumpang tuah di atas kejatuhan ringgit 🙂

Hmm.. apa lagi nak cerita. Kurang sihat skit sebenarnya hari ni. Cuaca jerebu kebelakangan ini menyebabkan banyak aktiviti yang terpaksa dibatalkan. Bukan saja perlawanan bolasepak tempatan tapi juga aktiviti-aktiviti harian saya. Nak berjogging pun rasa tak selesa. Banyak masa dihabiskan di rumah je. Berehat.. tgk tv.. Moga masalah jerebu akan segera pulih. Sedih tengok budak-budak pun tak dpt nak pegi ke sekolah akibat jerebu. Mudah-mudahan ada hikmah di sebalik musibah jerebu yang melanda.

Macam Mana Situasi Jerebu Ditempat Anda?

 

Jerebu

(Visited 267 times, 1 visits today)

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

4 comments… add one
  • Moga masalah jerebu ini tidak menganggu fokus untuk kita terus menjana pendapatan daripada internet ini…ameen 🙂
    Admin HQ recently posted…#Review NiagaAffiliate Perniagaan Internet Tanpa Modal Untung LumayanMy Profile

    Reply
  • harap2 tahun ni takkan ada kes jerebu lagi seperti tahun2 lepas..
    ciktom rasa antara hikmah jerebu ialah merapatkan ukhwah dengan keluarga…bila dah xleh bt aktiviti outdoor..xnak bagi bosan mcm2 aktiviti indoor nak bg menarik..
    cik tom recently posted…Senarai Penginapan di Marang, TerengganuMy Profile

    Reply
  • kat tempat saya sekarang ni ada jerebu tapi tak berapa teruk seperti tahun lalu 🙂

    Reply
  • alhamdulillah jerebu dah okay sekarang ni..dah takde..musim kemarau dan panas pulak..dugaan buat kita ingat akan kebesaranNYA

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!