Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Hasil Komisen Affiliate Amazon Associates

amazon associates, rahsia amazon associates, panduan amazon associates

Hari ini hari minggu. Tapi Johor kan cuti jumaat dan sabtu, so hari ini hari bekerja disini.

Namun saya kerja bisnes kecil-kecilan sendiri ada laa ruang untuk bersama keluarga.

Lepak rumah bersama anak-anak dan sama2 buat kerja rumah dengan orang rumah.

Young houseband laa katakan…

Tin tin tin ( hon dari abang posmen )

Anak saya bila posmen datang pantang jek…

Anak yg ke-2 saya terus panggil saya…

Ayah2..omen atang…anta urat ( maklum laa anak baru 3tahun, cakap lum clear kan)

Saya pon jawab…

Ok2 ayah pergi ambil surat heh…

Buka jek peti surat batu kat depan rumah nampak bil dan sampul surat…

Dalam hati saya cakap…

Hasil Komisen Amazon Associates TAK TERKALAH terima lagi laaa…!!!

 

Bil lagi…baru minggu lepas bayar bil TNB…adoiii

Dalam pada saya merungut tadi tetiba perasan 1 sampul surat putih…

Muka saya mula ceria sampai org rumah tegur…

Aii dapat surat apa plak sampai 🙂 sampai ke telinga tue…

Saya slow2 jawab kat dier…

Surat jemputan nikah kahwin nie haa…jemput saya jadi pengantinnya…hoho!

Orang rumah pon jawab…

Yerlah2 awak..kuota awak kan ada 3 kosong lagi kan…

Saya pantas menjawab..

Saje jek laa sakat awak…nie haa ada dapat surat dari U.S.A – amazon associates yang tiap2 bulan saya dapat tue…bulan nie dapat lagi…syukur! Dapat laa buat2 tambah duit dapur dengan duit belanja kita bulan depan nie… 🙂

Alhamdullillah…cek bulan febuari 2015 dari amazon inc telah saya terima untuk affiliate amazon associates ini. Cuma saya terkilan sket saya mengeluh bila buka peti surat pada awal tue. Sepatutnya saya bersyukur bila nak buka peti surat sebab tidak semestinya bil2, surat jemputan kahwin 4 , surat dari majlis agama nak mohon bantuan sekolah anak yatim atau surat2 lain..

Itulah yang saya pernah cakap sebelum ini. tiada istilah mustahil nak jana pendapatan sampingan dari perniagaan internet ini. Tak kira apa cabang sekalipun, pasti ada ruang untuk kita menjana pendapatan dari perniagaan internet ini. Yang penting anda kena ada ilmu, fokus dan konsisten untuk buat duit dari perniagaan internet ini. Paling susah adalah untuk kekalkan momentum perniagaan internet itu sendiri!

Jika anda mengharapkan ” hari ini buat – esok/minggu depan/hujung bulan terus kutip hasil ala2 skim cepat kaya buat duit berbukit-bukit sampai tak ingat sakit “ memang susah laa..

Affiliate amazon associates adalah salah satu pilihan yang anda boleh buat. Banyak rahsia serta panduan saya ada kongsikan didalam blog picisan ini. Namun respon agak mengecewakan namun saya tetap akan teruskan perjuangan tak seberapa dalam perniagaan internet ini.

Saya tak cakap senang nak buat duit dari amazon associates ini, namun saya tak tahu dimana yang anda tidak faham mengenai affiliate ini. Sebab apa? takde respon atau komen dari entri2 sebelum ini yang saya ceritakan mengenai amazon associates ini.

Diharapkan anda boleh terus asak saya dengan pelbagai persoalan mengenai amazon associates ini. Yang mana saya tahu saya akan jawab, yang mana saya tak tahu saya akan cuba cari jawapan untuk anda dari pakar2 amazon associates luar negara.

Semuanya terpulang pada anda sahaja! Saya tak paksa untuk anda respon atau jawab serta baca cerita dongeng saya ini. Apa yang saya cuba tunjukan ini hanyalah dari usaha kecil saya dalam perniagaan internet serta rahsia yang berkat berjemaah dari perniagaan internet yang saya lakukan sejak awal tahun ini.

Alamak…anak2 dah siap untuk keluar berjalan-jalan hujung minggu ni. Ada duit lebih ini saya memang peruntukan untuk mereka sahaja. Bagi saya duit ciput dari mana2 hasil perniagaan internet yang saya perolehi adalah HAK AUTORITI mereka. Tugas saya hanya untuk mencari untuk kebajikan serta kegembiraan mereka. Alhamdullillah sehingga hari ini saya masih mampu terus bernafas sambil sesak2 ni dari perniagaan internet.

Sebelum saya akhiri coretan ini, izinkan saya untuk berkongsi cerita gembira ini dengan anda bersama imej kabur2 dari scanner cap ayam saya ini….

Amazon Associates

Ingin dapat hasil komisen amazon associates tak terkalah seperti saya? Jom tanya saya heh!

 

Adios semua!

Amazon Associates

(Visited 301 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

9 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Mudah RM100 Setiap Bulan Disini!