Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Cerita Melayu VOL #2 – Budaya dan Kepentingan Kepada Perniagaan Internet

Salam buat pembaca kami yang dikasihi,

Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada saya dan staff saya.Walaupon sokongan kepada kami tidak sebanyak mana, namun kami tetap terus berjuang dalam bidang perniagaan internet ini atas prinsip @ nawaitu – membantu orang lain hari ini, jika tidak kami akan rugi dan rugi lagi.. 🙂

Macam mana dengan entri lepas? Diharap banyak memberikan manafaat kepada anda semua usahawan melayu yang ingin berjaya di internet ini.

Saya akan sambung lagi dengan terma-terma yang lain yang dihasilkan dari sumber yang sama iaitu :

Sumber ilmiah ini diambil dari :
Wan Rafaei Abdul Rahman (1993), Etika Kerja, dalam Psikologi Melayu, Abdul Halim Othman (1993), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahan tambahan ditulis oleh : hxxp://manafyasir{dot}blogspot{dot}com

PerniagaanInternetHQ.com -Fakta kami olah dengan maksud tambahan kepada apa yang diamalkan dalam perniagaan internet khususnya usahawan melayu di tanah tumpahnya darahku – Malaysia

Cerita Melayu VOL #2 – Budaya & Kaitan Dengan Perniagaan Internet

11. Air dalam berenang, air dangkal bercebok.
Maksudnya: Sesuaikan pekerjaan menurut penghasilan.

Dari sudut perniagaan internet : Dalam perniagaan internet, setiap yang kita hasilkan perlulah mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan kita.

12. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam.
Maksudnya: Buat sesuatu pekerjaan biarlah sampai berjaya.

Dari sudut perniagaan internet : Fokus & Fokus dari awal mula perniagaan di internet sehinggalah Berjaya. Jangan hanya fokus sekarat jalan dan apabila takde nampak hasil, anda terus mengalah.

13. Arang habis besi binasa.
Maksudnya: Pekerjaan yang sia-sia.

Dari sudut perniagaan internet : Duit @ keuntungan bukanlah PERKARA UTAMA dalam anda melakukan perniagaan di internet. Sebab jika silap langkah pasti anda kecewa di kemudian hari!

14. Awal dibuat, akhir diingat.
Maksudnya: Melakukan sesuatu pekerjaan perlu difikirkan masak-masak supaya selamat kesudahannya.

Dari sudut perniagaan internet : Ilmu @ produk yang ingin disampaikan atau dijual kepada pelanggan perlu penelitian yang lebih bagi memastikan ianya berkualiti dan member manafaat kepada pelanggan tersebut.

15. Bagi Jawi makan, dimamah dulu baru ditelan.
Maksudnya: Berfikir dahulu dengan masak-masak sebelum melakukan sebarang tugas.

Dari sudut perniagaan internet : Sebelum hendak menjual apa2 produk @ servis dalam internet, anda perlu kenalpasti segala perkara samada dari sudut kelebihan @ kelemahan produk @ servis tersebut. Jangan ambil mudah kerana setiap perkara yang bermula pasti akan ada akhirnya nanti.

Siri seterusnya saya akan sambung nanti! Jika anda suka topik ini, harap anda sudi kongsi dengan orang lain melalui butang media sosial dibawah ini. Adios semua!

Perniagaan Internet

(Visited 78 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

2 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!