Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Cerita Melayu VOL #3 – Budaya dan Kepentingan Kepada Perniagaan Internet

Salam buat pembaca kami yang dikasihi,

Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada saya dan staff saya. Memang benar sokongan & respon anda amatlah kami tagih. Oleh itu sebagai tanda sokongan kepada kami, kami amat berharap anda dapat memberikan komen diruangan yang disediakan bagi kami melihat sejauh mana entri2 terbaru kami mencapai KPI anda semua.. 🙂

Maklumlah orang-orang tua kita dulu berpesan :

Rambut Sama Hitam…Tapi Hati Lain-lain..

Selain itu juga diharapkan anda boleh berkongsi entri terbaru kami dengan menekan butang media sosial dibawah ini sebagai antara tanda sokongan kepada saya dan staff saya. Jutaan terima kasih atas sokongan tersebut.

Baiklah! Saya akan sambung lagi dengan terma-terma yang lain yang dihasilkan dari sumber yang sama iaitu :

Sumber ilmiah ini diambil dari :
Wan Rafaei Abdul Rahman (1993), Etika Kerja, dalam Psikologi Melayu, Abdul Halim Othman (1993), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahan tambahan ditulis oleh : hxxp://manafyasir{dot}blogspot{dot}com

PerniagaanInternetHQ.com -Fakta kami olah dengan maksud tambahan kepada apa yang diamalkan dalam perniagaan internet khususnya usahawan melayu di tanah tumpahnya darahku – Malaysia

Cerita Melayu VOL #3 – Budaya & Kaitan Dengan Perniagaan Internet

16. Bagai lalat cari puru.
Maksudnya: Melakukan pekerjaan dengan segera lagi cepat.

17. Berbilang daripada esa, mengaji daripada alif.
Maksudnya: Melakukan sesuatu hendaklah daripada permulaannya.

18. Yang dulu mendapat, yang kemudian ketinggalan.
Maksudnya: Seseorang yang rajin selalu mendapat keuntungan daripada seseorang yang malas.

19. Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi.
Maksudnya: Sesuatu pekerjaan hendaklah dibuat dengan sesempurnanya.

20. Usul-usul, asal-asal, asal yang ditinggalkan.
Maksudnya: Mengerjakan sesuatu hendaklah berhati-hati.

 

Tapi pasti anda tertanya-tanya mana maksud tambahan sepertimana entri sebelum ini bukan? YA! Untuk entri ini saya dan staff saya ingin bermain cerita melayu ini dengan anda. Kita sama-sama berikan maksud atau pandangan dari konteks masing-masing untuk melihat sejauhmana anda sebagai pembaca merasakan kepentingan entri ini dan sebelumnya.

Tiada istilah siapa betul siapa salah sebabnya kita dalam proses belajar dan belajar dalam bidang perniagaan internet ini. Oleh itu dengan ruangan yang sedia ada ini kita boleh lihat sama-sama potensi sebenar kita sebagai usahawan melayu yang unggul di arena perniagaan internet khususnya pasaran tempatan.

Jom! Sama-sama kita kongsikan entri diatas dengan jawapan bernas anda! Kami tunggu anda ya!

Perniagaan Internet

(Visited 133 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

0 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!