Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Cerita Melayu VOL #1 – Budaya dan Kepentingan Kepada Perniagaan Internet

Salam buat pembaca kami yang dikasihi,

Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada saya dan staff saya. Dalam saya dan staf saya terus membicarakan isu mengenai perniagaan internet, kami tidak akan lupa untuk bawakan kisah-kisah melayu lama yang boleh kita praktikkan dalam bidang perniagaan di internet ini.

Sebabnya mudah…Kalau kita sendiri tidak suka untuk membicarakan tentang asal usul kita..siapa lagi yang kita boleh harapkan. Bukan bermaksud entri di ruangan ini untuk bersifat rasis tetapi lebih kepada untuk tidak lupa dengan budaya lama orang melayu yang sangat unik sejak dahulu lagi.

Dan setiap cerita atau isu tersebut kami akan olah kepada bentuk yang positif untuk diamalkan oleh usahawan malaysia dalam arena perniagaan internet yang semakin hari semakin mencabar ini!

Baiklah..entri ini saya akan mulakan dengan perkara – BUDAYA. Mesti anda ingin tanya kepada saya :

Budaya apa tuan nak bagitahu kami? Budaya orang melayu malas ker? Tue melampau tuan…

Ohh…tidak sama sekali..saya sayangkan agama dan bangsa saya – Melayu. Nak cerita banyak pon tak syok laa..Anda lihat sendirilah cerita melayu dibawah ini :

Sumber ilmiah ini diambil dari :
Wan Rafaei Abdul Rahman (1993), Etika Kerja, dalam Psikologi Melayu, Abdul Halim Othman (1993), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahan tambahan ditulis oleh : hxxp://manafyasir{dot}blogspot{dot}com

Entri ini kami olah dengan maksud tambahan kepada kebaikkan kita untuk diamalkan dalam perniagaan internet khususnya usahawan melayu di tanah tumpahnya darahku – Malaysia

Cerita Melayu VOL #1 – Budaya & Kepentingan Dalam Perniagaan Internet

01. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Maksudnya: Semakin tinggi ilmu semakin merendah diri.

Dari sudut perniagaan internet : Semakin banyak kita tahu dalam bidang ini, kita perlu semakin banyak memberi kepada orang lain yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan di internet.

02. Jangan ikut resmi lalang, makin tua makin tegak.
Maksudnya: Ilmu hanya sedikit tetapi sombongnya lebih.

Dari sudut perniagaan internet : Jangan hanya ada sedikit ilmu perniagaan di internet, kita sibuk canang kat sana sini seolah2 kita tahu serba-serbi ilmu tersebut.

03. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Maksudnya: Orang yang berpangkat takkan hilang darjatnya apabila membuat kerja orang bawahan.

Dari sudut perniagaan internet : Jika anda ditakdirkan menjadi seorang jutawan dari perniagaan internet, janganlah anda abaikan mereka yang baru dalam bidang ini. Bagi mereka bantuan dan harapan yang perlu kepada mereka untuk tujuan menyampaikan ilmu.

04. Berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena.
Maksudnya: Beringat-ingat sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.

Dari sudut perniagaan internet : Sentiasa beringat untuk tidak semata-mata mengejar keuntungan semata-mata melalui lapangan perniagaan di internet.

05. Kerja teragak-agak tidak menjadi, kerja beransur-ansur tidak bertulun.
Maksudnya: Kerja yang dibuat sedikit-sedikit lambat siapnya, kerja yang dibuat sekali tidak berdaya.

Dari sudut perniagaan internet : Walaupun ilmu @ maklumat itu tidak banyak, tapi kita perlu fokus dan tekun dalam membina perniagaan tersebut. Jika tidak kerja tersebut tidak akan ada hasilnya.

06. Diam ubi berisi, diam penggali berkarat.
Maksudnya: Orang yang berilmu biasnya diam dalam tingkah lakunya.

Dari sudut perniagaan internet : Semakin Berjaya @ berilmu kita dalam lapangan perniagaan internet, kita semakin suka membantu dalam diam kepada orang lain.

07. Hangat-hangat tahi ayam.
Maksudnya: Kerja diamalkan penuh semangat pada mulanya, akhirnya menjadi malas pula.

Dari sudut perniagaan internet : Fokus & Fokus dari awal mula perniagaan di internet  sehinggalah Berjaya. Jangan hanya fokus sekarat jalan dan apabila takde nampak hasil, anda terus mengalah.

08. Biar lambat, asalkan selamat
Maksudnya: Kerja biar cermat dan menurut peraturan yang ditetapkan.

Dari sudut perniagaan internet : Biar jalankan kerja2 dalam lapangan perniagaan internet ini dari satu tahap kepada satu tahap yang lain untuk menampakkan kosistensi kita sebagai usahawan melayu.

09. Tidak akan lari gunung dikejar.
Maksudnya: Usaha gigih yang dibuat pasti menerima kejayaan pada akhirnya.

Dari sudut perniagaan internet : Kejayaan dalam perniagaan internet ini tidak akan datang sendirinya tanpa usaha yang gigih dan telus dalam memberikan ilmu dalam perniagaan ini.

10. Ada hari ada nasi.
Maksudnya: Setiap adanya usaha akan ada kejayaannya.

Dari sudut perniagaan internet : Jangan hanya fikirkan keuntungan sahaja tanpa memikirkan nasib dikemudian hari para pelanggan kita dari perniagaan tersebut.

Macam mana? Banyak lagi sebenarnya ayat2 puitis melayu lama yang kita boleh gunakan dalam perniagaan internet ini. Sebabnya mudah? Tapi lagi baik anda fikirkannya sendiri 🙂 Tapi disebabkan kita sering menganaktirikan bahasa & budaya melayu itu sendiri, kita usahawan melayu sering kecundang ditengah-tengah orang lain berjaya dalam bidang ini.

Siri seterusnya saya akan sambung nanti! Jika anda suka topik ini, harap anda sudi kongsi dengan orang lain melalui butang media sosial dibawah ini. Adios semua!

Perniagaan Internet

(Visited 126 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

2 comments… add one
  • Padi vs Lalang. Saya sokong padi sebab memang sumber makanan dan melambang sesuatu yang baik, tak seperti Lalang 🙂

    Reply
  • Sepertinya Tuan Admin dah tak lagi buat entri seperti ini ya? best sangat baca entry macam nhe, banyak pengetahuan yang saya saya dapat perolehi apatahlagi setiap ayat yang diberi membawa maksud yang sangat menginspirasikan.

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!