Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Hasil Komisen Dari ChurpChurp

Hasil Komisen Dari ChurpChurp

“Hello.. ini encik ****?”

“Hmm..” jawab saya ringkas. Itulah reaksi saya semasa dapat satu call petang tempohari. Sehari sebelum itu saya ada menerima call dari pihak Astro dengan nombor yang hampir sama. Ingatkan orang Astro call nak promosi lagi 🙂

“Saya dari ChurpChurp…..”

“Ohh ye… saya.. saya..” kali ini nada saya automatik bertukar menjadi jauh lebih bersemangat.

Rupa-rupanya tujuan amoi tu call nak tanya sama ada saya telah menerima cheque yang ChurpChurp hantar tempohari

Buat Duit Dengan ChurpChurp

Beberapa minggu sebelum itu saya ada menerima notification dalam email dari HSBC tapi cheque nya tak sampai ke rumah saya. Saya pun dah hampir terlupa tentang cheque tu. Mujurlah amoi tu call.


Inilah rupa cheque yang telah dihantar semula.

Ada lagi ke orang yang aktif dengan ChurpChurp? Mungkin ada lagi sebab tu lah program ChurpChurp masih wujud dan bertahan sehingga kini.

Saya tak ingat ini komisen keberapa tapi memang tak selalu lah. Kalau dapat pun skit je. Kalau ada buat entri bersiri senanglah nak ingat. Ermm macam pernah baca je ayat ni. Ooh lupa… copy paste dari hasil komisen dari Komli.

Untuk dapat komisen dari ChurpChurp sebenarnya sangat mudah. Saya pun cuma guna Facebook Fanpage je.

Tak ada apa-apa rahsia atau teknik-teknik hebat mengenai churpchurp… Banyak juga tips yang boleh saya kongsi dengan anda. Cuma dibawah ini adalah churpchurp review dari teknik mudah yang boleh anda cuba.

Teknik Simple ChurpChurp:

1. Fanpage mesti ramai. Lebih ramai  lebihlah peluang untuk dapat earning yang tinggi… kerana kalau contohnya ada 1k Like pun belum tentu 100 yang klik Campaign yang anda share.

2. Jangan guna ayat disediakan. Secara defaultnya ChurpChurp menyediakan beberapa ayat cadangan untuk setiap campaign. Ayat-ayat tersebut kemungkinan telah pernah digunakan oleh orang lain yang turut share campaign tersebut. Karang ayat anda sendiri dengan olahan yang lebih menarik dan ‘tidak menjual’. Yang pentingnya hanyalah url campaign tersebut.

3. Letakkan sekali url. Masukkan url campaign tersebut dalam post status walaupun sebenarnya apabila anda taip atau paste sesuatu url akan keluar snippet gambar untuk url tersebut. Cloak dahulu url campaign tersebut menggunakan Goo.gl supaya lebih ringkas.

4. Kalau dalam sesuatu masa ada banyak campaign, selang seli campaign tersebut dengan post lain. Jangan hanya post campaign sahaja sepanjang masa, nanti fans anda boring.

Kesimpulannya, untuk menjadikan ChurpChurp sebagai pendapatan pasif adalah mudah. Payout untuk ChurpChurp ialah RM100. Cuba target RM10 je dulu untuk setiap campaign. Insyallah cukup 10 campaign dah boleh capai payout.

Klik sini untuk buat duit dengan ChurpChurp

Churpchurp

(Visited 294 times, 1 visits today)

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

8 comments… add one
  • Tahniah sahabat atas pencapaian peribadi ini. Memang rare gak laa dalam musim2 GST nie bro bleh dapat kutip hasil dari churpchurp nie… 😀

    Reply
  • boleh tahan lama gak aku tak main churpchurp nih.

    haha..
    titan recently posted…Penting sangat ke Blog Mobile-Friendly?My Profile

    Reply
    • Bro xlayan pon masyuk gak dengan yang lain.

      Sekali masuk sampai beratus2 kali punya payment… 😀

      Reply
  • ruginya dah lama tak login… dulu rajin… memang masyuk bro… tak ingat dapat check ke dia bank in terus masa dulu dapat …. blur kejap aku…
    zik recently posted…Keputusan terkini liga super 25.4.2015My Profile

    Reply
  • Check bro skrg nie..mana tau ada hasil lagi bleh gak buat tambah2 di kala musim gawat GST nie… penangan mat lan org cakap… 😀

    Reply
  • Bertahun dahulu, masa twitter baru beranak memang rajin sangat main churpchurp ni. dah lama tinggal…
    Helmi Aliarit recently posted…Sakit Lutut.My Profile

    Reply
  • Dah lama tak buka akaun ChurpChurp dan tak pernah pun dapat payout earning hihi sebab tak berapa cukup untuk di payout.. Wah terima kasih untuk teknik simple ChurpChurp tu buat kembalikan semangat nak main2 dengan churp2

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!