Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Jom Aktifkan MyKad – Boleh Kumpul Mata Ganjaran Dengan MyKad Heh?

Salam khas buat pembaca setia blog perniagaan internet kami,

Sebelum saya bicara lebih mendalam tentang Jom Aktifkan MyKad saya nak tanya anda :

Ada MyKad tak? Kalo takde faham2 jek laa heh

MyKad anda tue patern dulu-dulu ker patern baru?

MyKad anda boleh guna macam-macam tak?

Anda tahu tak MyKad boleh kumpul mata ganjaran?

Banyak lagi yang saya nak tanya sebenarnya.. 😛

Lagi soalan panas ditanya kepada saya pasal MyKad nie..

Tuan, sibuk jek tanya MyKad orang, tuan agen pembuat mykad tak sah ker?

Saya rendah diri pon menjawab…

Hoho! MAAF! Saya bukan pembuat agen mykad tak sah tue yer! Saya seorang melayu boleh yang tidak akan menganiaya Negara saya – Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku!

Yang saya nak bicara dalam entri saya ini adalah dengan MyKad anda boleh kumpul mata ganjaran melalui satu program yang dinamakan – Mykad Smart Shopper Programme.

Lihat ulasan ringkas saya dibawah ini :

Jom Aktifkan MyKad Dengan Mykad Smart Shopper Programme

1 – Mykad Smart Shopper Programme ni program apa? Program Gores dan Menang ke?

Hoho! Program Gores dan Menang tue program aniaya orang la. Mykad Smart Shopper Programme nie adalah program pemberian diskaun bagi pembelian di premis-premis yang berdaftar dengan Mykad Smart Shopper. Pihak yang menguruskan program Mykad Smartshopper ini adalah I Synergy Universal Sdn Bhd dan disokong oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dan juga MDec. Ini program telus punya bukan gores-gores ya!

2 – Ok! Apa gunanya pula nak aktifkan MyKad dari program Mykad Smart Shopper Programme tue?

Soalan yang bagus! Sebab apa nak kena aktifkan MyKad korang adalah kerana korang boleh buat macam-macam. Dan antaranya ialah :

  • Boleh kumpul mata ganjaran
  • Boleh nikmati rebat atau diskaun serta merta
  • TIADA yuran keahlian
  • TIADA yuran pembaharuan
  • Ada aplikasi khas yang boleh didapati di Google Play store @ Apple Store

3 – Ok tuan! Saya dah aktifkan MyKad saya, tapi tak tahu nak gunakan kat mana..macam mana pulak tu?

Ohh..mudah sahaja. Nak tahu kat premis mana yang layak untuk gunakan MyKad anda yang telah aktif tue tadi dengan muat turun APLIKASI MYKAD SMART SHOPPER yang mana apps tersebut boleh anda dapati di Apple Store atau Google Play.

Jom Aktifkan MyKad

 

4 – Tapi tuan, kenapa saya tak tahu ehh ada program macam nie?

Ohh yer ker? Dah lama pon program nie ada tapi mungkin tuan tak perasan agaknya. Tak mengapa, kalau saya ulas semborono nanti tuan fikir bukan-bukan pulak..tuan lihat info bergambar dibawah nie :

Jom-Aktifkan-Mykad-Harian-Metro-6th-Nov-2010 - Jom Aktifkan MyKad

MyKad-Smart-Shopper-Program-Jom-Aktifkan-MyKad - Jom Aktifkan MyKad

 

5 – Wah! Memang menarik la Mykad Smart Shopper Programme nie. Saya berminat tuan! Nak daftar sekarang juga…tapi tuan…soalan last saya nak tanya tapi mintak tuan jujur dengan saya : PATUT atau TIDAK saya aktifkan mykad dengan Mykad Smart Shopper Programme nie?

JAWAPAN saya adalah TIDAK! Sebab apa saya taknak anggap info yang saya berikan ini lebih bersifat MEMUJUK untuk anda belanja kaw2 kat premis yang berdaftar dengan program nie. Tujuan entri saya ini adalah untuk memberitahu KELEBIHAN jika anda aktifkan MyKad anda melalui Mykad Smart Shopper Programme ini sahaja. Anda lebih BERHAK untuk menentukan BAIK dan BURUK program seperti ini. Tapi logiknya disini adalah :

Saya pon fikir sama macam anda juga…Tapi kalau sistem ini tidak bagus takkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dan juga MDec nak sokong kan…fikir-fikirkanlah ya!

Bagi yang belum tahu dan yang ingin tahu, ramai dah join program nie. Sebab apa mereka join, saya tidak pasti..mungkin sebab suka shopping? Mungkin sebab program PERCUMA?dan segala mungkin yang anda fikirkan.. 🙂 Untuk mereka yang berminat sahaja, Jom Aktifkan MyKad anda sekarang – DISINI.

MyKad – Kini  MyKad Bukan Sekadar Kad Pengenalan Diri Sahaja! Jom Aktifkan MyKad anda Sekarang!

Jom-Aktifkan-MyKad - Jom Aktifkan MyKad

NOTA: Ulasan bagi entri diatas diambil dari info Blog Coretan Anuar dan ditaja oleh www.aktifmykad.com.

Adios semua!

Apa Kata Pakar Mengenai Info Ini? Jom Aktifkan MyKad - Cabaran Seo Yang Disertai Oleh PerniagaanInternetHQ.com
Apa Kata Pakar Mengenai Info Ini? - Jom Aktifkan MyKad
4.5
Jom Aktifkan MyKad – Boleh Kumpul Mata Ganjaran Dengan MyKad Heh?
Info & Fakta Yang Jelas
ratelima
Olahan & Rekabentuk Yang Baik
rateempat
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempatkoma

Kini MyKad ada keistemewaannya yang masih ramai boleh mengetahuinya! Jangan hanya fikir MyKad sebagai kad pengenalan diri anda sahaja! Kini lebih mudah untuk anda menggunakan MyKad melalui Program Mykad Smart Shopper! Jom Aktifkan MyKad Sekarang - DISINI

p/s: Jika anda TIDAK BERMINAT dengan KELEBIHAN program Jom Aktifkan Mykad ini, diharap anda sudi SHARE info diatas melalui media sosial dibawah ini dengan rakan-rakan yang memerlukan. Ini adalah usaha murni anda untuk membantu mereka yang memerlukan info mengenai program Jom Aktifkan MyKad ini.

Jom Aktifkan MyKad

(Visited 964 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

11 comments… add one
  • Makin ramai yang join contest seo Jom Aktifkan Mykad. Moga entri berada di kedudukan yang baik

    Reply
    • Terima kasih atas kunjungan ini.

      Kami sekadar mencuba nasib dalam cabaran seo ini.

      Tidak mengharapkan kemenangan sekadar utk melihat sejauh mana tahap kami dalam area seo ini.

      Semoga anda juga berjaya dalam contest seo tersebut.

      TQ!

      Reply
  • gud luck admin….harap berjaya dalam contest ini ye…seminggu je lagi keputusan akan keluar

    ikhlas – Bakul2011
    nur recently posted…Jom Aktifkan MykadMy Profile

    Reply
    • Terima kasih sebab sudi jengah pondok buruk kami nie..

      Takde dapat menang podium nya contest seo nie…

      kami baru nak bermula nak beat blog2 yang dah lama dengan seo susah laa.. 🙂

      Semoga anda berjaya ya!

      Reply
  • all the best admin! usaha tangga kejayaan 🙂
    akak vitamin recently posted…Parut Chicken Pox pada orang Dewasa, bagaimana nak cantik semula?My Profile

    Reply
  • semoga berjaya dalam kontes seo ini memang mencabar banyak peserta join dan smeua blogger otai
    islam di dadaku recently posted…Imam BukhariMy Profile

    Reply
    • Terima kasih atas sokongan yg diberikan.

      Tidak mengharapkan kejayaan besar dari contest seo ini.

      Sekadar mencuba nasib dan melihat potensi diri semata-mata.. 🙂

      Reply
  • Salam admin HQ….salam perkenalan…. artikel sudah menarik, entri dihasilkan bermutu dan ada peluang nak menang. Semoga berjaya…..
    sensasi2020 recently posted…Keputusan Terkini Piala FA Pahang vs Johor DT 2 Mac 2015My Profile

    Reply
    • Biasa jek tuan. Pencapaian tuan dalam contest seo tue nampak lebih baik dari kami.

      Tahniah diucapkan.

      Kami telah cuba yg terbaik namun nasib masih belum berpihak kpd kami untuk contest seo jom aktifkan mykad tue.. 🙂

      Semoga terus berjaya tuan!

      Reply
  • oh contest seo dari blogger coretan anuar…memang lumayan hadiah2 yang ditawarkan..anuar ni rajin buat contest seo..rasanya dah 3x kot..
    cik tom recently posted…Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan IslamMy Profile

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Buat Duit Online Dari RM100-1000 Sebulan Disini Dari Ranking Google!