Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Go Holiday @ Cuti Santai Di Legoland Malaysia Resort

legoland malaysia resort, legoland malaysia resort review, go holiday legoland malaysia resort, cuti santai legoland malaysia resort, family day legoland malaysia resort, cari duit,

Kurang dari 2 minggu cuti sekolah dah nak bermula.

Anak2 dah mula bising2 tanya nak jalan mana…

Betul laa dialog dari cerita alibaba bujang lapok ( telah saya ubahsuai )

Chip, ini minggu saya mau buat overtime laa…

Overtime? Ini hari hari sabtu holiday, lain hari boleh laa…pegi holiday dengan family laa…

Chip…boleh pinjam itu..ker…ker…ker..kereta laa… 😀

Dapat jek permission pinjam keter orang tua ( maklum laa keter saya keter lama, takut jalan jauh nanti tersadai tepi jalan susahh ooo), terus cakap kat anak-anak…

Hari ini kita pergi jalan heh…

Anak saya pon sindir sama saya

Jalan mana? Kalo cakap jalan pastue pegi makan mee bandung malas laa…

Saya pon respon…

Hoho! Kita sarap mee bandung muar dengan satay pagi dulu pastue kita pergi cuti santai di…..LEGOLAND MALAYSIA RESORT!

* Orang berniaga macam saya susah nak berjalan time cuti sekolah, so jalan hujung minggu adalah pilihan terbaik untuk bersama keluarga tercinta!

Go Holiday @ Cuti Santai Di Legoland Malaysia Resort – Destinasi Percutian Kanak-Kanak Yang Wajib Anda Kunjungi!


Legoland Malaysia Resort

Takde plan sebenarnya nak sampai ke sini, tapi sebab ada dapat tau offer untuk penduduk johor, so saya pon grab laa premium pass untuk family nie..kalo takde pakej nie alamat nya tunggu kaw2 kutip hasil dari pasif affiliate baru bleh sampai aa…

Huhhh…ambil masa 2 jam juga laa dari tempat saya – Muar Bandar Diraja nak sampai ke Legoland Malaysia Resort nie…

Yerlah bawak kereta macam siput saya nie…tak speeding macam lewis hamilton..hoho!

Berlari anak2 nak masuk sana sampai tak terkejar saya, hepy gila sebab sampai sini agaknya…anak jantan laa katakan! 😀

Lepas settle semua part ticketing, masuk2 jek terus cari tempat makan dulu sebab ada member pesan yang tempat nie luas, elok kalo sampai makan dulu so budak2 takde laa meragam nanti.

Budak2 nie makan ayam jek dah cukup…kepala dah ingat mainan kan..Settle makan jek terus masuk 1st point kami iaitu

Ni kira tempat kaunter pertanyaan dan ticketing laa..Tempat luas kan so kena tanya details pasal legoland malaysia resort ini. So awek cun lagi bergetah kan kaunter tue explain laa satu demi satu dengan saya ngan orang rumah. Layanan mesra yang diberikan memudahkan fokus saya untuk cuti santai di legoland malaysia resort nie. Dier pon cakap yang legoland malaysia resort nie….

Legoland Malaysia Resort Theme Park Map

legoland-malaysia-resort-water-park - Legoland Malaysia ResortLegoland Malaysia Resort Water Park

Memandangkan kali nie pergi tak bawak bikini ngan spendar berenang, so kami skip dulu yang water park punya area. Antara tempat2 yang kami lawat kat sana…

Nie pula antara gambar di saat-saat kegembiraan kedua-dua anak jantan saya yang macam kembar orang cakap semasa berada di Legoland Malaysia Resort, Johor ini….

* Detik-detik disebalik keceriaan mereka berada di sana, inilah perkara yang tidak boleh saya bayar dengan mana2 projek cari duit saya dalam blogging nie… 😀

Buat mereka yang jauh datang dari lembah klang ker, kodiang ker, langkawi ker, korang mesti perlu port untuk rehat semalam dua kan. Lagi senang kalo korang dah booking siang2 daripada korang terkejar2 nak cari nanti…



Booking.com

Kalo korang memang jenis plan cantik2 pakej percutian bajet, booking online nie #1 perkara yang korang kena buat laa..Kalo rasa tak kisah keluar duit macam air kat Legoland Malaysia Resort dipersilakan… 😀

Best memang best tempat nie. Cuma dari apa yang aku nampak kekurangan yang ada pada Legoland Malaysia Resort nie adalah :

  • Dari parking nak masuk sampai ke main entrance jauh laa jugak. Buat ibubapa yang ada anak kecik bawak 7 tahun macam aku nie korang patut standby stroller mclaren kat sana.
  • Cuaca sana agak panas juga sebab pokok2 belum berapa nak besar . So bawak la payung ke topi ker utk korang berteduh disebalik sinaran matahari tue
  • Makanan/minuman kat sini banyak yang western punya favourite. so kalo bleh sebelum korang sampai sini, makan siap2 laa nasi lemak ct punya dengan air kopi cap kapal api cukup2 yer bagi yang jenis selera kampung macam saya nie.
  • Banyak bahagian yang outdoor punya, so harap akan datang akan lebih banyak bahagian yang indoor punya laa.
  • Mascot2 lego jarang keluar untuk bergambar dengan pengunjung…mungkin sebab panas nak pakai pakaian maskot tue kan! Mungkin bleh reserve satu place yang ada aircond untuk tujuan posing gambar maut dengan maskot2 lego nie.
  • Boleh beri diskaun harga tiketsempena hari lahir pada anak2 kecil tue. So mak ayah bayar murah laa sket kan… 😀
  • Korang yang dah pernah pergi rasa apa lagi yang kureng best kat legoland malaysia resort nie…?

Buat korang yang rasa malas nak drive jauh2 sampai ke Legoland Malaysia Resort, Johor adalah lebih baik korang charted kereta sewa dengan company nie – Green Matrix Car Rental @ korang usya terus kat banner bawah nie. Kadang2 bercuti nie akan lebih rasa nikmat bila segala kepenatan dapat dikurangkan… 😀

Car Rental, Rent A Car, Malaysia Rent A Car, Car Rental Malaysia, Car Rental Johor, Car Rental Kedah, Car Rental Kuala Lumpur, Car Rental Langkawi, sewa kereta murah, sewa kereta murah malaysia, sewa kereta johor, sewa kereta kuala lumpur, sewa kereta penang, - Legoland Malaysia Resort

Just nak remind korang yang cari duit berkepuk2 dari niaga affiliate tue….

Duit cari sampai berbilion2 pon takkan kemana kalo hanya simpan kat bank tue…bukan boleh bawak masuk kubur pon…so buat korang yang ada kesempatan tue jangan lupa curi2 peluang untuk cuti-cuti santai di Legoland Malaysia Resort nie. Kegembiraan keluarga tercinta tidak mampu dinilai dengan duit berbilion2 tue beb!

Jom Cuti Santai @ Go Holiday Di Legoland Malaysia Resort, Johor – Destinasi Percutian Kanak-Kanak Ala2 Hollywood Yang Boleh Anda Lawati Pada Harga Mampu Milik!

 

Adios semua!

Kongsikan pandangan anda didalam ruangan komen dibawah ini bagi membantu kami mendapatkan respon (feedback) mengenai entri yang disampaikan ini. Anda suka dengan entri kami? Kongsikan dengan orang lain melalui media sosial dibawah ini.

Legoland Malaysia Resort

(Visited 770 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

7 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Buat Duit Online Dari RM100-1000 Sebulan Disini Dari Ranking Google!