Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Pengalaman Melancong Ke Jepun 2016 Osaka Dan Kobe Ala Bajet Ceria 611

pengalaman melancong ke jepun, melancong ke jepun, pengalaman melancong ke osaka, pengalaman melancong ke kobe, percutian ke jepun, tempat menarik di jepun, universal studio japan, mount rokko snow park kobe, jalan-jalan di dotombori osaka, pengalaman bermain salji di jepun,

Bulan febuari adalah bulan istimewa dalam kalendar hidup saya.. 🙂

Ini kerana bulan dimana 2 episod besar telah berlaku iaitu :

  1. Bulan dimana saya selamat dilahirkan ke muka bumi ini…..syukur!
  2. Dan juga bulan dimana blog picisan ini ditubuhkan oleh seorang blogger cap ayam ( saya laa tue… 🙂 )

Dan apabila tiba bulan istimewa ini, anak-anak serta isteri akan plan something….

Namun bila plan ianya memerlukan jawapan samada saya setuju atau tidak.

Itu yang sampai anak-anak saya tanya pada saya….

Ayah, besday perniagaaninternethq ayah dah dekat nie ( pada artikel ini ditulis saya telah sambut sebenarnya iaitu pada tarikh dot dot dan dot )…kita nak sambut dekat mana heh?

Saya dengan selamba jawab…

Sambut kat rumah jek laa….nak jalan mana lagi….

Anak-anak terus merengek tanya lagi….

Ayern ngan adik nak pergi tempat ultraman tue…tempat tue ada gunung ngan salji…boleh laa boleh laa…

Saya nie biasa laa kadang2 sel otak lambat nak berhubung pon jawab semula….

Tempat ultraman? Ada gunung dan salji? Kat mana tue….

Orang rumah sambil2 kemas bagasi untuk kami sekeluarga melancong pon jawab…..

Pengalaman Melancong Ke Jepun 2016 Ke Osaka Dan Kobe Ala Bajet Ceria 611

Kalo betul2 ikut kemampuan yang telah saya perolehi dari hasil komisen yang diterima dari blog picisan ini ( samada dari affiliate amazon, jobdirumah, 8share, dan lain-lain) manalah cukup pon…

Tapi berbekalkan simpanan yang saya buat melalui ASNB dan Tabung Haji dicampur dengan gaji ciput kerja offline saya, saya gagahkan juga untuk buat trip melancong ke luar negara dan destinasi yang telah saya pilih adalah Jepun – Negara Matahari Terbit!

Mesti korang ada perasan terma “Ala Bajet Ceria 611” dan apa maksudnya ini?

Dalam konsep saya melancong, saya meletakkan itenari @ program kepada destinasi perlancongan yang dipilih mestilah berkongsepkan :

  • 70% mesti anak saya punya program
  • dan hanya 30% saya dan isteri punya program

Mengapa?

Sebab bagi saya melancong bersama keluarga khususnya anak-anak, pengalaman melancong itu mestilah diingati oleh mereka LEBIH banyak berbanding saya dan isteri saya untuk bekalan mereka dimasa hadapan. Dengan kata lain momen indah ini pastinya akan diingati selamanya oleh mereka… 🙂

Inilah konsep saya saya namakan “Pengalaman Melancong Ala Bajet Ceria 611”

Dan salah satu kaedah yang mampu untuk anda buat ala BAJET 611 ini adalah melalui :

bercuti, bercuti.my, booking flights, booking hotels, destinations, jom bercuti, jom melancong, melancong, pengalaman melancong, travel tips, traveler, traveler.my - Pengalaman Melancong Ke Jepun

UPDATE: Bercuti.my telah saya bangunkan KHAS yang bertujuan untuk membantu mereka yang kaki melancong/pengembara/1st timer nak melancong ke dalam @ luar negara pada harga mampu milik ( ala-ala bajet gitu! ) Mengapa saya cakap bajet? Kerana dari segala tempahan hotel, tiket kapal terbang, sewa kereta, dan pelbagai maklumat mengenai pengalaman melancong adalah DIHUJUNG JARI ANDA SAHAJA! Tanpa melalui agen pelancongan yang kadang2 bagi harga ( tidak semua laa… 😛 ). Sila layari portal pelancongan online ini untuk maklumat lebih lanjut.

Dan jika anda ingin merasai pengalaman sendiri tinggal dalam rumah “UNIK” di Jepun pada kadar harga murah gila tapi condition baik punya, korang bleh buat melalui AIRBNB ( jika sign up dari link kami, anda akan perolehi diskaun sehingga RMXXX beb…banyak tue!)

Pengalaman Melancong Ke Jepun

(Plan asal memang nak stay melalui AIRBNB, tapi lokasi UNIVERSAL STUDIO JAPAN dengan tempat AIRBNB yang dipilih telah FULLY BOOKED, Kami just buat via booking sendiri sahaja dengan pihak Bercuti.My!

Dan destinasi yang telah saya dan isteri pilih adalah JEPUN yang mana bandar OSAKA yang ada…..

dan juga bandar KOBE tempat dimana ada sebuah masjid yang satu-satunya bangunan yang tidak roboh pada 1945 Perang Dunia Kedua….

Dan pengalaman melancong ke jepun ke bandar osaka dan kobe ini 100% saya susun mengikut bajet serta sumber maklumat yang telah saya bersama isteri kaji melalui blog dan juga japan travel bereau (Malaysia).

Mesti ada kalangan korang terfikir-fikir…

Hmm…pilih negara jepun, currency tinggi…tempat pulak yang dilawat universal studio dan ada tempat salji…betul ker bro pakej bajet ala 611 nie?

Macam tak percaya laa pegi jepun dengan tempat macam tue masih dalam range “BAJET TRIP”

Tak susah ker bro jalan sendiri kat negara jepun yang saya tahu dierorg memang tak fasih bahasa selain dari bahasa jepun tue….

Bro, tengok gaya bro macam dah ada pengalaman melancong yang luas sampai berani ke jepun pon bersama keluarga tanpa tour guide….takde pengalaman buruk ker?Tengok happy semacam jek…

Nak explain detail tak berapa syok, nanti korang nilaikan dan buat kira-kira sendiri dari gambar-gambar kenangan terindah saya bersama keluarga hasil pengalaman melancong ke jepun untuk tahun 2016 ini…..

1)  Universal Studio Japan

Di pintu masuk Universal Studio Japan – USJ

Bergambar bersama maskot – Pink QuPuteh Panther

Anak-anak bergambar bersama maskot “Minnions” di Hotel Universal Port

Antara momen indah anak-anak di dalam Universal Studio Japan

2) Bermain salji di Mount Rokko, Kobe dan melawat masjid Kobe

Di dalam kawasan Snow Park di Mount Rokko, Kobe

Aktiviti bermain salji bukan ski ya oleh anak-anak dan isteri….dah cecah 30an baru saya mampu sampai ke sini…inilah pengalaman bermain salji yang pertama dalam seumur hidup saya….sampai juga hajat ini…syukur alhamdulillah….

Gambar kenangan keluarga dihadapan masjid Kobe – Destinasi yang saya letakan “wajib” mesti pergi apabila melawat bandar KOBE!

3) Gambar di sekitar Bandar Osaka Kawasan Dotombori & Umie

Aktiviti jalan-jalan santai di area Dotombori yang mana Port “WAJIB” gambar kalo sampai ke Osaka, Jepun

Gambar di area Ferris Wheel dan berlatarbelakangkan Osaka Tower

Takde pon gambar makan jepun? Kat mana lagi tempat menarik di jepun? Dengarnya orang jepun nie sopan santun…betul ke?

Ini jek? Takkan takde lagi kot?

Hoho!

Terung terang cakap tidak semuanya indah dalam memilih aktiviti melancong ala bajet ceria 611 ini….dan ianya lebih kepada mencari tempat makanan halal dan juga tempat solat… 🙂

Penceritaan penuh berserta gambar lain dari pengalaman melancong ke jepun 2016 – Osaka dan Kobe ini saya akan kongsikan di blog sekunder saya – DISINI ( Projek Niche Pelancongan 2017 dari Tim PerniagaanInternetHQ )

Ada pengalaman melancong ke Jepun yang lebih menarik? Jom aa share dengan kami disini…InshaALLAH kalo ada rezeki nak repeat lagi pergi Jepun ni….Kongsi2 aa info korang heh!

Ini serba sedikit video pilihan untuk anda yang ingin melawat ke Jepun : “Japan Travel Guide, Tips and Tricks”

Adios semua!

Kongsikan pandangan anda didalam ruangan komen dibawah ini bagi membantu kami mendapatkan respon (feedback) mengenai entri yang disampaikan ini. Anda suka dengan entri kami? Kongsikan dengan orang lain melalui media sosial dibawah ini.

Pengalaman Melancong Ke Jepun

(Visited 30,616 times, 14 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

46 comments… add one
  • wah seronok sakan ye bercuti ke jepun ye..antara wishlist ciktom jugak ni nak kesana..tapi currency drop ni hold dulu any vacation…

    oh apehal.my tu projek baru tahun ni ye..dah terjah tadi..hehe

    Reply
    • Menabung hampir satu tahun juga utk pakej bajet melancong ala ceria 611 tue… 🙂

      Kalo pegi via solo @ couple ( kan dalam pembikinan kan… 😀 ) rasanya lebih mudah nak bergerak ala bajet…tido dalam kapsul hotel jek…bleh rasa pengalaman baru… 😛

      Even Pegi dengan bawa budak-budak walaupon bajet tp cabarannya 2x ganda dugaan disebalik keseronokkan tue…InshaALLAH akan dikongsi dengan lebih detail di blog sekunder tue…

      p/s: Blog sekunder tue laa kami mencari penulis2 bebas yang ingin berkarya tapi tidak mampu menjanjikan sebarang ganjaran tapi lebih kepada ingin menjalikan ukhwah sesama blogger… 🙂
      Admin HQ recently posted…#Review Sistem Funnel Atau Pemasaran Power Gila Dari Oswald JustinMy Profile

      Reply
    • seronoknya dapat travel macam nie.. kena ada tabungan khas utk travel .hihii

      Reply
      • Hoho! kena isi tabung penuh2 dulu untuk pergi melancong nie…nak tips melancong yang murah bleh jek
        riki-riki kat blog sekunder family IB ( internet bussiness ) kami iaitu – tipsmelancong.wordpress.com

        Reply
  • sangat beruntung bro dan keluarga kerana dapat melancong begitu jauh sekali sehingga ke Jepun..
    Hero Borneo recently posted…3 Tip Hebat Untuk SuksesMy Profile

    Reply
    • Syukur alhamdulillah….segala urusan ini dipermudahkan walaupon banyak juga kekangan yang ada tapi bila saya fikirkan nilai kebahagiaan sesebuah keluarga tidak mampu diukur dengan wang ringgit biarpun banyak mana yang ada….

      Biarpun bila dah balik ini kembali “sengkek” tapi saya rasa puas dan gembira impian ini terlaksana jua…

      Bro juga mampu nanti untuk bercuti JAUH LEBIH HEBAT suatu hari nanti..semoga ianya juga dipermudahkan nanti…ameen
      Admin HQ recently posted…Betul Ke Orang Cakap Kalau Bisnes Maju Sebab Pakai Pelaris PerniagaanMy Profile

      Reply
  • Alhamdulillah & tahniah dapat jejak kaki ke sana lebih2 lagi bersama keluarga tercinta. Pengalaman tak boleh dibeli kan..? =)
    Hidayah Abdul Kadir recently posted…7 strategi Elak Duit BocorMy Profile

    Reply
    • Terima kasih. Selain daripada berkat dalam paksaan menabung, doa kawan2 juga mempermudahkan semua ini..

      Betul pengalaman tidak mampu dibeli dengan wang ringgit…kasih sayang juga tak mampu disemai dengan baik kalo hanya lebih mengutamakan wang ringgit…

      Jika nak fikir pasal luar kemampuan, memang sukar sebenarnya nak penuhi impian ini…InshaALLAH anda juga mampu laksanakan JAUH LEBIH HEBAT dari apa yang saya kongsikan ini….ameen
      Admin HQ recently posted…Wordless Wednesday Pilihan 24 FEB 2016My Profile

      Reply
  • penah gi sekali.

    cari doraemon. tak jumpa-jumpa gak.

    demm.
    titan recently posted…RM7000 dari Jobdirumah secara PART TIME.My Profile

    Reply
  • pengalaman yang cukup berharga… hai bila aku pulak nak pergi luar negara nih…. kerja je ,
    zik recently posted…Keputusan terkini jdt vs ayeyawady piala afc 24.2.2016My Profile

    Reply
    • InshaALLAH nanti dapat tue bro…pegi tempat orang nie dapat kutip2 budaya positif orang yang boleh kita gunapakai kat sini….

      Mana tau dapat pergi kerja luar negara ker itu pon bagus gak bro… 🙂
      Admin HQ recently posted…Wordless Wednesday Pilihan 24 FEB 2016My Profile

      Reply
  • Alangkah bestnya dapat melancong ke negara matahari terbenam.. eh eh matahari terbit.. Saya pun nak pergi tempat ultraman nhe suatu hari nanti. 🙂
    Calrase Patrick recently posted…RF3 World Firmax3 MalaysiaMy Profile

    Reply
  • Rasanya apa ya tempat yang paling menarik di jepun? macam best ja travel ke jepun tu
    Calrase Patrick recently posted…RF3 World Firmax3 MalaysiaMy Profile

    Reply
  • Thanks for sharing your adventures in jepun!
    wooclipmovie recently posted…Martian (2015)My Profile

    Reply
  • Saya pun nk ke osaka 29 mei 2016 sape nk join boleh je…

    Reply
  • Saya paham perasaan blogger bagaimana melancong dengan anak2 yang kecil..
    saya pon baru je balik dari korea satu family dengan 4 orang anak yang berumur antara 2 hingga 10 tahun.. dan saya pon seperti blogger jgk pecutian umpama ceria 611 ><…almost 80% kami ke tempat untuk anak2 dan science museum atau center adalah wajib untuk setiap percutian kami…
    tapi alhamdulillah walaupon budget dan kami menggunakan hampir 95% public transport..semuanya dipermudahkan Allah..
    pesanan saya jangan malas buat research..semua tu untuk kemudahan kita juga
    In Sha Allah Jepun 2017 bersama anak2 juga…

    Reply
  • Assalamulaikum, nak tanya mcm mn ye dari osaka ke gunung rokko tu? Dari segi pengangkutan dan masa.tqvm

    Reply
  • Nak tahu berapa bajet utk seorang pegi ke Jepun selama 7 hari 7 malam ye ? kira nak melancong tahun depan ngn kawan-2 . harap boleh bantu 🙂

    Reply
    • Maaf sebab lambat reply…Bajet berapa? Melancong bersama kawan-kawan dengan keluarga rasanya memang akan lain bajetnya… 🙂

      Keperluan sudah pasti berbeza. Cuma yang saya bleh share…Makanan, transport, shopping memang agak mahal…barang2 berkualiti tinggi pitis kena lebat gak aa… 🙂

      Reply
  • Terima kasih…perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat…

    Reply
  • Salam Tuan, boleh tak saya dapatkan itenari @ program dari tuan. sy nak buat rujukan utk pergi ke sana.. wishlist sy pon nak pegi dgn suami & anak2 jgk. InsyaAllah… harap tuan dapat membantu.terima kasih. email saya sakura_lover09@yahoo.com

    Reply
    • Maaf dila! Kerawa lewat reply tentang post pengalaman melancong ke jepun tue..

      Segan plak nak cerita lebih2 sebab plan tue biasa2 jek…tinggal main objektif melancong ke jepun tue memang saya susun ikut rentak anak2 sahaja…

      Kalo ikutkan banyak gak miss tempat2 menarik di osaka-kobe tue…tapi sebab taknak anak2 meragam so saya atur just untuk mereka sahaja…takde laa lawat2 muzium, tempat2 shopping kimono ker…beli beg tangan murah ker…port jam tangan casio murah ker… 😀

      Reply
  • Salam bro…. Muar kat mana? Aku budak Sg Abong…

    Well planned trip…. terbaik…

    Insya Allah… jika diizinkan-Nya akan ke Jepun November 2017
    alizal recently posted…Apa itu Landmark Study? Apa Kaitan Landmark Study Dengan Kesihatan Manusia?My Profile

    Reply
    • Wsalam bro! Maaf lambat reply! Muar kat mana? Nk sebut segan…area parit2 jek bro…

      Bro sg abong belah mana plak? Org biasa kalo sg abong nie top belah2 jpj tue… 😀

      Tahniah2 akan ke jepun nanti…semoga urusan bro akan dipermudahkan disana…ameen!

      Reply
  • Salam Tuan,

    Pertamanya, saya juga dilahirkan di bulan February.
    Dan Keduanya, saya juga pun pernah merasai nikmat melancong ke Osaka, Kobe, Nara

    Macam ada persamaan je kita ni hehehe. Anyway, Salam kenal dari saya Dari Ulsan, South Korea
    Saiful Izwan recently posted…Taman Tema E-World Daegu Korea SelatanMy Profile

    Reply
    • Ehhh sama pula yer kita… 🙂 Febuari berapa haribulan?

      Ohh tuan grab skali osaka-kobe-nara yer… 🙂 Biasa tuan disana stay di hotel atau menginap secara bajet yer semasa melancong ke jepun?

      Share sket aa info dan tips melancong ke jepun…ingat nak jejak jihan ke jepun akan datang nie… 🙂

      p/s Wah korea pon ada taman tema heh…versi korea ker nie?

      Reply
  • Salam…Jepun memang seronok.. pergi sekali rasa nak pergi lagi..hihi..setiap kali explore tempat lain2..belum pernah lagi ke mount rokko tu…macam best je.
    mawar_merah recently posted…Hotel review: Maruka Ryokan, YudanakaMy Profile

    Reply
    • Betul tue mawar merah. Seronok bukan sahaja tempat mereka tapi orang2 mereka pon sangat2 baik…

      Pernah kami hampir sesat nak ke mount rokko tue, ada orang awam yang kami nak mintak tolong dengan hanya pandai arah2 sahaja ( sbb tak fasih bahasa inggeris )
      pandu kami utk pergi dapatkan kenderaan awam yg betul untuk naik ke sana… 🙂

      Pegi jepun sampai area mana dah? Mehh aa share sket2 kat sini lagi bleh gak dapat info2 dan tips melancong ke jepun nie… 🙂

      Reply
  • Salam. Wah menarik trip tuan ke jepun. Lepas ni boleh cuba pergi korea pulak. Kalau nak tips pegi korea boleh visit blog saya ye. Salam kenal dari saya dari Ulsan, korea

    Reply
    • Assalam En Saiful Izwan
      Bleh tolg share kan perjalanan tuan ke Korea. Mak cik bercadang nk ke korea tahun depan dengan Izin Allah. Nk g cara redah sahaja. Apakah tip2 yg patut mak cik tahu dari pengalaman tuan.

      Reply
    • Wah! terima kasih en saiful izwan. Owner jimatmelancong dot com ker?

      Sekarang pakej terkini berapa ya bajet? Memang ada plan nak ke korea gak sebenarnya…

      Kat sana ada tarikan apa heh untuk budak2? Sebab projek melancong bajet saya memang 90% untuk anak2 jek… 🙂

      Reply
  • Selamat tahun baru untuk semua, Pada Jessicabrownfinancefirm, kami memberikan pinjaman dengan keringanan tahun baru untuk mereka yang mencari bantuan keuangan. proses pinjaman dapat dilakukan dari kenyamanan rumah Anda asalkan Anda tulus dan ingin pinjaman.
     Apakah Anda membutuhkan pinjaman nyata ?, Lupakan penipuan masih banyak perusahaan keuangan asli. Apakah Anda pernah ditolak oleh lembaga keuangan, bank dan perusahaan keuangan lainnya? Jika ya, khawatir tidak lagi karena @ JESSICABROWNFINANCEFIRM kami adalah perusahaan pembiayaan berpengalaman dan berpengalaman yang memberikan pinjaman bebas kerumitan untuk individu dan badan hukum yang tulus dan serius, baik itu perusahaan, perusahaan dan kepada publik, pada tingkat bunga yang sangat rendah kurang dari 2%. Kami memiliki akses ke kolam uang tunai untuk diberikan kepada Kecil dan perusahaan skala menengah dan orang-orang yang memiliki rencana untuk memulai bisnis, tidak peduli seberapa kecil. Yakinlah kesejahteraan dan kenyamanan adalah semua kita di sini untuk memastikan. Dapatkan berhubungan dengan unit pelayanan pelanggan kami @ Jessicabrownfinancefirm@gmail.com untuk respon cepat dan cepat.
     
                                        KITA PERLU BERIKUT DARI ANDA,
     
     
    1. Nama
    2. negara
    3. Alamat
    4. Jenis kelamin
    5. Kerja
    6. Posisi di tempat kerja
    7. Pendapatan Bulanan
    8. Jumlah yang dibutuhkan
    9. Durasi Pinjaman
    10. Agama
    11. Apakah Anda menerapkan sebelum dan ditolak? Jika ya
    12. Negara alasan ……………………………………
    ………………………………………….. ……. …
    ………………………………………….. ……. …
    ………………………………………….. ……….
    ………………………………………….. …… …
     
                                                                            Biarkan kami membantu Anda
     
     
     
     
    Jessicabrownfinancefirm – Copyright © 2014 – 2017. All rights reserved.
    Syarat dan ketentuan berlaku

    Reply
  • macam mane ye pengangkutan kat sane??

    Reply
    • Amiera othman yang berlakon Abang Bomba I Love You ker nie? 😛

      Terima kasih kerana sudi singgah pondok buruk saya nie…

      Nak ke JEPUN yer? Bila tue? Kalo pegi sekarang rasanya masih musim sejuk nak ke musim luruh… 🙂

      Pengangkutan? Ini dari pengalaman laa yer :

      1) Sampai airport digalakkan sewa pocket wifi
      2) sediakan handmap yang berprint utk mudah buat pencarian dengan smartphone melalui pocketwifi tue
      3) Nak merasa naik lamborgini @ ferrari buatan jepun boleh tapi KOS SEWA KENDERAAN & MINYAK jauh lagi mahal. Mungkin minyak jepun jauh berkualiti dari minyak PETRONAS pmx97 tue agaknya… 😛
      4) Kenderaan awam yang digalakan adalah MRT @ LRT @ TRAIN BERTINGKAT ATAS UDARA mcm anak2 saya cakap… 🙂 Sebab apa? Paling murah dan paling efisien!
      5) Orang jepun sangat bagus dan sangat membantu tapi KELEMAHAN mereka adalah hanya 1-2% sahaja boleh bahasa inggeris…nak harap bahasa jawa boleh tunggu 100 tahun lagi agaknya.
      6) Mengenai perkara no 4 tadi, jangan risau pasal masa train mereka. SANGAT SHARP kalo tak SHARP bandar akan kelam kabut dengan lautan manusia… 🙂

      Rasanya cukup kot panduan pengangkutan ala bajet 611 dari sini. Tapi kalo rasa nak tanya pegi mana ker? makan macam mana ker? Boleh jek… 🙂
      Admin HQ recently posted…Pencapaian SEO Dari PerniagaanInternetHQ Siri #8My Profile

      Reply
  • salam, tuan sudi x untuk share itinerary tuan sekeluarga ke jepun, boleh emailkan ke nfaizafadil@gmail.coom
    thanks ya

    Reply
    • Wsalam. Terima kasih kerana singgah ke blog ini untuk dapatkan info pengalaman melancong ke jepun.
      Puan, ke jepun area mana ya? Sebab area jepun yang saya cover adalah osaka-kobe-kyoto sahaja.
      Tidak termasuk tokyo-nara dan lain-lain tempat.

      Untuk lebih membantu puan, boleh puan share disini, area yang puan ini pergi di jepun & saya cuba dapatkan sket info
      untuk bantuan kepada puan. Terima kasih!

      Reply
  • Salam.maaf ganggu..boleh tak share kat sy itinerary kat sy.sy blur sgt iti xreti nk buat.1st time nk g sana bulan dpn.klau ada boleh x email kt sy..tankss ya..

    Reply
    • Wsalam. Kami ke jepun cuma area osaka dan kobe sahaja.

      Puan akan ke area yang sama ker? Kena cari balik iternary nie sebab dah lama gak pergi tue.

      Mungkin puan bleh list down area mana nak pergi dan saya akan cuba make new iternary utk tempat tersebut.

      Reply
  • Alhamdulillah saya dan suami juga diberikan peluang untuk bercuti bajet ke Jepun.
    Tahun pertama kami pergi berdua dan pada waktu itu saya mengandung 5bulan iaitu pada tahun 2013. Kebiasaan jika melancung keluar negara mmg jadual saya yang akan susun dan saya yang akan study tempat2 menarik. Pada masa tu kami memang menginap di hostel backpackers sahaja. Tapi banyak tempat kami dapat cover dalam masa 8hari. Tokyo, Osaka dan Kyoto. Bila saya buat perbandingan dengan pakej agensi pelancongan tawarkan mmg beza berganda2.

    Kali kedua ke Jepun pada tahun 2015. Saya, suami, anak, mak mertua, ayah mertua dan kakak ipar. Oleh kerana kali ini ada bawa keluarga, penginapan hostel tidak lagi sesuai. Kami upgrade ke hotel bajet. Tapi masih lagi jimat kerana kami ramai dan kos dapat dikongsi. Kami juga dapat merasa pengalaman bermain salji. Jepun mmg seronok dan In Sha Allah tahun hadapan akan repeat lagi untuk kali ke3 dan kali ini saya, suami dan 2 anak.

    Reply
    • Terima kasih atas info diatas pn enny… 🙂

      Tak dinafikan kalo kita yang jadi tour guide planner memang agak sukar utk kita fikirkan tempat2 yang ingin dilawati. Cuma bagi saya kebebasan masa kita bergerak menjadikan percutian ini lebih fleksibel… 🙂

      InshaALLAH dimasa akan datang puan boleh gunakan platform bercuti.my ini untuk tujuan tempahan hotel, flight mahupun car rental….ameen

      p/s: Bermain salji adalah pengalaman indah yang pernah saya lalui semasa bercuti di jepun dan juga australia… 🙂
      Admin HQ recently posted…Contest Seo Belajar Buat BlogMy Profile

      Reply
  • haishh,
    best btol dpt ke sana…
    In sha Allah, sept ni ke sana kalau xde papee
    hasmira recently posted…Babe,are u okay??My Profile

    Reply
    • Saya doakan puan serta keluarga akan dapat bercuti ke jepun suatu hari nanti dengan pakej percutian yang JAUH LEBIH BAIK daripada apa yang telah saya lalui…ameen

      Bercuti.My mungkin platform yang puan boleh riki2 utk bercuti nanti… 🙂
      Admin HQ recently posted…Pencapaian Buat Duit Online Oleh Blogger Mac 2017My Profile

      Reply
  • Dengan adanya open Visa utk rakyat Malaysia, memang makin ramai yang ingin ke sana.

    Reply
    • Ya betul. In sha allah dalam masa yang terdekat saya akan kongsikan pengalaman melancong ke Australia-Perth 2017 yang kami lalui baru-baru ini…Ahamdulillah, percutian bajet ceria 611 kami aturkan lagi… 😛
      Admin HQ recently posted…Pencapaian SEO Dari PerniagaanInternetHQ Siri #13My Profile

      Reply

Leave a Comment

Cancel

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Buat Duit Online Dari RM100-1000 Sebulan Disini Dari Ranking Google!