Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Hasil Komisen Dari KOMLI

Buat-Duit-Dengan-Komli

Hasil komisen dari komli… ntah kali ke-berapa tak ingat.. tapi mmg bukan selalu dapat la. Kalau tiap2 bulan dapat senang ingat. Kalau ada buat entri bersiri senang nak rujuk yang ke berapa. Nak cerita pun segan sebenarnya sebab setiap kali dapat pun bukan banyak. Buat malu je nak cerita.

Tahun 2015 ni baru dua kali je dapat. Bulan Januari hari tu Komli ada bayar sekali.

Hasil Komisen Dari KOMLI

Hasil-Komisen-Dari-Komli

Pagi tadi semak kat Maybank2u ada payment dari Komli. Apa hal plak Komli bayar tengah2 bulan, biasanya bkn 27hb ke? Tapi bagus gak diaorang bayar hari ni.

Lagi hasil komisen dari KOMLI

Hasil-Komisen-Dari-Komli
Pendapatan dari Komli ni saya buat secara pasif. Saya cuma letak iklan Komli kat satu blog je (nama blog terpaksa dirahsiakan) Kebetulan blog tersebut dah ada trafik, so saya fikir apa salahnya saya letak iklan Komli.  Sebab apa saya katakan pasif kerana sekarang saya dah tak update blog tu lagi, tak buat promosi, malah saya pun dah jarang jenguk ke situ. Cuma sesekali je. Senang cakap kutip hasil je lah. Walaupun tak banyak tapi wang juga kan? Saya taknak bercerita panjang lebar tentang Komli. Anda boleh cuba Google sendiri. Komli antara program advertise yang popular di kalangan blogger Malaysia selain dari program Nuffnang, Innity dll.. Anda yang ada blog yang banyak trafik boleh cuba guna Komli ni sebab kunci utama pendapatannya ialah trafik. Lagi tinggi trafik lagi banyak anda dapat.

Buat-Duit-Dengan-Komli

Hasil komli yang ciput ni bkn utk enjoy. Nak enjoy pun tak lepas. Hasil pasif sebegini saya gunakan utk rolling semula perniagaan internet. Beli ilmu, beli software, beli servis dan apa-apa lagi yg patut saya ada utk memantapkan diri. Kalau dapat nak enjoy pun cuma belanja diri sendiri makan kat warung kegemaran. Maklumlah masih hidup sendiri, beli makan untuk diri sendiri dan org tua je lah.

Plan saya rasa macam nak beli kitab seo merah jambu, orang ckp bagus. tapi kalau ikutkan hasrat hati nak juga beli panduan dominasi instagram tu. Nak beli tue semua pon bukan sebab apa, nak kekalkan momentum dalam perniagaan internet khususnya KOMLI ni. Modal skit je ni, kena “renung-renungkan dan timbang-timbangkan” dulu. Selamat beramal.

(Visited 324 times, 1 visits today)

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

15 comments… add one
  • Tahniah sahabat!

    Memang tepat bila kita suka berjemaah nie. Bukan hanya sangat dituntut berjemaah dalam solat, dapat gunakan nilai berjemaah dalam dunia perniagaan internet ini pon sangat berbaloi rasanya.. 🙂

    p/s: Kitab seo merah jambu, dominasi dan manipulasi instagram antara bahan yang diperlukan untuk….
    Admin HQ recently posted…#Review Kekalkan Momentum Perniagaan Internet Secara KonsistenMy Profile

    Reply
    • amalan berjemaah ni elok diamalkan dalam gaya hidup kita.. kecuali janganlah amalkan berjemaah buat perkara keburukan.

      Reply
  • Banyak tuh .. bukan calang2 nih… mantap bro
    zik recently posted…Gambar bumbung lrt runtuh di masjid jamek 23/3/2015My Profile

    Reply
    • owner blog ni dah otai kat wangcyber… ni jenis jutawan dalam diam je.. tak bising2.. skang baru nak muncul diri. terus mengaum.. haha

      Reply
  • Ini antara hasil cara kami berjemaah dalam perniagaan internet ini. Alhamdullillah kami kini boleh berbangga dengan hasil pencapaian kami.

    Ramai lagi di luar sana yang jauh lagi hebat dari kami. Tapi kami suka bergerak secara kecil-kecilan di bawah nama perniagaaninternethq ini… 🙂

    Bro tau blog nie dari mana heh?
    Admin HQ recently posted…Berjemaah atau solo dalam perniagaan internet?My Profile

    Reply
    • hasil buat duit secara berjemaah lagi seronokk dan meriah… dari buat dan makan sorang2 kan…

      Reply
  • banyak tu untuk pendapat pasif bagi blog yang dah tak diupdate. Mesti blog guna keyword yang evergreen ni…cik tom malas satu je komli ni jenis nak invoice utk keluarkan income..
    cik tom recently posted…Kenangan Alexa Rank Penutup 2015My Profile

    Reply
  • wahh senang kerja..cukup bulan login kutip..hehe..komli sudah lama aku tak dengar iklan nih..itu la sape suruh tinggal bloging lama sangat.
    hasif recently posted…Testimoni MindatifMy Profile

    Reply
    • dulu hasif ni owner blog mana ya? cik tom rasa familiar tapi tak ingat la… macam banyak blog je

      Reply
  • Wow banyak tu hasil komisennya, nak cuba juga cari pengalaman dengan komli ni tapi nak cukupkan pengalaman dengan yang lain dulu… hihi

    Reply
  • rasanya baru2 ni ada baca kat status fb rakan blogger yg komli dah x on iklan untuk blog..betul ke? ke desas desus je?
    cik tom recently posted…Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan IslamMy Profile

    Reply
  • dulu cik tom pernah dapat email dari staff komli masa mula2 diorang nak try market malaysia kot..cik tom tak tau apa buat derk je la..ingat scam…rugi gila
    cik tom recently posted…Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan IslamMy Profile

    Reply
  • Dah baca serba sedikit mengenai komli, tetapi orang kata kalau nak cashout mesti hantar invoice ke?
    Calrase Patrick recently posted…RF3 World Firmax3 MalaysiaMy Profile

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Mudah RM100 Setiap Bulan Disini!