Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Kusangka Panas Hingga Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengahari!

contest seo ilancee, contest seo ilancee 2017, kerja dari rumah dengan ilancee, pakar seo malaysia, contest seo

Hoho…contest seo ilancee semakin hampir melabuhkan tirainya….

Masing-masing dengan taktikal seo yang tersendiri terus cuba bersaing bagi memenagi contest seo ilancee bagi tahun 2017 ini…

Saya dengan rasa rendah diri submit penyertaan saya pada 28 feb 2017 yang lalu…

Sebab apa rasa nak submit contest seo ini? Sebab saya rasa ada peluang kot nak menang….

Iyer ker?

Dan semasa artikel ini ditulis, results belum rasmi lagi adalah…

contest seo ilancee, contest seo ilancee 2017, kerja dari rumah dengan ilancee, pakar seo malaysia, contest seo

Dan dengan rasa gembira macam nak terjun menara klcc jek bila dapat tahu yang blog percuma sampah saya yang paling atas tue sedang mendahului para peserta lain bagi contest seo ilancee 2017 ini….

Saya SEBENARNYA memang tak percaya langsung pon….

Nak kata tangkal hebat, pakai domain percuma yang baru daftar tak sampai 2 bulan…

Terus wassap orang kanan blog tak seberapa ini dan cakap…

Bro, kita semakin hampir nie bro…InshaALLAH bukan setakat hanya makan mee bandung muar dekat kedai Abu Bakar Hanipah tue, kita bleh open table dengan medan ikan bakar sabak aur beb!

Member pon senyum jek laa…tapi sempat lagi berpesan….

Macam-macam boleh berlaku tue bro…sempat lagi kalo nak bunuh tarik diri dari contest seo tue… 😀

Saya hanya cakap….

Bukan selalu beb dapat rasa macam ini…ini kalilah rasanya boleh feel nak menang beb!

Tak angin, takde ribut admin iLancee pon reply kepada saya untuk tujuan pengesahan bagi blog sampah tue….

Dan saya dimaklumkan bahawa….

HANYA KERANA NAMA DOMAIN MIRIP WEBSITE RASMI DAN MENGGUNAKAN EXACT MATCH DOMAIN PENYERTAAN SAYA DALAM CONTEST SEO ILANCEE 2017 DIBATALKAN…. 😛

contest seo ilancee, contest seo ilancee 2017, kerja dari rumah dengan ilancee, pakar seo malaysia, contest seo

Perghhh……

Ibarat macam kes doping Dato LCW jek saya rasa…. 🙁

Dan ada 1-2 laa balasan email dari pihak penganjur berkenaan pembatalan kepada penyertaan saya ini…dan rumusan yang boleh dibuat adalah – ramai akan pertikaikan JIKA BLOG SAMPAH tersebut ( saya pasti ada yang beranggapan begitu ) menang contest seo tersebut…. 🙂

Bukan untuk menafikan hak mutlak pihak penganjur contest seo ini, tetapi macam seolah-olah BLOG SAMPAH tersebut langsung takde isi jek… 🙂

* Setakat awal penyertaan, tiada info mengenai larangan tersebut dan kini terma dan syarat bagi larangan penggunaan nama domain telah di update oleh pihak penganjur…. 🙂

Tapi saya terima dengan hati yang terbuka pembatalan penyertaan saya untuk contest seo kali ini.

Sebab dari awal penyertaan contest seo ini, saya memang LANGSUNG TIDAK LETAKKAN HARAPAN untuk menang tapi bila rasa macam boleh menang tue yang hantar penyertaan…rupanya LANGSUNG TAK BOLEH sertai contest tersebut… 😀

Habis takkan laa sampai nak SAMAN penganjur atas kerana kesilapan teknikal seperti ini…

Sebab seingat saya bermain seo sejak zaman wangcyber 2006-2009, contest seo melayu boleh pada masa itu punya ramai PAKAI EXACT DOMAIN untuk tujuan contest tersebut.

Tujuan contest seo tersebut lebih kepada untuk tujuan membersihkan NAMA “MELAYU” yang dilabel kaki lucah, kaki sxxx, dan macam-macam lagi..

* Dan masa contest seo tersebut saya juga turut bertanding cuma masa tue budak baru belajar…so takde ranking laa… 😀

Bagi contest seo ilancee 2017 ini pihak penganjur bukan hanya nak lihat ranking semata-mata tetapi untuk lihat manafaat kepada servis yang ditawarkan di ilancee itu sendiri melalui review POWER GILER dari blogger-blogger tersohor terutama dari Malaysia… 🙂

Atas faktor inilah  saya rasa pihak penganjur telah membatalkan penyertaan saya kerana faktor domain bodo  mentah yang saya daftarkan ini… 🙂

Semoga kita berjumpa lagi di contest seo yang lain di masa akan datang…..

Saya akhiri coretan kalah dalam menang ini dengan….

contest seo ilancee, contest seo ilancee 2017, kerja dari rumah dengan ilancee, pakar seo malaysia, contest seo

Kepada mereka bakal memenangi contest seo ilancee 2017 ini, tahniah saya ucapkan… Anda jauh lebih hebat daripada pencapaian saya.

Adios semua!

p/s: Saya pon turut menyertai contest seo yang dianjurkan oleh saudara Anuar Marsib – Blogger tersohor yang semakin dikenali ramai….Taktikal exact domain juga saya gunakan…Kemungkinan besar penyertaan saya juga akan dibatalkan…Cuma kali ini saya lebih bersedia… 🙂

p/p/s: Mohon kalian untuk bantu kami vote pada survey di sidebar untuk tujuan pengumpulan data maklumat keperluan servis online yang anda cari dari internet. Terima kasih.

(Visited 78 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

6 comments… add one
  • Tabik springgg buat Tuan. Memang hebat betul tuan guna wp.com tu…
    Takde rezeki kat contest ilancee, saya sangat yakin rezeki tuan untuk menang contest belajar buat blog sangatlah besar…

    Kali ini mungkin, takde rezeki saya menang kategori SEO contest ilancee.

    Reply
    • Takde laa hebat mana bro..hebat bila pakai emd jek.. 😂 bagi pendpt saya laa bermain seo last skali nk tau results jek..Cuma bila contest seo ada rules sbgini susah sket laa nk cari makan..InshaAllah akan cuba pakai domain bukan emd utk lawan dgn bro yer nanti.. 😆

      Reply
  • Walaupun bro tak menang contest ni, namun pada saya, saya telah dikalahkan oleh blog bro! Secret weapon aka secret technique tu nampaknya menjadi. Semua blog memang terduduk dengan blog wordpress.com tu.

    Saya yakin, kalau tuan jual servis SEO macam ni punya kualiti, mesti ada orang yang minat nak beli, dan tak mustahil boleh caj 3 – 4 angka.

    Apapun, lets move on. Kita cuba lagi di lain cabaran dengan semangat yang baru ya.
    sabree hussin recently posted…Bagaimana cara guna Teknik Search Engine Optimization dalam pemasaran BlogMy Profile

    Reply
    • Menang atas faktor exact domain jek tuan..cuma kajian taktikal seo menggunakan domain percuma yg saya buat nampak berhasil. Ini motif sebenar saya join contest seo nie..😉

      Bagi saya bkn semua org pandai n mampu beli domain berbayar. At least lepas nie bleh laa blogger baru nak merasa ranking dpn dgn domain percuma..☺

      p/s: mungkin contest seo local bleh laa buat magik nie tuan..kalo contest seo world kelaut gak saya..😂

      Reply
  • hoho..

    normal kalau exact keyword yang menang.
    titan recently posted…Blogger tua.My Profile

    Reply
    • Normal memang normal bro…tapi bukan domain 1-2tahun punya…kurang dari 3 bulan punya domain…tue pendapat saya laa bro.. 🙂

      Tak fikir pasal menang pon bro masuk mana2 contest seo…sekadar nak tengok strategi seo menjadi atau tak..dan setakat ini tidak mengecewakan… 🙂

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!