Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Berjemaah atau solo dalam perniagaan internet?

berjemaah atau solo dalam perniagaan internet

Mana satu lagi baik?

Berjemaah atau solo dalam perniagaan internet?

Sebelum kita cerita lebih lanjut mengenai isu ini, saya nak petik sket terma “berjemaah” yang sering dituntut dalam islam…

Berjemaah Atau Solo

Hmmm…dalam solat itu sendiri sudah menampakkan kita sesuatu sebenarnya…

Berjemaah atau solo dalam perniagaan internet? Mana satu pilihan anda!

Saya taknak ambil contoh jauh2..saya ambil contoh saya dan rakan saya dalam team PerniagaanInternetHQ.com ini. Kami asalnya memang bersahabat baik.

Masing2 kenal dah lama cuma baru berjemaah dalam perniagaan internet secara “RASMI” tahun ini. Yang sebelum2 ni tak rasmi sebab masing2 citer kat port masing2.. ๐Ÿ˜€

Dan sehingga kini masing2 pon masih ada port masing2 untuk jaga periuk nasi masing2. Tapi saya ajak member saya join the club yang saya nama tanah – PerniagaanInternetHQ.com sebab masing2 minat benda yang sama.

Kalo saya bubuh alamat tanah ini – capayam dot com/net/org/my atau apa2 dot sekalipon mungkin kawan saya tak minat sebab dier saya dah anggap grandmaster dan saya anggap diri saya plak yang baru merangkak dalam perniagaan internet ini. So jika pilih nama yg agak general pasti ada diantara anggota kami takanak JOIN the club of perniagaan internet ini… ๐Ÿ˜€

Ok! Saya sentuh part by part samada berjemaah atau solo dalam perniagaan internet, mana lagi baik. Saya mula dengan SOLO..

Kelebihan SOLO :

– 100% kuasa mutlak pada diri sendiri

Sendiri rasa bagus..bagus laa..sendiri rasa tak bagus..tapi akan perasan bagus jugak..hoho!

– Diri sendiri akan rasa power bila berjaya

Masalahnya adalah bila dah berjaya sapu duit berguni2 dalam perniagaan internet secara solo memang laa best..cer cer bila dah kendur…produk abc dah tak laku jadi biskut sejuk. Mau tak senyap..Bila senyap buat produk def plak, laku laa balik tapi kejap…dan begitulah seterusnya..Kalo konsisten lain cerita, ini kalo solo dah last2 kendur sorang diri..mau tak sasau depan PC… ๐Ÿ˜€

– Mudah nak bila kredibiliti kalo SOLO

Orang lain cakap laa…bukan saya…Dan saya tak nafikan ianya benar. Namun jika SOLO sekalipun tapi sebenarnya ada orang yang membantu tapi diri sendiri claim SOLO jek tue apa citer? Ini sebenarnya yang banyak berlaku dalam market Malaysia tapi tak hot benda nie nak diceritakan…yerlaa xkan nak bukak pekung member kan… ๐Ÿ˜€

Keburukan SOLO :

– Korang rasa apa? Tak terpikir masa saya tulis nie. Mana kan tidak, masa dulu2 saya bergerak solo dalam perniagaan internet semua nampak molek jek. Takde plak cacat celanya…hoho!

Ok! Part solo dalam perniagaan internet saya dah cerita. Sekarang saya masuk part berjemaah dalam perniagaan internet mula. Sebelum nak cerita kencang lagi, saya nak share antara babak2 manis yang sekarang saya dan team saya dapat apabila bergerak secara berjemaah dalam perniagaan internet ini :

seo results, pencapaian seo, kedudukan seo perniagaaninternethq, pakar seo malaysia - Berjemaah Atau Solo

Salah satu babak2 manis yang berlaku sekarang adalah pencapaian seo. Kalo dulu masa bergerak solo, rasa style seo diri sendiri macam betul dan power jek. Tapi rupanya kalo bergerak secara berjemaah dalam perniagaan internet ini, lagi power dan seronok rupanya. Pagi2 discuss kat warung JDT corner, Petang update sket dalam whatsapp dan malam mula siapkan post. Kurang 48 artikel index…pappp! mencanak terus kat page depan dalan enjin carian google. Sebab apa? Sebab berkat bergerak secara berjemaah dalam perniagaan internet ini.. ๐Ÿ™‚

Hasil-Komisen-Dari-Komli - Berjemaah Atau SoloBabak manis lain bila berjemaah dalam perniagaan internet ni menarik adalah bila member kita dapat hasil kita kongsikan bersama moment indah tue. Bukan ker seronok. Bukan setakat seronok, bleh bincang2 lagi mana2 yang patut sebabnya nak kekalkan momentum perniagaan internet tersebut.

hasil amazon associates tak terkalah, hasil amazon associates ciput - Berjemaah Atau Solo

Kelebihan berjemaah dalam perniagaan internet secara ringkasnya :

– Boleh mendapat pelbagai idea dari banyak pihak

Ini part paling best yang akan dapat apabila kita berjemaah dalam perniagaan internet ini.

– Tiada istilah kuasa mutlak dalam pembuatan keputusan

Bila dah berjemaah kita anda seat down dan slow talk untuk buat gerak kerja sampai pembuatan keputusan. Masa ini laa kini belajar untuk menerima pandangan dan teguran orang lain.

– Belajar memahami sikap orang lain untuk manafaat diri sendiri

Contoh, bila anda berjemaah dan rakan jemaah anda lebih berusia pastinya kita akan berusaha untuk mencapai satu keputusan menang-menang. Tidak semestinya kalo anda muda keputusan anda tidak bagus namun sebaiknya dengar gak orang yang lama makan garam dahulu dari kita..Bukan ker elok kita dapat buat begitu kan!

Banyak rasanya kelebihan berjemaah dalam perniagaan internet ni kalo nak dikongsikan disini. Sampai siri keberapa pon tak tau. Tapi nak ke korang melayan cerita dongeng blog picisan ini? hoho!

Keburukan berjemaah dalam perniagaan internet? Saya dan team saya baru berjemaah dalam tanah perniagaaninternetHQ ini so semua nya nampak molek jek..xda plak sampai gado2 nak tarik diri ker apa laa..mungkin sebab kami ada persefahaman yang baik. Mungkin korang yang dah ada pengalaman buruk dalam berjemaah dari perniagaan internet boleh kongsikan disini untuk kami cuba elakkan mana2 yang boleh dielakkan di masa hadapan.

Banyak lagi input saya dan team saya disini perlukan mengenai berjemaah atau solo dalam perniagaan internet ini. Cuma apa yang saya yakin dan istiqamah, berjemaah dalam perniagaan internet ini pastinya akan memberikan impak yang lebih besar berbanding bergerak secara solo dalam perniagaan internet ini. Namun keluh atau kesah dari berjemaah atau solo dimasa hadapan kami pon tidak tahu. Hujah anda samada menyokong atau tidak amatlah kami tagih disini.

Oklah. Kami pon nak lepak minum petang jap sambil borak2 di luar skop perniagaan internet. Citer pasal duit jek kepala pusing gak. Kena aa citer pasal kucing juga..pasal bola jugak…pasal umum gak baru team berjemaah akan lebih kuat mental dan fizikalnya… ๐Ÿ˜€ Order pon sampai, kiterorang “soru” dulu ya!

Berjemaah Atau Solo Dalam Perniagaan Internet? Mana Satu Pilihan Anda!

 

 

Berjemaah Atau Solo

(Visited 366 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

8 comments… add one
  • Terima kasih bos sebab jemput saya dalam jemaah of perniagaan internet ini. Yang paling penting nora danish cakap kita mesti “ENJOY” dalam jemaah mana2 yang kita pilih. Saya buat pilihan yang tepat! Terima kasih bos!

    Reply
  • Hang memang ada bakat pon tapi hang orang takde nama jek..sapa yang nak kutip masuk jemaah dierorg…

    Aku suka ajak orang2 takde nama join club jemaah perniagaan internet kita nie sebab kita mudah bincang sebab sama2 takde nama.

    Korum kita dah bagus nie. Kita maintain apa yg ada pasti akan ada kejayaan nanti…ameen
    Admin HQ recently posted…Rahsia Internet Yang Belum Dibongkar!My Profile

    Reply
  • cik tom dari 2010 sehingga sekarang bergerak solo je dalam blogging ni..pernah berminat nak berjemaah tapi tak jumpa lagi yang kepala ngam..susah jugak tue kan?

    kalau jumpa yang ngam..satu kepala..memang enjoy lagi buat kerja secara berjemaah ni..
    cik tom recently posted…Gluastacol รขย€ย“ Bantu Legakan Sakit Sendi AndaMy Profile

    Reply
    • Ohh yer ker…konsep berjemaah yang saya nak angan2 mat jenin nak buat adalah :

      1 – saya bagi access kat blog yang dirahsiakan
      2 – Tulis ikut gaya anda yang dah lejen menulis
      3 – nak bubuh cpalead ker, link fb twiter insta bagai dibenarkan tapi ikut kesesuaian post
      4 – kalo ada rezeki dari hasil penulisan tersebut, bahagian utg saya harap 50% sumbang sendiri pada badan2 NGO…atas nama sendiri bukan saya..

      Tapi yang pasti blog mmg cikai laa…nak naik tah boleh tah tidak…tapi in progress…

      Agak2 laa kalo T&C kat atas laa nak ker ciktom join jemaah kampung pinang sebatang pak mustar pendekar bujang lapok nie… ๐Ÿ˜€

      Reply
      • nampak menarik..kalau jadi plan nya..masukkan cik tom dalam list tue sekali ye untuk jemaah kampung pinang sebatang pak mustar pendekar bujang lapok..hehe..
        cik tom recently posted…Seronok ke buat duit dari blog?My Profile

        Reply
        • Hoho! Nanti saya akan maklumkan ya…setakat ini saya dan team baru nak siapkan based camp kami…blog baru so tiang seri @ piling besi nak kena pacak kuat2…Takut juga orang tak singgah, tapi lagi takut ROBOH di pertengahan jalan jek.. ๐Ÿ™‚

          P/S: Dalam perkiraan saya, saya berminat nak dapatkan khidmat ciktom jadi penulis tamu pasal isu makan2 kot – tomato ker, nasi tomato cara bujang ker – NICHE MAKAN2 aaa… Ada ciri unik nie bila gadis solehah citer makan2 nie.. ๐Ÿ™‚
          Admin HQ recently posted…#Review Kerja Translator Jawapan Terbaik Bagi Yang Gagal Dapat KerjaMy Profile

          Reply
  • Ada saya jumpa ayat berbunyi seperti ini Kalau kamu mahu jalan dengan cepat pergilah sendirian, kalau kamu mahu jalan jauh, pergilah bersama-sama.

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!