Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Cita cita Sang Usahawan Internet

usahawan internet, perniagaan internet, rahsia internet

Sebab apa korang nak jadi usahawan Internet? Apa yang mendorong korang terjun ke dunia yang belum menjamin apa-apa walaupun telah dijanjikan bulan dan bintang.

Realitinya memang terlalu banyak cabaran untuk jadi seorang usahawan internet yang berjaya terutama jika memasang niat untuk melakukannya secara sepenuh masa. Cabaran terbesar adalah dari keluarga sendiri. Bukan semua orang akan faham tentang perniagaan internet, apa lagi kalau yang diusahakan itu adalah perniagaan yang berbentuk digital. Kalau berniaga baju, tudung, minyak pheroX, durian crepe tu lainlah juga,.. dengan kata lain benda yang boleh nampak depan mata. Nak terangkan kat diaorang pun senang. “…kata jadi usahawan Internet tapi apa yang awak jual?“. Bagaimana nak jawap kalau anda menjalankan perniagaan affiliate, dropship atau advertising?

Usahawan Internet Yang Berjaya Juga Adalah Satu Kerjaya

Apa Kata PAKAR Mengenai Entri Ini? Usahawan Internet Yang Berjaya Di Malaysia Dan Antarabangsa dari PerniagaanInternetHQ.com
Usahawan Internet
4.5
Cita-cita Sang Usahawan Internet
Info & Fakta Yang Jelas
rateempatkoma
Hasil & Testimonial Yang Benar
rateempatkoma
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempatkoma

Ayuh kongsikan pengalaman anda sebagai usahawan internet disini. Perkongsian anda mampu membantu orang lain untuk membina kerjaya selaku usahawan internet yang berjaya! Tinggalkan sebarang bentuk maklumat anda yang rasakan perlu diruangan komen didalam entri ini. Rahsia Usahawan Internet Yang Berjaya Bermula Disini!

usahawan-internet-berjaya - Usahawan Internet

Satu lagi masalah yang biasa dihadapi adalah masalah pengurusan masa dan fokus terhadap perniagaan tersebut. Usahawan internet kebiasaannya bergerak sendirian (ada juga yang menubuhkan team). Bila bergerak sendirian, tiada siapa yang akan menetapkan masa dan fokus untuk korang. Pandai-pandai sendiri lah… Bekerja sendiri memang best tapi kena pandai uruskan masa sendiri. Kegagalan menguruskan masa dengan betul merupakan salah satu faktor yang akan menyumbang kepada kegagalan.

Faktor keberanian juga memainkan peranan yang tak kurang penting dalam kehidupan seorang usahawan internet. Ada yang tak berani mencuba sesuatu yang baru, hanya buat apa yang telah orang lain buat. Tengok dah ada orang yang berjaya baru nak mula buat. Ada juga yang tak berani nak keluarkan modal untuk perniagaan walaupun ramai yang kata boleh buat perniagaan tanpa mengeluarkan sebarang modal. Yang lebih buruk lagi ada yang tak berani untuk berdepan dengan kritikan kawan-kawan disebabkan diri hanya seorang usahawan internet. Nak tulis promosi produk kat wall Facebook sendiri pun malu takut disindir oleh kawan-kawan yang lain.

Pandangan masyarakat sekeliling juga satu lagi cabaran kepada usahawan Internet. Apa kata jiran-jiran sebelah rumah… “dia tu kerja apa hari-hari ada duduk kat rumah je“. Jangan sampai orang kampung cakap buat kerja haram sudah lah. Bukan semua orang suka tengok kita hidup senang. Ada saja yang tak kena. Tambah pula kalau korang dah berjaya. Kerja apa duduk kat rumah je tapi pakai kereta besar?

Itulah serba sikit cabaran yang perlu ditempuhi sebelum layak menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya. Cuba kongsikan pengalaman korang masa mula-mula terjun ke dunia perniagaan internet ni. Tentu juga ada mengalami situasi yang hampir sama. Begitu juga pada mereka yang telah berjaya. Mereka juga pasti mengalami situasi yang sama. Jangan fikirkan sangat pandangan orang. Buat je apa yang korang suka. Dengar orang bercakap takut satu kerja pun nanti tak jadi. Dan apabila anda mula mendapat rentak dalam perniagaan internet yang anda jalankan itu tadi, boleh merujuk dengan mendaftarkan diri dengan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).

Jom kongsikan pengalaman anda jika anda salah seorang daripada Usahawan Internet Di Malaysia!

Apa Kata PAKAR Mengenai Entri Ini? Usahawan Internet Yang Berjaya Di Malaysia Dan Antarabangsa dari PerniagaanInternetHQ.com
Apa Kata PAKAR Mengenai Entri Ini? - Usahawan Internet
4.5
Cita-cita Sang Usahawan Internet
Info & Fakta Yang Jelas
rateempatkoma
Hasil & Testimonial Yang Benar
rateempatkoma
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempatkoma

Ayuh kongsikan pengalaman anda sebagai usahawan internet disini. Perkongsian anda mampu membantu orang lain untuk membina kerjaya selaku usahawan internet yang berjaya! Tinggalkan sebarang bentuk maklumat anda yang rasakan perlu diruangan komen didalam entri ini. Rahsia Usahawan Internet Yang Berjaya Bermula Disini!

Usahawan Internet

(Visited 587 times, 1 visits today)

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

9 comments… add one
  • bukan usahawan internet sepenuh masa.. tak berapa nak penuh..hehe.. tapi cita-cita tuh ada… masih belajar dan belajar lagi.. sebab teknologi semakin canggih.. mungkin tools semakin hari semakin canggih.. kita tak tahu apa masa hadapan punya challenging …
    zik recently posted…Jom beli buku di DuBook Press Dot ComMy Profile

    Reply
    • Bagi saya laa…cabaran lebih sukar jika anda seorang usahawan internet sepenuh masa. Kocek kosong @ penuh semua bergantung sepenuhnya dengan anda.

      Bila jadi usahawan internet “part time” setidak-tidaknya anda ada income tetap tak kira besar @ kecil.

      So maintain jek dulu secara part time bila betul2 dan kukuh baru beralih kepada sepenuh masa.

      p/s: Mcm yg tuan sendiri cakap, kita tak tahu masa depan punya challenging.. 🙂

      Reply
  • saya dah lama impikan jadi usahawan internet..
    tapi kelemahan yang masih belum dapat diperbaiki :-

    1) Keberanian untuk ambil risiko
    2) Masih buat seorang diri… kena cari rakan yang dapat membantu
    zool recently posted…Ebook ‘ Jom Beli Rumah ‘ di terbitkanMy Profile

    Reply
    • Kalo difikirkan tentang risiko tuan, memang risiko tinggi kalo nak jadi usahawan internet sepenuh masa dalam keadaan semasa ini.

      Cari partner atau berjemaah dalam perkara ini adalah cara yang terbaik. Gabungkan kepakaran yang ada dengan partner tuan.

      Insha Allah ianya mampu dilaksanakan nanti.
      Admin HQ recently posted…#Review – Ada Cara Mudah Berniaga Di Facebook? Baca Sekarang!My Profile

      Reply
  • apakah GST akan membebankan rakyat?? hihihi

    Reply
  • Sekarang ini saya bukan seorang usahawan internet tetapi saya akan pastikan bahawa saya adalah seorang ushawan internet nanti. Orang cakap jangan letak diri berada di zon senang sebab itu membuat kita tak maju kan 🙂

    Reply
  • Saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan internet yang digelar jutawan amen 🙂
    Calrase Patrick recently posted…RF3 World Firmax3 MalaysiaMy Profile

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Buat Duit Online Dari RM100-1000 Sebulan Disini Dari Ranking Google!