Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Blog Buat Duit Online Kini Kembali!

buat duit online, cari duit, cari duit online, duit mudah, buat duit tanpa modal, perniagaan internet, belajar cari duit online

Fuhhh…last menulis bulan mac 2016..tue pon sebab nak bagitauย sapa pemenang blog comment bulan Mac 2016!

Lepas terus senyap…apa citer kan…sakit ker?sibuk ker?kahwin baru ker?atau MERAJUK sebab blog kelaut ker? ๐Ÿ˜€

Sampai ada nama-nama besar dalam arena blogging pon tanya kemana saya menghilang…

Terima kasih atas keprihatinan rakan-rakan blogger yang saya kagumi… Saya hilang pon anda tetap sukses malah jauh lebih POWER sekarang…dari yang bujang sekarang dah kahwin…dari yang tak kenal blog mentah ini sampai dah remove dari bookmarks… ๐Ÿ˜›

Hoho! Semua sebab diatas tue sebenarnya ada yang betul ada yang tak…

Yang sebetulnya adalah….

Sebab Blog Buat Duit Online Tanpa Modal Ini Hilang Tanpa Berita Kerana…..

1. KEKANGAN MASA ONLINE

  • Anak-anak semakin besar. Memerlukan perhatian yang lebih khusus. Bukan setakat hantar dan ambil anak sekolah sahaja..dari makan pakai semua itu memang dah rutin tapi perkara-perkara kecil macam esok nak pakai kasut ker selipar…nak pakai stokin boiboyboy warna biru @ ejen ali warna hijau daun pisang….nak makan roti canai atau nasi lemak mak teruna ( sebab anak dara dah kahwin ) bila waktu rehat…semua ini saya kena ambil tahu. Bukan sebab isteri isteri saya malas, tapi sebab saya bekerja offline sendirian berhad, masa saya perlu banyak kepada mereka. ( Tapi jangan ingat sebab saya ini bagus orangnya…HAHA! )
  • Dan macam-macam lagi sebab sebenarnya…Ini kerana masa mereka ini sudah pasti tidak berulang kembali. Atas faktor inilah plan saya untuk saya cerita pasal buat duit mudah tanpa modal secara online ini sudah semestinya sangat-sangat terhad…xkan saya pula sampai langsung tak rehat kan… ๐Ÿ™‚ Cuma alhamdulillah pengorbanan ini nampaknya berbaloi kerana…..

muar, muar diraja, anak-anak muar - Buat Duit Online

Dan kini Muar (Muhammad Adam Rayyan) telah ditemani oleh adiknya iaitu Muar DiRaja ( Muhammad Danish Rizq) di sekolah yang sama untuk tahun 2016 ini. Dan pencapaian mereka di akhir tahun membuatkan saya rasa cukup bangga sepertimana ibubapa yang lain. Dan tahun 2017, Muar akan mula bersekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan rumah kami. Dia ada bunyi-bunyi juga sampai cakap….

Alaaa kena masuk sekolah baru lagi…sekolah cina juga ker…kawan2 pon cina ker…. ๐Ÿ™

Saya terus menjawab….

Jangan kamu HANYA fikir orang ingat kamu nie siapa…tapi kamu HANYAย perlu tunjuk kepada mereka kamu ini siapa… ๐Ÿ™‚

2. SUMBER BUAT DUIT ONLINE TELAH HILANG

Bagi saya, untuk blog ini kekal relevan dengan keperluan atas nama domainย – PERNIAGAAN INTERNET, pencapaian dalam lapangan ini perlu seiring dengan situasi semasa. Akibat kekangan masa online tadi, hampir 70% hasil ciput duit online saya telah hilang….hilang sebab apa?

Banyak sebab…hilang sebab kena sailang dengan pakar-pakar buat duit online malaysia macam rakan blogger saya yang kat atas tue…. ๐Ÿ™‚ Hilang sebab saya tidak buat kemaskini @ monitoring mana-mana projek online saya…hilang di mata google pon ada….

So bila hilang, perasaan saya untuk terus aktif pon sedikit pudar sebab saya aim semua gerak kerja ini akan berjalan secara automatik setelah saya setup ” BASE CAMP” yang baik. Rupanya tidak… ๐Ÿ™

Member omputih saya cakap…

Bila dah takde hasil, kendur laa beb!

Saya akui ianya betul. Abis nak menulis kat blog mentah ini xkan citer pasal rahsia anak bijak dalam masa 30hari plak…tips melancong yang murah untuk anda ketahui kan…atau buat kerja dari rumah secara online tanpa modal sambil buat bisnes burger tepi jalan kan… ๐Ÿ™‚

Tapi entah macam mana boleh sesat saya dapat notifikasi daripada admin klikjer…..

Buat saya kembali terfikir-fikir apakah sebenarnya tujuan saya bina blog mentah ini… Sebab asalnya saya nak bina blog buat duit online ini bukan…

  • Bukan sebab nak jadi jutawan internet
  • Bukan sebab nak tunjuk HASIL PENDAPATAN online yang sampai 5-6 angka
  • Bukan sebab nak tunjuk terer dalam SEO dan GOOGLE
  • dan 1001 BUKAN punya sebab yang terlalu banyak untuk saya listkan disini…

Sebab utama pon adalah untuk berkongsi pengalaman serta tips dan panduan percuma bagaimana seseorang yang MINAT dengan dunia internet @ online mampu menjana wang tanpa modal walaupon hanya akan dapat RM1 sahaja!

So ini yang buatkan saya cakap dengan diri saya….

Apa kisah pasal hasil komisen ciput lagi…takde hasil pon salah ker untuk menulis? Rezeki itu bukan hanya semata-mata pada nilai Ringgit tue jer….ย tetapi akan lebih besar maknanya jika ada mereka yang menggunakan info yang kita berikan itu samada secara terang dan nyata atauponย senyap-senyap dan mereka pula BERJAYA tanpa kita sedari. Betul-betul laa aku nie – MELAYU MUDAH LUPA!

Inilah NILAI lebih besar maknanya yang saya lupa dalam tempoh saya BERKABUNG ย  bertapa di dalam gua blog mentah ini… ๐Ÿ™‚

So inshaAllah selepas ini saya akan cuba susun kembali perancangan blog mentah ini dan update dengan segala info yang boleh buat anda senyum kembali… ๐Ÿ™‚ Namun saya akan cuba untuk kekalkan prestasi dalam arena blogging khususnya buat duit online ini selari dengan nama tak seberapa domain ini… ๐Ÿ™‚

Hmm…ikutkan banyak lagi sebab yang mungkin terjadi kenapa blog ini hilang tanpa berita… ๐Ÿ™‚ Alhamdulillah kesihatan pon ok..masih lagi mampu bernafas dan menolong orang lain di kala kesusahan…masih belum bercita-cita untuk PASANG BARU yang ke 2…. ๐Ÿ˜€

Dengan kembalinya cerita ini diharap dapat melenyapkan cerita-cerita @ gosip gosip tidak benar yang mengatakan….

HAA TUE LAA AKU CAKAP…ADMIN TUE SEMBANG KENCANG BISNES MAJU SEBAB PAKAI PELARIS PERNIAGAAN…LAST2 GONE MCM TUE JEK…KELENTONG LAGI KUAT SANGAT!

PADAN MUKA LU BEB! GUA DAH CAKAP JANGAN SEMBANG PASAL BISNES MLM YANG MERAGUKAN..KAN DAH KENA SUMPAH ORANG… BARU TAU!

Semoga ikatan ukhwah yang terjalin dengan anda-anda yang hebat sebelum ini kembali bertaut semula…Anda tidak rugi kehilangan saya TAPI saya SANGAT2 rugi kehilangan rakan-rakan blogger yang hebat2 ini.. ๐Ÿ™‚

Korang sekarang sihat tak? Dah kahwin belum? Anak-anak macam mana? Bisnes online macam mana? Komisen affiliate meletup lagi tak? Harap2 korang sudi laa bagitau saya semula disini..Kurang-kurang saya tak tertinggal BAS yang jauh. Bukan senang nak kejar ooo korang-korang yang hebat nie… ๐Ÿ™‚

Saya tinggalkan anda di blog mentah buat duit online ini dengan sket nota kecil tak seberapa yang saya jumpa ini….

Adios semua!

Buat Duit Online

(Visited 166 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

7 comments… add one
  • biasalah tu.

    tak update, tak monitor..sales pun macam hampeh gak.

    tapi biasalah tu kalau sangkut satu dua sales..normal la tuh.

    haha
    titan recently posted…Cat in DARK.My Profile

    Reply
    • Dah kembali insyallah akan ada hasil balik menjelma.
      Upin Zai recently posted…Waktu Duit Susah Jom Cari Duit OnlineMy Profile

      Reply
    • Bro memang biasa sales kalo tak monitor @ tak update semua tue..

      Kita disini JAKUN bro kalo dapat2 sales gaya macam nie… ๐Ÿ˜›

      p/s: Ingat saga black jek ada…kucing hitam pon ada…terbaik laa bro!

      Reply
  • Dah ceria kembali bila blog ni kembali.
    Upin Zai recently posted…Waktu Duit Susah Jom Cari Duit OnlineMy Profile

    Reply
    • Aha..jangan macam tue bro…orang pakar buat duit online apa ada hal bila kita yang cap ayam nie tak update.. ๐Ÿ™‚

      Pasni ada hasil ker takde hasil ker…inshaAllah blog mentah ini akan update apa2 yg boleh bantu orang jekk…

      p/s: Ada waktu senang heh bro nak cari duit online? Cer cer bagitau macam mana? Jobdirumah masih sangkut sales ker bro… ๐Ÿ˜€

      Reply
  • Tahniah bro. Walaupun diam tapi masih berbisa dengan sale.
    Upin Zai recently posted…Waktu Duit Susah Jom Cari Duit OnlineMy Profile

    Reply
    • Takde bisa mana sangat bro…tapi demi kelangsungan blog ini utk terus online..kena cari juga sket hasil untuk perkongsian hiburan semata-mata disini… ๐Ÿ™‚

      p/s: Bos makin power dengan jobdirumah heh…brapa sales sebulan..cer cer kongsi ler tips buat duit online dengan jobdirumah tue! ๐Ÿ˜€
      Admin HQ recently posted…#Review Boleh Ke Buat Duit Video Tanpa Modal Dari Tonton Youtube Tue?My Profile

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Belajar Ranking GOOGLE Untuk Buat Duit Online RM100 Setiap Bulan Disini!