Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Pakar SEO Malaysia Adalah Seorang Melayu Boleh!

Siapa Pakar SEO Malaysia yang anda kenali?

Pastinya bukan saya lah..hoho Tetapi saya bercita-cita ingin menjadi salah seorang pakar seo Malaysia. Sebab? Saya Melayu Boleh!

Siapa yang layak digelar pakar seo Malaysia? Bagi saya sesiapa sahaja boleh. Sebabnya bukti boleh dilihat melalui entri post dari mana-mana blog berada pada kedudukan paling hadapan khususnya Google.

Namun ada orang tanya saya…

Ada kemahiran atau teknik tertentu ker?

Jawapan saya. Macam-macam ada tau.. 😛

Oleh itu saya ingin berkongsi serba ringkas daripada pandangan saya mengenai bagaimana untuk menjadi Pakar Seo Malaysia tanpa mana-mana tauliah guru atau sifu seo heh..

Tiada istilah “shortcut” untuk menjadi seorang pakar seo melayu ini. Namun jika anda terus berusaha dari hari ke hari pastinya pengetahuan seo anda akan berada pada tempat yang sepatutnya.

Caranya mudah. Cuba dan cuba lagi. Itu kata kunci hikmat untuk menjadi pakar seo Malaysia sebenarnya. Sebab hanya dengan cara itu sahaja anda akan faham bagaimana proses SEO itu berfungsi dengan betul.

Pakar SEO Malaysia Adalah Seorang Melayu Boleh!

Disini saya pecahkan kepada 3 perkara penting untuk menjadi pakar seo Malaysia iaitu :

  • Mempunyai kemahiran teknikal

Ini adalah asas utama untuk menjadi pakar seo. Sebab bila anda faham untuk membina laman web @ blog dan mengetahui perkara-perkara penting seperti On-Page SEO dan Off-Page SEO barulah anda boleh berjaya menjadi salah seorang daripada pakar seo khususnya di Malaysia ini.

  • Mempunyai kemahiran analisis

Nak analisis apa?Kemahiran menganalisis data adalah penting untuk mencapai tahap menjadi pakar seo ini. Sebab bila anda berjaya menganalisis data dengan betul, baru anda berpeluang untuk mencari penyelesaiaan yang betul. Jika tidak, anda hanya akan membuang masa sahaja.

  • Mempunyai daya kreativiti dalam menulis

Ini juga aspek yang tidak boleh dipandang ringan oleh mereka yang ingin menjadi pakar seo khususnya di Malaysia ini. Anda ada blog atau laman web yang cantik disamping isi kandungan yang menarik tetapi kekurangan daya kreativiti untuk menarik minat para pembaca atau pelawat blog dan laman web anda, pastinya ia adalah sesuatu perkara yang merugikan.

Secara umumnya, inilah 3 perkara penting dalam mencapai misi anda untuk bergelar pakar seo Malaysia. Nampak mudah bukan? Akan tetapi anda perlu mengenalpasti kekuatan anda untuk membantu mengurangkan kelemahan dan limitasi diri anda bagi memastikan misi bergelar pakar seo Malaysia terlaksana suatu hari nanti.. 🙂

Pakar Seo Malaysia

Credit : talibmirza

Kemahiran Teknikal VS Kemahiran Kreativiti – Mana Satu Kemahiran Yang Perlu Ada Untuk Menjadi Pakar Seo Malaysia?

Dalam hal ini saya ingin anda kenalpasti pada bahagian mana yang menjadi kelebihan diri anda :

Jika anda seorang yang mahir dalam bidang kreativiti :

  • Anda perlu mendalami bagaimana sesebuah blog atau laman web beroperasi
  • Bina checklist tentang perkara yang diperlukan untuk proses SEO itu tadi.
  • Percaya sepenuhnya pada checklist yang anda bina.

Jika anda seorang yang mahir dalam bidang teknikal :

  • Kaji bagaimana membina “link building” atau “social marketing” bergerak dengan cara yang betul.
  • Bina checklist anda sendiri dengan perkara2 penting mengenai dua bahagian yang saya sebutkan tadi – link building dan social marketing.
  • Cari orang yang lebih mahir dari anda untuk membantu tujuan tersebut. Sebab itu sahaja jalan pintas untuk anda jadi mahir seperti mereka yang telah lama dalam bidang seo ini.

Ingin menjadi salah seorang pakar seo. saya ibaratkan anda seperti kisah dibawah ini :

Dalam suatu perlumbaan kereta, anda adalah ketua jurutera melayu yang sangat mahir membina dan menguruskan kelengkapan kereta pasukan anda pada tahap keselamatan yang maksimum. Akan tetapi rahsia kejayaan untuk anda memenangi perlumbaan adalah dengan mempunyai seorang pemandu melayu boleh( kreatif & teknikal ) yang baik sahaja untuk tujuan bergelar juara dalam perlumbaan tersebut ( merujuk kepada perlumbaan menjadi pakar seo malaysia ).

Oleh itu seseorang itu perlu memiliki multi-skill dan displin yang mana akan menjadi kunci utama kejayaan dengan seo dan bagaimana anda memahirkan perkara SEO itu.

Tiada jalan singkat untuk menjadi pakar seo Malaysia ini, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh sesiapa sahaja termasuk diri saya.

Berapa lama diperlukan untuk menjadi seorang yang pakar dalam seo khususnya Malaysia? 1000 ribu jam? Mungkin juga. Saya tidak ingin menjanjikan bulan dan bintang kepada anda dengan memberikan fakta2 tidak munasabah atau terlalu teknikal untuk anda bergelar salah seorang pakar seo di Malaysia ini.

Pepatah melayu ada berbunyi :

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA “ atau “ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIARLAH SAMPAI KE PANGKAL LENGAN

Kata-kata pujangga seorang melayu boleh ini saya berikan kepada anda. Biar anda merasakan kepuasan sendiri bergelar seorang melayu boleh yang sangat pakar seo Malaysia..:P

Sebab apa nak jadi pakar seo Malaysia? Sebab saya seorang melayu boleh!

Apa Kata Pakar Mengenai Tips Ini? Pakar SEO Malaysia Adalah Seorang Melayu Boleh!
Apa Kata Pakar Mengenai Tips Ini? - Pakar Seo Malaysia
4.5
Pakar SEO Malaysia Adalah Seorang Melayu Boleh!
Info & Fakta Yang Jelas
ratelima
Olahan & Rekabentuk Yang Baik
rateempatkoma
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempat

Kesimpulannya,anda harus cuba sendiri dengan menulis satu entri dengan kata kunci tertentu yang ingin anda inginkan dan lihat dimana kedudukan entri anda tadi di dalam enjin carian. Adakah ianya hanya berada beberapa hari sahaja atau kekal dalam tempoh yang lama.

Dan jika kekal lama dan berada di puncak enjin carian, anda boleh berbangga sebagai salah seorang melayu boleh yang sangat pakar dalam seo Malaysia!

Kongsikan pandangan anda didalam ruangan komen dibawah ini bagi membantu kami mendapatkan respon (feedback) mengenai entri yang disampaikan ini. Anda suka dengan entri kami? Kongsikan dengan orang lain melalui media sosial dibawah ini.

Entri lain yang boleh membantu anda untuk tujuan ini – DISINI

Pakar Seo Malaysia

(Visited 727 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

22 comments… add one
  • Terima kasih admin atas pencerahan yang diberikan bagi mereka yang berminat nak jadi pakar seo khususnya di Malaysia ini. Diharap dgn fakta ini dapat membantu orang di luar sana menilai sejauhmana mereka mampu untuk melibatkan diri dalam perkara yang berkaitan SEO ini.

    Reply
  • Sama-sama. Sekadar berkongsi pandangan dari pengalaman yang ada berkaitan dengan SEO ini. Bermain dengan SEO suatu perkara yang menarik cuma susah untuk dapat keputusan yang baik dalam masa yang singkat. Dan jika gagal capai keputusan yang baik, jangan mudah putus asa dan perlu cuba lagi.. 🙂

    Reply
  • Perkongsian yang sangat berguna dan bermanfaat.. terima kasih atas perkongsian ini :)..

    Reply
  • jadi pakar ni kena betul² fokus dan sedia pula utk beri khidmat nasihat kepada yg memerlukan..sy tak sampai lagi tahap cmtu..cukup sekadar utk keperluan sendiri dlu..harap tuan admin akan jadi pakar suatu hari nnt 🙂
    Promosi Perodua recently posted…Harga Kereta Perodua Alza, Myvi & Axia Terkini – 2016My Profile

    Reply
    • Ameeen….terima kasih atas doa tersebut.

      Saya sendiri tidak mengakui yang saya PAKAR dalam hal ini. Masih lagi dalam proses pembelajaran. SEO ini kalo betul2 kita berjaya kuasai, promosi jangka panjang akan dapat dijalankan walaupon hasilnya MUNGKIN tidaklah banyak mana… 🙂
      Admin HQ recently posted…Ada Cara Mudah Buat Duit Dengan 8Share Siap Bukti Sebenar Beb!My Profile

      Reply
  • amin hQ ni pun pakar seo..tengok hasil bedah siasat seo mantap2 entrinya masuk raking dalam google search…ciktom masih banyak nak kena belajar bab seo ni..cuma kadang2 kekangan masa hadkan diri mendalami ilmu seo ni..
    cik tom recently posted…Alhamdulillah Sempat Jugak Cash Out Earning NuffnangMy Profile

    Reply
    • Hoho! Kami boleh diklasifikasikan sebagai Pemudahcara utk SEO sahaja…kalo pakar seo keywords dari segala jenis competition dier bleh beat…dan juga bleh menang contest SEO…. 😛

      Ciktom punya skill SEO tak kurang hebatnya…kalo tak HEBAT xkan RANK ALEXA bleh tinggi kan… cer cer kongsi tips macam mana nak dapat rank ALEX sebegitu bagus mcm ciktom…
      Admin HQ recently posted…Ada Cara Mudah Buat Duit Dengan 8Share Siap Bukti Sebenar Beb!My Profile

      Reply
  • Saya sangat sokong mengenai tiada jalan shortcut untuk menjadi pakar seo. Hanya usaha yang menentukannya

    Reply
  • Rasanya ramai pakar seo di Malaysia tetapi mereka tidak menonjolkan diri.. Salah satu blogger yang aku rasa sangat hebat dalam bab bab seo ialah Cikgu Titan.

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Mudah RM100 Setiap Bulan Disini!