Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

MH370 Setahun Sudah Berlalu

pray for mh370, doa untuk mh370

Bila dan dimana kita masih tidak pasti.

Misteri kehilangan pesawat MH370 terus menjadi misteri.

Ya. Memang sudah terungkai dengan berita kehilangan MH370 yang tersiar di dada akhbar cetak mahupun elektronik..

Betul atau Tidak? Itulah persoalan yang masih tidak mampu dijawab.

Kebetulan pula masa menulis entri ini selepas terdengar lagu dari Alleycats – Setahun Sudah Berlalu…

Tak mampu nak ungkap dengan tulisan lagi…terkelu untuk cuba menaip apabila mengenang episod malang yang melanda kapal terbang MH370 dari Malaysia ini.

Apakan tidak….

MH370 Setahun Sudah Berlalu

Saya tidak tahu bagaimana PERITNYA rasa jika salah seorang ahli keluarga saya yang berada dalam kapal terbang tersebut…

Saya juga tidak dapat bayangkan BAGAIMANA perasaannya jika anak melalui detik kehilangan seperti IMAN?.Adakah anak saya akan SEDIH dan teringatkan saya sepanjang malam seperti IMAN..?

Teringat apabila kami sekeluarga bercuti ( tempat dirahsiakan )…bila sudah berada dalam kapal terbang ( jenis pon dirahsiakan ) tetiba anak sulung saya tak semena-mena cakap..

Ayah, nie kita naik kapal terbang nanti tak jatuh dalam air ke?

Terdiam saya dengan ungkapan itu…respon pantas saya hanya dengan menjawab…

Abang..adik, angkat tangan sambil doa ni…

doa naik kenderaan - Mh370

Buat anak2..Ayah tahu…

Kadang2 ayah sering marahkan kamu berdua bila kamu malas makan…lagi2 bila xmau makan sayur..

Kadang2 ayah ada “Babb” kamu bila kamu main gusti2 berdua…(maklum aa anak bujang laa katakan)

Kadang2 ayah tak belikan mainan dekat Toy’s R Us yang robot2, kereta2..kamu merajuk sebab ayah hanya belikan mainan  “MADE IN CHINA” dari kedai pak ali….

Kadang2 ayah marah kamu berdua bila takmau ikut ayah solat..ayah tahu kamu kecil lagi…

Buat Isteriku sayang, saya tahu..

Kadang2 saya BUAT DERK dengan leteran awak yang angin tak tentu pasal sampai awak merajuk…

Kadang2 awak mintak bawak jalan2 saya xbawak sebab hanya fikirkan KERJA…KERJA

Bila awak mintak beli ikan siakap…saya cuma beli ikan masin jekk..

Bila awak mintak ikan kering sepat..saya beli ikan kering bulu ayam…

Ayah cuma nak kamu semua tahu yang….Ayah sangat sayang kamu! Kamulah pengarang jantung hati ayah di saat ayah sedih..di saat ayah sibuk dengan kerja yang tak habis2..di saat ayah kener standby bila ada urgert kat opis..

Buat anak2 ayah…ayah harap kamu satu benda jekk…bila ayah pergi nanti ya…

doa ibu bapa, doa anak yang soleh - Mh370Ameen…Ya Rabbal Al amin…

 

Lagu dari Alleycats – Setahun Sudah Berlalu

P/s: Kongsikan rasa simpati anda dengan kami dari entri ini. Ini sebagai tanda sokongan kepada ahli keluarga yang melalui detik2 pilu dari tragedi MH370 ini.

Mh370

(Visited 589 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

3 comments… add one

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!