Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Keputusan Pertandingan Blog Comment PerniagaanInternetHQ Januari 2016

pemenang contest blog comment perniagaaninternethq

Keputusan rasmi bagi pertandingan seni komen terbaik dan terlajak baik punya oleh PerniagaanInternetHQ.com bagi bulan Januari 2016 telah terjawab.

Setelah bersidang hampir sejam di meja buruk warung biasa lepak-lepak kami dari keputusan ranking terakhir (31 Januari 2016) yang dikeluarkan oleh top commentators, kami sebulat suara memilih… harap bersabar ya… 😀

Harap semua tukang komen yang menyertai pertandingan blog comment ini menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

Diharap takde sebarang bantahan, surat layang, mogok lapar blogwalking, petisyen undi tidak percaya kepada keputusan yang dikeluarkan ini.

Kami mengadili pertandingan ini tanpa memilih bulu, warna kulit, jantina, dan faktor2 lain yang membolehkan keputusan ini dibuat… 😛

Panel pemilih yang dianggotai oleh juri-juri khas yang dilantik dan juga tidak diadili dari sebarang undian SMS sebulat suara memilih pemenang bagi pertandingan blog comment PerniagaanInternetHQ.com untuk Bulan Januari 2016 jatuh kepada….

Keputusan Pertandingan Blog Comment PerniagaanInternetHQ Januari 2016

Ciktom @ ciktom.com – Blogger Muslimah yang memang sangat dikenali umum. Tak sangka saya begitu gigih ciktom ini komen dan terus di blog picisan ini yang mana blog beliau JAUH lebih hebat… 🙂

Tahniah saya dan team PerniagaanInternetHQ ucapkan.

Bagi memastikan kelancaran penerimaan hadiah yang tak seberapa dari kami, kami mohon supaya ciktom untuk menghubungi admin melalui ruangan HUBUNGI KAMI ini dengan memberikan butiran lengkap seperti nama sebenar, no acc bank ( MAYBANK amatlah dialu-alukan), email kepada pihak kami secepat mungkin.

Buat mereka yang lain seperti Upin zai, zik, hasif, titan, dan yang lain ( agak ramai untuk saya sebutkan disini) terima kasih saya ucapkan kerana sudi memeriahkan contest kecil-kecilan ini.

Janganlah kecewa kerana misi seterusnya adalah untuk BULAN FEBUARI 2016. Bagi merancakkan lagi pertandingan blog comment ini, kami telah membuat sedikit perubahan dalam memberikan kelainan kepada pertandingan ini iatu :

  1. Mulai bulan febuari, pihak kami akan keluarkan beberapa artikel dalam bahasa inggeris.
  2. Dan artikel ini perlu dibalas @ dikomen dalam bahas inggeris juga. Topik bagi artikel ENGLISH ini santai2 jek! 🙂
  3. Tak pandai?Takut SALAH grammar tense2 tue? Kami tak ambil kira bab itu. Yang kami perlukan adalah tukang komen berani melontarkan dalam bahasa inggeris kepada artikel tersebut. Juri-juri kami pon bukan otai pon… 😀
  4. Tujuan utama adalah untuk memberikan anda LEBIH keyakinan dalam menjawab dalam bahasa inggeris dan blog picisan ini adalah tempat latihan PRA-MUSIM sebelum anda komen di blog problogger seperti Darren Rowse, JohnChow, Gobala Krishnan dan lain-lain disamping juga berani untuk berdiskusi di forum2 utama termasuklah WarriorForum, BlackhatWorld, DigitalPoint, TheBot dan lain-lain lagi.
  5. Dan komen pada artikel pada bahasa melayu tetap akan dijalankan seperti biasa.
  6. Dengan hanya anda menjawab komen pada ARTIKEL english tersebut, barulah anda akan layak untuk digelar pemenang bulanan… 🙂

Saya sedar keputusan perubahan ini akan memberikan risiko ( mungkin RAMAI akan bunuh tarik diri) dari menyertai pertandingan blog comment kecil-kecilan ini tapi apabila memikirkan BANYAK kebaikkan yang diterima oleh anda, saya bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku… 🙂

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan blog comment bagi bulan januari 2016!

Saya akhiri post ini dengan imej dibawah ini….

learning quotes - Pertandingan Blog Comment

learning quotes - Pertandingan Blog Comment

Siapakah pemenang pertandingan blog comment bagi bulan Febuari 2016? Sama-sama kita nantikan! Speaking & Commenting London pula yer… 😛 Tetapi jangan hanya kejar ilmu duniawi semata-mata…Semoga urusan duniawi dan akhirat kita dipermudahkan…ameen

 

Adios semua!

Kongsikan pandangan anda didalam ruangan komen dibawah ini bagi membantu kami mendapatkan respon (feedback) mengenai entri yang disampaikan ini. Anda suka dengan entri kami? Kongsikan dengan orang lain melalui media sosial dibawah ini.

Pertandingan Blog Comment

(Visited 288 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

22 comments… add one
  • tahniah2.. cik tom.. bagi saingan yang sedang2 cukupla… haiyo lepas nih english pulak.. ok je bebeh. yes no yes no… jerla lepas nih.. ke hilang terus dalam entry… harap check dekat komen spam.. takut masuk spam pulak.. tiba2 speak english gitu
    zik recently posted…Harga minyak ron 95 ,turun 1 februari 2016My Profile

    Reply
    • Hoho! saya yakin bro zik masih mampu berikan saingan positif walaupon sedikit perubahan yang berlaku… 🙂

      InshaALLAH kalo words english yang POSITIF lepas rasanya…dan akan disemak juga nanti.

      Reply
    • terima kasih zik…mana tau bulan februari zik pulak menang kan..jom komen2 share idea/ pendapat sambil rapatkan ukhwah…
      cik tom recently posted…GIVEAWAY THE BABY STORE BERSAMA DIANARASHIDMy Profile

      Reply
    • Ciktom memag terbaik. Bulan ni nak kena rajin sikit lagi nak kejar cik tiom juga. Boleh ker macam tu cik tom..
      Upin Zai recently posted…Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap BulanMy Profile

      Reply
  • dah agak dah.

    sekali harung dia komen.

    haha..

    rajin betul.
    titan recently posted…RM7000 dari Jobdirumah secara PART TIME.My Profile

    Reply
    • Blogger rajin nie bro…dan yang best sudi lepak dan komen kat blog cap ayam nie… 🙂

      Reply
    • takdelah sekali harung semua 72 komen..haha…
      tapi sekali komen tu at least 6 komen gak kot…
      komen sambil belajar ilmu baru..
      org ckap sambil menyelam minum air..
      hehe..
      cik tom recently posted…GIVEAWAY THE BABY STORE BERSAMA DIANARASHIDMy Profile

      Reply
      • Hoho! So far ciktom tidak membuat sebarang kesalahan SPAMMING comment…ini diakui oleh panel penasihat blog cap ayam ini..

        Cuma kerajinan ciktom selaku salah seorang blogger hebat sampai at least 6 komen di blog yang tak berapa “GAH” ini membuatkan sampai ada dari kalangan team saya sampai cakap – ” WEI BEB! APA TANGKAL KO PAKAI SAMPAI BUDAK CIKTOM MELEKAT NAK KOMEN KAT BLOG KITA YANG BODO-BODO NIE? ”

        Saya hanya cakap… “blog bodo2 nie kalo ada cerita kampung2 sambil tanam serai bleh buat duit ciput2 ada punya orang suka…nak citer HOT2 INCOME LEBAT bukan port kita… 🙂 “

        Reply
        • haha..

          hang tak kenai lagi cik tom nih..

          queen of contest dari dulu lagi.
          titan recently posted…Ich brauche etwas RuheMy Profile

          Reply
          • Hoho! Ratu contest rupanya… 🙂

            Berruntung aa ada ratu contest mai sini…

            Pakar seo en titan pon ada…

            Kira lengkap laa juga blog picisan ini… 🙂

            Reply
      • Nak kena komen 6 komen juga kali ni. Nak kejar cik tom. Tapi tak tahulah. kot-kot hujung bulan ke laut pua jadinya.
        Upin Zai recently posted…Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap BulanMy Profile

        Reply
  • saingan tetap ada.. takkan nak bagi senang2 jauh bagi menang.. yang penting natural dan konsisten…
    zik recently posted…Sah!! Harga kereta Proton Naik, berkuat kuasa 15 februari 2016My Profile

    Reply
  • Alhamdulillah rezeki dariNYA..terima kasih pada admin dan team HQ susah payah buat mesyuarat tingkap..

    Hari ni seronok berganda dapat tahu menang 2 pertandingan..salah satunya pertandingan blog komen HQ. Alhamdulillah syukur sangat2 🙂

    InsyaAllah duit kemenangan akan digunakan untuk kebaikan..cik tom jadikan admin HQ contoh inspirasi berkongsi..
    cik tom recently posted…GIVEAWAY THE BABY STORE BERSAMA DIANARASHIDMy Profile

    Reply
    • Kami masih menantikan maklumat dari ciktom.. 😛

      Harap dapat contact kami dengan kadar segara, tak sedap pulak sebab masih belum bayar tukang komen tegar ni… 😀

      p/s: Admin HQ sumber inspirasi? Kami cuma sumber sensasi cap ayam jek…

      Reply
    • Tahniah buat ciktom. dah menang 2 contes tu. Semoga dimurahkan rezeki lagi dan bertambah-tambah hasilnya.
      Upin Zai recently posted…Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap BulanMy Profile

      Reply
  • Tahniah kepada Cik Tom dan jga pemenang lain, kipidap untuk februari pula
    Noriza Rahman recently posted…Ramuan Hebat dari Bahan Semulajadi untuk Kulit Lebih Sihat dan Cantik JelitaMy Profile

    Reply
    • Terima kasih mamavogue singgah untuk tahu keputusan pemenang contest kecil-kecilan kami disini… 🙂

      Mungkin mamavogue akan menang pula cabaran bulan febuari 2016…sapa tahu kan?

      Reply
  • Tahniah buat ciktom. Tak sempat nak hangatkan suasana hari tu. hujung bulan banyak kerja nak di selesaikan.huhu.
    Upin Zai recently posted…Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap BulanMy Profile

    Reply
    • Apa kata kita sama-sama hangatkan suansana untuk bulan mac ini :).. Masih ada masa lagi bro 🙂

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!