Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

#Review Dulu Muar dan Kini Muar Bandar Diraja

muar bandar diraja, muar, bandar maharani, gambar muar dahulu

Bandar  Maharani yang satu ketika dahulunya amat sinonim dengan Muar, kini telah dikenali dengan nama – Bandar Diraja selepas pengisytiharan rasmi oleh Sutlan Johor, Sultan ibrahim Sultan Iskandar pada 25 November yang lalu, bersempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan baginda.

Pengisytiharan berkenaan sekaligus mengubah landskap serta Bandar Maharani yang diberikan Maharaja Abu Bakar sejak 1884 dan detik bersejarah itu ternyata memberikan impak yang cukup besar dan menjadi kebanggaan kepada lebih 300,000 rakyat di daerah ini.

Dengan pengisytiharan tersebut, daerah ini akan menjadi bandar contoh bagi negeri ini termasuk dari pelbagai aspek termasuklah dari segi kebersihan yang sebelum ini agak kurang memuaskan. Dari sudut sejarah, Bandar muor (nama yang agak sebati dengan anak-anak muar) @ Bandar Muar adalah antara bandar utama di dalam negeri Johor Darul Takzim malangnya pembangunannya yang agak perlahan sehingga ada yang menggelarkan bandar ini sebagai ‘bandar pencen’. Secara amnya, Muar memang sesuai untuk golongan yang mahu kedamaian dan ketenteraman.

Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri dan juga daerah kecil Tangkak dan kini dikenali sebagai daerah Ledang. Daerah Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.

Muar Bandar DiRaja – Bandar Kebanggaan Anak-Anak Muar

Apa Kata Mereka Mengenai Review Ini? #Review Dulu Muar dan Kini Muar Bandar Diraja dari PerniagaanInternetHQ.com
Muar Bandar Diraja
4.0
#Review Dulu Muar dan Kini Muar Bandar Diraja
Isi & Fakta Sebenar
ratelima
Testimonial Sebenar
ratelima
Sesuai Untuk Semua Golongan
rateempatkoma

BANDAR MAHARANI yang satu ketika dahulu sinonim dengan Muar, kini telah dikenali sebagai Bandar Diraja selepas pengisytiharan rasmi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 25 November lalu, bersempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan baginda.

Pengisytiharan berkenaan sekaligus mengubah landskap serta imej Bandar Maharani yang diberikan Maharaja Abu Bakar sejak 1884 dan detik bersejarah itu ternyata memberikan kebanggaan kepada lebih 300,000 rakyat di daerah ini.

Selaku warga penduduk muar, saya amat berbangga dengan status muar yang kini sinonim dengan gelaran muar bandar diraja. Bravo!

mercu tanda muar bandar di raja - Muar Bandar Diraja

Bulatan Jalan Sulaiman adalah mercu tanda yang menyerlahkan identiti muar bandar diraja ini. Kos pembinaan mencecah hampir 1 Juta sekaligus mengangkat imej serta landskap daerah muar sebagai salah satu bandar utama di dalam negeri Johor Darul Takzim.

Credit : muo.my

Acara gilang gemilang itu berjaya menarik kedatangan hampir 100,000 pengunjung dari dalam dan luar daerah juga rakyat negeri berhampiran. Dengan identiti baru sebagai Muar Bandar Diraja, Sultan Ibrahim meminta supaya bandar Muar mempunyai identitinya yang tersendiri yang bersesuaian dengan gelaran yang diberikan oleh baginda Tuanku.

Malah, baginda Tuanku sendiri mahu bandar muar ini terus kekal dalam suasana aman damai, indah, sejahtera, bersih dan bebas daripada sebarang sisa buangan serta pencemaran alam sekitar selain bangunan lamanya dikekalkan yang sesuai dengan status muar bandar diraja.

Dari aspek pelancongan pula, terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati di Muar seperti Taman Tanjung Emas, Gunung Ledang, Air Hitam dan Bukit Kepong. Kalau bab jalan-jalan cari makan, Muar memang popular dengan mee bandung Muar, otak-otak, dan asam pedas Parit Jawa. Tidak sah rasanya jika ada dari kalangan anda berkunjung ke bandar muar diraja ini tidak merasai sendiri pelbagai menu masakan yang popular disini.

Selaku anak-anak muar, saya amatlah berbangga dengan pengistiharaan muar sebagai bandar diraja ini. Diharap dengan perubahan imej serta landskap muar bandar diraja ini mampu meningkatkan sosio ekonomi serta pembangunan yang lebih pesat di masa akan datang!

Amatlah digalakkan untuk bermalam semalam dua dekat bandar muar nie…Tak terabis punya nak pegi semua tempat dalam masa 1 hari pon..So untuk korang yang akan datang ke mari, sekarang booking hotel dah mudah, klik klik jek tempah siap…Sampai hotel dah terus bleh check in jek… Semua di hujung jari je… 🙂



Booking.com

Anak-Anak Muar Kini Berbangga dengan Muar Yang Kini Dikenali Dengan Gelaran Muar Bandar DiRaja!

 

Muar Bandar Diraja

(Visited 1,378 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

14 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!