Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Pencetus Revolusi Perniagaan Internet & Konvensional Anda! ::

Hot Topic :: Belajar Youtube Adsense | Paid Survey Review | Real Translator Jobs | Minisite Mudah Review | Sistem Funnel Review

Malaysia Best Blog 2015

malaysia best blog 2015

Malaysia Best Blog 2015?

Tahun 2015 kan baru je sebulan, kenapa pula dah nak buat pemilihan Malaysia Best Blog 2015? Mungkin anda sendiri pun pelik dan tertanya-tanya. 😛

Sebenarnya entri ini dibuat bertujuan untuk menyertai Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015 anjuran dari blog OhDuit.Com. Syarat utama untuk menyertai pertandingan tersebut ialah peserta diwajibkan menulis satu artikel tentang Malaysia Best Blog 2015. Dah penganjur kenakan syarat camtu nak buat camna. Ikut je lah. Kalau tak nanti penyertaan akan dibatalkan.

Untuk bercerita tentang blog sebenarnya bukan tahap anda untuk baca. Anda semua dah tahap-tahap dewa tentang blog, bukan? Malah mungkin juga anda masuk sini sebab gunakan kata kunci Malaysia Best Blog 2015 sewaktu meng’google’ tadi.

Malaysia Best Blog 2015

Apa seronoknya menulis blog? Bagi saya, aktiviti ber’blogging’ (istilah untuk menulis blog) ini saya buat separuh masa je. Dah banyak tahun juga saya dalam penulisan blog walaupun sampai sekarang belum capai tahap pakar lagi. Kemudian saya banyak lari ke Facebook sewaktu fenomena Facebook sedang menggila. Lama kelamaan saya bosan dengan Facebook. Daripada membebel, Like, Share, Tag yang bukan-bukan kat Facebook baik saya menulis blog.

So, saya terus je lah dengan syarat pertandingan seterusnya iaitu untuk menyenaraikan 10 blog pilihan saya. Saya sendiri pun tak pandai nak senaraikan blog-blog tersebut tetapi apa yang saya akan senaraikan di bawah adalah blog-blog perniagaan internet yang sering saya baca.

Malaysia Best Blog 2015

jobdirumah, jobdirumah review, jobdirumah 2015, jobdirumah penipu, jobdirumah scam - Malaysia Best Blog 2015

Apa Kata Pakar Mengenai Entri Ini? Malaysia Best Blog 2015 - Contest SEO dari PerniagaanInternetHQ.com
Apa Kata Pakar Mengenai Entri Ini? - Malaysia Best Blog 2015
4.5
Malaysia Best Blog 2015 - Cabaran Seo
Isi & Fakta Yang Jelas
rateempatkoma
Susun atur & Rekabentuk
rateempatkoma
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempat
Mari sertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.

1. OhDuit.com

Blog OhDuit telah wujud sejak dari tahun 2009. Pada awalnya OhDuit cuma fokus kepada pengalaman penulisnya sendiri dalam dunia perniagaan. Lupa nak perkenalkan, nama penulisnya yang handsome tu Khirol Hazwan bin Affendi. Blog yang sangat bermanfaat untuk mereka yang inginkan panduan-panduan hebat mencari duit. Sesuai sangat dengan namanya. Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015 ini adalah salah satu cabaran anjuran Oh Duit.

Malaysia Best Blog - 2015 - Malaysia Best Blog 2015

2. IrfanKhairi.com

Nama Irfan Khairi tak perlu diperkenalkan lagi. Ramai yang menceburi bidang IM akibat pengaruh dari nama Irfan Khairi. Sering dilabel sebagai jutawan internet pertama Malaysia, Irfan Khairi masih lagi rajin menulis di blognya dengan tips-tips perniagaan internet. Saya ada juga berhasrat untuk bertemu face to face dengan Irfan Khairi tetapi masih lagi belum berkesempatan.

3. Smartusaha.com

Blog smartusaha ditulis oleh seorang usahawan internet berjaya yang menggelarkan dirinya sebagai SmartZul ataupun nama sebenarnya Mohd Zulfadli bin Suddin. Blog ini antara blog terawal yang saya baca di waktu mula hendak berjinak-jinak dalam dunia internet. Difahamkan blog perniagaan internet Smartusaha ini telah wujud sejak dari tahun 2006 lagi. Bayangkan berapa kekayaan SmartZul sekarang!

4. Shamsuriyadi.com

Beliau telah menyebabkan saya terjun ke lombong bidang Adsense satu ketika dulu. Nama Shamsuriyadi (lebih sinonim dengan gelaran Sham Raja Adsense) merupakan salah seorang pelopor dunia Adsense di Malaysia ini. Ebook Adsense beliau adalah antara ebook terawal yang menjadi panduan pemain-pemain Adsense di Malaysia. Sham juga ada menerbitkan beberapa ebook hebat selain Adsense.

5. AdlyMukhtar.com

Kalau dalam bidang nyanyian kita pernah ada kumpulan Exist dan Kristal, Adly Mukhtar pula merupakan ikon remaja dalam dunia IM. Tapi sekarang dah dewasa 🙂 Beliau telah menceburi dunia IM sejak dari zaman sekolah lagi (dikenali dengan nama Labanon) dan menjadi inspirasi kepada IM-IM yang lain untuk berjaya. Adly Mukhtar sekarang merupakan founder kepada team perniagaan internet Flarebiz.

6. RahmanBasri.com

Ikon IM yang sering dilihat memakai kopiah ini merupakan seorang pakar affiliate. Anda boleh membaca pelbagai tips-tips perniagaan khususnya perniagaan secara online di blog beliau. Pernah menerbitkan karya hebat seperti Teknik Split Affiliate dan Pakej Swipe Copy yang mendapat sambutan hangat. Sekarang beliau sibuk menjadi speaker dalam bengkel-bengkel perniagaan yang dijalankan.

7. AhmadFaizal.com a.k.a En Titan

En Titan bukan adik beradik En Mimpi 🙂 Seorang blogger yang penulisannya kelihatan sangat berlagak, tapi sebenarnya En Titan baik orangnya. Harap-harap En Titan baca artikel ni 🙂 Kalau anda selalu mengikuti blog En Titan pasti anda faham cara penulisan beliau yang tersendiri. Memang bestlah blog En Titan. Tambah pula kalau baca sambil menikmati semangkuk cendol. Beliau merupakan seorang pakar SEO. Cuba invite En Titan join contest ni, tengok kita boleh kalahkan dia ke tak.

8. RizalHashim.blogspot.com – Malaysia Sport’s Loose Canon

Asyik baca blog perniagaan internet je tak boring ke? Bila boring saya selalu akan membaca perkembangan terkini sukan di blog ini. Blog sapa nih?? Penulis blog ini adalah saudara Muhammad Rizal Hashim. Alaa.. Rizal Hashim yang selalu muncul kat Astro Arena lah. Itu lah orangnya. Antara Blogger tersohor Malaysia. Beliau menulis di blog dengan kritikan-kritikan dan cadangan untuk dunia sukan mengikut kapasiti beliau sebagai seorang wartawan sukan. Rizal Hashim juga merupakan satu-satunya individu di Malaysia yang menjadi panel pemilihan Anugerah Ballon D’Or.

9. BeautifulNara.com

Selain sukan, blog hiburan juga salah satu niche yang popular dan mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia. Blog ‘Abang Nara’ adalah salah satu blog hiburan terbaik dan popular di Malaysia. Berbeza dengan blog hiburan picisan yang lain, BeautifulNara dipenuhi dengan berita-berita terkini dunia hiburan mengikut fakta yang sahih. Bukan sekadar gossip murahan.

10. PerniagaanInternetHQ.Com

Setelah berfikir panjang tadi, akhirnya saya memilih blog PerniagaanInternetHQ sebagai blog terakhir untuk saya senaraikan hari ini. Blog apa tu? Blog yang anda sedang baca sekarang ini 🙂 Walaupun baru mula ditulis tapi blog ini bakal menyajikan anda dengan artikel-artikel berkaitan perniagaan internet, tips-tips dan teknik perniagaan melalui internet hasil dari pengalaman penulis sendiri.Mungkin hari ini anda tidak mengetahui blog picisan ini, namun satu hari nanti siapa tahu kan.. 🙂

malaysia-best-blog-2015 - Malaysia Best Blog 2015

Blog anda tak masuk dalam senarai saya? Jangan risau bukan sebab blog anda tak menarik tapi mungkin saya masih belum lagi menemui blog anda. Anda perlukan SEO lagi. InsyaAllah satu hari nanti saya akan temui juga blog anda tu. Sambil-sambil tu mari sertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.

Apa Kata Pakar Mengenai Entri Ini? Malaysia Best Blog 2015 - Contest SEO dari PerniagaanInternetHQ.com
Apa Kata Pakar Mengenai Entri Ini? - Malaysia Best Blog 2015
4.5
Malaysia Best Blog 2015 - Cabaran Seo
Isi & Fakta Yang Jelas
rateempatkoma
Susun atur & Rekabentuk
rateempatkoma
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempat
Mari sertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.

Malaysia Best Blog 2015

(Visited 1,113 times, 1 visits today)

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

66 comments… add one
  • haha..

    tak tahu lagi nak join ke tidak.

    Reply
    • Uiks.. terima kasih abamm cendol atas lawatan balas nie..tak sangka abamm cendol maii pondok buruk kami..

      Abamm titan pakar seo susah nak celen..join ke tidak takde hal laa.. 😛

      p/s: Kalo kalah dalam cabaran malaysia best blog 2015 nnti ingat nak beli kitab jurus kaler pink tue aa .. 🙂

      Reply
    • Encik Titan blogger dan cikgu yang memang layak digelar malaysia best blog 2016 dah 🙂
      Calrase Patrick recently posted…RF3 World Firmax3 MalaysiaMy Profile

      Reply
  • Wah….Kebanyakkan blog milik IM tersohor Malaysia….

    Semoga berjaya!!

    Reply
  • Hoho! Kami memilih para IM jadi TOP 10 malaysia best blog atas faktor niche kami sealiran dengan mereka yg dah lama berjaya dalam perniagaan internet ini.. 🙂

    Saya doakan tuan juga berjaya dalam contest seo “malaysia best blog 2015” ini.. 🙂

    Reply
  • Assalamualaikum……

    Salam perkenalan dari saya buat anda. Mungkin ini pertama kali saya ke blog ini. Banyak blog yang disenaraikan saya tidak pernah jejaki, bukan apa…. banyak sangat blog kat Malaysia ni untuk kita terjah. Blog sedia ada pun tak terkejar nak blogwalking. Kalau nak cepat lawati blog rakan-rakan lain kena blogrunning.

    Semoga kita boleh berkongsi idea dan pendapat dalam berblog ini. Akhir kata semoga berjaya dengan contest SEO Malaysia Best Blog 2015.

    Reply
    • Terima kasih atas kunjungan tuan. Semoga berjaya dlm contest seo malaysia best blog 2015.

      Reply
    • Ramai blogger hebat yang join contes ni. Memang menarik jika nak sertainya untuk berkenal-kenalan sesama blogger.
      Upin Zai recently posted…Cara Nak Berjaya Buat Dua KerjaMy Profile

      Reply
  • Semuanya hebat-hebat belaka…All the Best

    Reply
    • Terima kasih atas kunjungan tuan. Mmg tak dinafikan semua hebat2 belaka dalam contest seo malaysia best blog 2015 ini. Saya bersama team saya sekadar mencuba nasib dalam cabaran seo ini. Semoga tuan berjaya juga!

      Reply
  • Banyak blog yang tak biasa lagi … terima kasih atas senarai yang diberikan .. 🙂 leh update dah kat Top Malaysia Best Blog 2015.

    Reply
  • Terbaik ulasan terakhir tu, menarik susunan. Saya doakan saudara berjaya untuk kontes ini ya. All the best.
    Khairul Zamri recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • Terima kasih atas kunjungan ini.

      Kami sekadar mencuba nasib dalam cabaran seo ini.

      Tidak mengharapkan kemenangan sekadar utk melihat sejauh mana tahap kami dalam area seo ini.

      Semoga anda juga berjaya dalam contest seo tersebut.

      TQ!

      Reply
    • Blogger hebat akan selalu dikunjungi rakan dan lawan. Bukan nak berbalahan. Cuma nak berkongsi ilmu yang ada.
      Upin Zai recently posted…Cara Nak Berjaya Buat Dua KerjaMy Profile

      Reply
  • Semoga berjaya ye !!

    Ikhlas – Bakul2011

    http://www.bakul2011.com
    nur recently posted…Jom Aktifkan MykadMy Profile

    Reply
    • Terima kasih sebab sudi jengah pondok buruk kami nie..

      Takde dapat menang podium nya contest seo nie…

      kami baru nak bermula nak beat blog2 yang dah lama dengan seo susah laa.. 🙂

      Semoga anda berjaya ya!

      Reply
  • Ramai yang suka dengan en.titan lah
    onlajer recently posted…Tertipu Dengan Alat Jimat ElektrikMy Profile

    Reply
    • Sebab en titan kacak lagi bergaya ooo..

      Tue ramai yang gegar dier punya blog..

      Blog kami cap ayam mana org nak gegar n baca..

      Tapi terima kasih tuan kerana sudi jengah pondok buruk kami nie.. 🙂

      p/s: alat jimat letrik pon penipu gak…memang penangan terma “PENIPU” aje skrg nie.. 😀

      Reply
  • senarai yang lain daripada peserta lainnya semoga berjaya tak ada hasrul hasan dan denaihati
    islam di dadaku recently posted…Imam BukhariMy Profile

    Reply
    • Rasa tuan HH ngan denaihati ada join contest seo ni juga.

      Dan peluang mereka nak menang jauh lebih cerah dari blogger cap ayam

      macam saya nie.. 🙂 Duit pernah buat duit dengan fiverr? ada xperience?

      If ada bleh share dengan kami disini.

      Reply
    • Lain dari yang lain. Tapi blogger dalam senarai ni memang hebat dan punya keistimewaan tersendiri.
      Upin Zai recently posted…Cara Nak Berjaya Buat Dua KerjaMy Profile

      Reply
  • Datang menjenguk
    Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
    Malaysia Best Blog 2015

    Reply
    • Terima kasih atas kunjungan anda.

      Semoga tuan juga berjaya dalam contest seo malaysia best blog 2015 ini.

      Reply
  • wah.. semua bloger hebat ni.. kak suka baca blog kamu… jemput datang blog kak yr.. tq
    kak yatiadam recently posted…VITAMIN UNTUK HATI.My Profile

    Reply
  • terbaik la..untuk tahun 2016 ini ada tak lagi cabaran seo macam ini ye..bagus join cabaran macam ini sebab mampu buat kita makin mahir..bila dah mahir ada hadiahnya..
    hasif recently posted…Testimoni MindatifMy Profile

    Reply
    • Join jek bro kalo ada cabaran2 mcm nie..menang atau tidak bukan kayu pengukur samaada bro bagus @ sebaliknya.

      Kutip pengalaman bersaing dgn mereka2 yg mahir tue PELUANG YANG JARANG2 kita dapat… 🙂

      Semoga kita berjumpa di cabaran seo yang akan datang…

      p.s: Silap2 join bro bleh menang…kena respect saya sama bro! 😛

      Reply
  • Betul tu. Bagus join contes SEO macam ni. Bukan senang nak belajar SEO ni. Insyallah jika rajin belajar boleh dapat banyak ilmu dari SEO ni.
    Upin Zai recently posted…Cara Nak Berjaya Buat Dua KerjaMy Profile

    Reply
  • setiap blog mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri….banyak yang kita boleh belajar untuk praktikal dan improve kan blog sendiri..
    cik tom recently posted…Pening kepala bandwith blog mencecah 95% kuota penggunaanMy Profile

    Reply
  • Kalau ada contest Malaysia Best Blog 2016 kan best hihhihi :).. Semua blog yang tuan senaraikan memang hebat dan terbaik

    Reply
  • blog yang last sekali tu pun mantap..ciktom suka ceduk2 ilmu kat blog tue..hehe..
    kadang2 cari lubang buat duit baru..mintak halal ye ilmu..
    cik tom recently posted…Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan IslamMy Profile

    Reply
  • Dalam senarai malaysia best blog 2015 ini, saya jumpa blogger yang betul betul hebat dan wajib saya follow untuk belajar lebih banyak mengenai perniagaan internet 🙂

    Reply
  • Mahu cari lagi banyak blog seperti blog blog diatas mengenai perniagaan internet sebab best pula nak singgah blog seperti ini.
    Calrase Patrick recently posted…RF3 World Firmax3 MalaysiaMy Profile

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.