Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Cerita Melayu VOL #4 – Puisi Kanak-Kanak Anak Ayam

anak ayam, anak ayam too phat, perniagaan internet

Salam sejahtera buat pembaca kami,

Terima kasih atas kesudian anda untuk terus bersama kami.

Semoga anda terus sukses dalam bidang yang diceburi khususnya perniagaan internet mahupun perniagaan offline @ konvensional.

Bila hari2 cerita pasal cari duit di internet atau cari duit dari perniagaan offline, penat juga rasanya.

Cari duit sampai bila tak cukup beb!

Cari duit sampai nak bina istana harta karun lagi laa tak cukup… πŸ˜€

Sesekali bila kita flashback kepada zaman2 sekolah pon syok juga.

Untuk entri kali ini saya nak kongsikan mengenai Puisi Kanak-Kanak yang agak popular satu masa dahulu sehingga kan ada budak2 RAP yang dikenali dengan nama Too Phat sampai buat lagu tue.

Korang mesti pernah dengarkan lagu – Anak Ayam nyanyian Too Phat.

Cuba selami setiap bait-bait puisi ini dan cuba kaitkan dalam bidang kita ini khususnya perniagaan internet mahupun perniagaan offline. Banyak maksud tersirat yang kita boleh ambil untuk kita gunakan dalam perniagaan kita.

Jangan hanya sangka puisi ini hanya cerita kosong atau hikayat dongeng tanpa makna.

Jom kita usya balik puisi kanak-kanak ni – Anak Ayam.

Pantun Anak Ayam

01.

Anak ayam turun sepuluh,

Mati seekor tinggal sembilan;

Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,

Suatu jangan ketinggalan.

02.

Anak ayam turun sembilan,

Mati seekor tinggal delapan;

Suatu jangan ketinggalan,

Itulah boleh jadi harapan.

03.

Anak ayam turun delapan,

Mati seekor tinggal tujuh;

Itulah boleh jadi harapan,

Ibarat berjalan jadi penyuluh.

04.

Anak ayam turun tujuh,

Mati seekor tinggal enam;

Ibarat berjalan menjadi penyuluh,

Supaya kita jangan jahanam.

05.

Anak ayam turun enam,

Mati seekor tinggal lima;

Supaya jangan kita jahanam,

Baiklah tuntut pada ulama.

06.

Anak ayam turun lima,

Mati seekor tinggal empat;

Baiklah tuntut pada ulama,

Mana yang kurang hendaklah dapat.

07.

Anak ayam turun empat,

Mati seekor tinggal tiga;

Mana yang krang hendaklah dapat,

Suatu jangan boleh lupa.

08.

Anak ayam turunlah tiga,

Mati seekor tinggal dua;

Suatu jangan boleh terlupa,

Supaya diri jangan kecewa.

09.

Anak ayam turunlah dua,

Mati seekor tinggal satu;

Supaya diri jangan kecewa,

Segala maksud sampailah tentu.

CREDIT : 2004, Harun Mat Piah, KL: DBP

Untuk korang generasi Y2K pula, saya kongsikan sepintas lalu video klip dari Too Phat – Anak Ayam

Β Adios semua!

P/s: Memang entri atau isu yang dibawakan ini tidak memberikan makna yang besar dalam perniagaan kita. Namun jangan sampai kita lupa asal usul serta bahasa ibunda kita. Semoga flashback ini dapat memberikan sedikit inspirasi kepada anda dalam membina kejayaan dalam perniagaan internet mahupun offline @ konvensional ini.

Anak Ayam

(Visited 610 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

3 comments… add one
  • Mohon lps ni admin review lagu 10 budak hitam pula πŸ™‚
    Flashback skit. Saya pernah bersekolah bersama Malique Too Phat satu masa dulu. So mmg kenal lah dia seorang bdk yg sgt talented masa tu. Ada yg ckp “Omputih celop” sbb nama sebenar dia mcm nama omputih (malique bkn nama sebenar).

    Reply
  • Wah! tak sangka plak orang kuat saya disini pernah suatu masa dahulu kawan ngan artis… πŸ˜€

    Selain too phat, siapa lagi artis yang pernah kawan/bersekolah dengan bro?

    p/s: 10 budak hitam lum ada yang rapping… πŸ˜€
    Admin HQ recently posted…#Review Kekalkan Momentum Perniagaan Internet Secara KonsistenMy Profile

    Reply
  • alalh tengok video ni terimbau pulak kenangan masa kecik…dah lama tak nyanyi lagu anak ayam ni..hehe
    cik tom recently posted…Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan IslamMy Profile

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Buat Duit Online Dari RM100-1000 Sebulan Disini Dari Ranking Google!