Selamat Datang Ke #1 Hab Perniagaan Internet Malaysia! – Blog Dwi Bahasa Melayu & English

:: Jom Belajar Buat Duit Online Tanpa Modal Yang Mudah Dari Tim PerniagaanInternetHQ.Com! ::

Betul Ke Orang Cakap Bisnes MLM XYZ Meragukan Tolong Explain Sket

bisnes mlm, bisnes mlm meragukan, bisnes mlm menipu, bisnes mlm menurut islam, pengamal bisnes mlm, modus operandi mlm, melayu tipu melayu, bisnes multilevel marketing

Hurmm…

Dah nak hujung tahun nie hujan semakin kerap turun.

Macam nie lah yang berlaku dari tahun ke tahun.

Cuti sekolah pon nak bawak anak-anak berjalan pon agak terbatas.

Last2 ajak makan asam pedas parit jawa jek yang dapat dan sampai anak2 merengek jek cakap dah muak dah … πŸ˜€

Tapi anak tekak spunya pasal saya drive kereta buruk saya terus ke port asam pedas tersebut…

Sampai kena terus order dan sementara tnggu tue makan satay sedap kat situ utk isi perut…

Tengah2 layan makan satay, datang abang MLM yang saya kenal2 macam tue jekk…

Terus jek abang MLM nie cakap…

Mat, aku hangin betul dengan orang yang dok dengki ngan org2 bisnes MLM mcm aku nie…satu demi satu bisnes aku lingkup..dari zaman swisscash aku pindah bisnes jual gelang pastue masuk bisnes emas pon tersontot gak. Nie skrg tgh expose bisnes handphone plak..harap2 BNM tak kacau laa…

Saya senyum jek…malas nak cakap pa per…tapi abang MLM nie pandang semacam jekk…so simple jek saya balas sebelum nak beredar sebab order saya dah siap….

Cukup2 lah tue abang buat bisnes MLM nie…banyak yang meragukan dari yg betul…org jawa cakap…kelentong kuat melayu bisnes MLM lahhh…

Abang MLM tue terus chowΒ  sambil tenung tajan kat saya…bukan sebab order dier sampai, tapi malas nak layan orang merapu macam saya kot…. πŸ˜€

Betul Ke Orang Cakap Bisnes MLM XYZ Meragukan…Tolong Explain Sket

MLM nie macam2 patern maksudnya…ada yang cakap meniaga larut malam laa, melayu lipat melayu laa…bisnes orang malas la..

Bisnes MLM

Definasi tepat maksud sebenar MLM yang saya rujuk dari laman KPDNKK adalah…

Yang sekarang menjadi pertikaian antara penggiat tegar MLM (macam abang MLM tue) dengan orang anti-MLM adalah….

ish2….betul ker kebanyakan bisnes MLM @ multilevel nie tidak patuh syariah?

Manipulasi bisnes mlm yang merosakkan imej melayu serta islam…

Adakah anda juga termasuk dalam mangsa skim cepat kaya ini?

Sebab itu saya sendiri tertanya-tanyaΒ  perkara disebalik bisnes MLM yang perlu kita fahami dan dalami untuk rujukan diri sendiri mahupun keluarga serta sahabat yang kita sayangi.

* Kajian/kisah dibawah ini adalah dari sudut pandangan peribadi & pengalaman saya semata-mata dan bukan berniat untuk menjatuhkan mana2 perniagaan MLM yang sedang berkembang di Malaysia ini. Segala pandangan boleh dikongsikan secara berkhemah di ruang komen di bawah ini. Sebarang ugutan @ cacian tanpa sebab yang munasabah akan dipadamkan serta merta!


Bisnes MLM

1) Suka mempamerkan barangan mewah seperti jam tangan serta kenderaan mewah sebagai tanda @ bukti kejayaan

Memang begini ker cara sebenar pengamal bisnes MLM? Saya rasa betul. Anda rasa bagaimana? Sebab saya sendiri pernah alaminya sendiri apabila masa belajar zaman universiti saya pernah dipelawa untuk datang makan malam dalam satu majlis rasmi syarikat MLM (Sepatutnya saya rahsiakan – sebab takut org ingat tak habis2 saya kondem MEREKA lagi)yang rakan saya sertai. Cair juga laa bila sampai ker hotel berkelas 5 bintang….bederet dari warna hitam sampai warna kelabu taik anjing kereta mewah pelbagai jenama…ferrari ada..porsche ada….mercedes sports ada…BMW sports ada…yang takde keter wira buruk saya jek kat situ sebab member dah pesan suruh parking jauh2… πŸ˜€ Masuk2 pintu gerbang dewan hotel terus disambut macam jalan atas red carpet oleh otai2 syarikat MLM tersebut…Jam tangan mewah, baju dress up lagak orang kaya, rambut ala2 mohawk beckham, buat saya terus teruja….nasib baik laa sebelum pergi majlis tue saya inform mak kat kampung dan mak siap pesan ngan saya…

Kamu nak pergi sana pergi laa…nanti tak pergi kawan kamu boikot kamu plak…tapi jangan lupa asal usul kamu tue..masuk U nak belajar n tolong mak ayah kat kampung nie…

Next cara mereka pula masa dalam dewan besar gedabak dengan aircond sejuk gila tue adalah…

2) Membuat contoh perbandingan dulu dan sekarang yang kurang relevan & tak masuk akal tapi boleh cair bunyinya!

Siyes! Memang terer dierorg nie beb…rasa macam kena pukau jek rasa bila dengar dieorg cakap..

Bisnes MLM
Gambar Hiasan

Tuan2 dan puan2…saya dulu seorang kerani jek…pergi pagi balik mlm…kerja macam nak mampus gaji cukup bulan ciput jek..rasa nak bunuh diri pon ada masa tue…nasib saya berubah bila jumpa akak sipolan nie…akak ini telah mengubah hidup saya 360 darjah! Dari naik motor cabuk ex5 tue sampai la nie dah ada keter BMW Sports yang memang saya tak pernah fikir saya mampu beli! Semua kerana bisnes kita nie tuan2!!! Memang tuan2 datang pada masa yang betul untuk mengubah nasib tuan2…kalo saya yang SPM pangkat 3 nie pon boleh buat…inikan tuan2 puan yang dari latar belakang hebat2 tue… (bergemuruh tepukkan dari org dalam dewan…saya tersenyum bila lihat gelagat2 manusia yang bertopengkan xxxxx nak rembat duit sesama bangsa dan agama tanpa ambil kira hukum halal haram nie… πŸ™‚ )

Dah selesai abis dengar TALK, turn pegi makan kat table2 plak…bab makan saya bedal jek laa sebab member cakap dier dah bayarkan sebelum masuk…time makan nie plak otai2 bisnes MLM nie bikin panas dengan…

3) Penampilan segak lagak bergaya seperti seorang jutawan

Agak2 korang laa kan..kalo dalam table ada bill gates juwatan microsoft tue nak dok sembang ngan korang, tak tergugat ker iman korang? hoho! Macam tue laa teknik pukau seterusnya oleh ejen2 MLM yang cuba bermain emosi dengan orang2 baru macam saya…Sampai saya kena tembak soalan…

Kawan Haron aziz heh? Haron ada cakap kat kami yang ko nie terer bab2 bisnes internet…kalo ko masuk join kita orang konfirm laa ko lagi tiptop dari kami2 yg ada disini…kita orang dulu start semua modal banyak sbb nak anjur majlis mcm nie..kalo ko guna internet lagi cepat jek orang tahu..Alaa modal bukan banyak mana…dalam 10K jek..kiterorg bleh adjust dengan orang bank utk bagi loan. Ko cuma balik isi form pastue cari parents ko kat kampung jadi penjamin..esok kita pergi bleh? Hoho! Korang tengok ayat nak jerat 10K…kalo nak jerat 30K silap2 pakej skali dengan awek2 atau amoi2 bergetah skirt pendek betis gebu yang lagi tergugat iman punya…. πŸ˜€

4) Suka pamer wang yang berkepuk2 banyaknya dari pelbagai sudut

Sebelum saya nak balik, member saya haron aziz nie bawak nak atas pentas tunjuk briefcase wang berkepuk2 banyaknya sambil cakap…

Bro, sebelum balik kita ambil BERKAT dulu utk bisnes kita maju pasnie. Kita usaha bro, selebihnya yang maha kuasa akan menentukan nasib hamba2 nya ini…

Dalam hati saya siap cakap…

Tak sangka hang boleh rosak sampai macam nie sebab kelabu matanya dengan duit macam tue…memang betul orang cakap duit adalah segalanya…tapi takkan laa kalo ada duit RM10 jek dalam poket pon tak bleh nak hidup kan…

5) Laungan kata-kata keramat dalam sebelum tamat majlis seperti saya jutawan, saya luar biasa, saya hebat!

Hoho! saya dalam hati hanya mampu cakap…

Tengkorak korang laa saiko sampai macam nie…macam dah desperate giler nak telan duit orang…melayu oh melayu…duit & perempuan penggodak hawa nasfu yang sukar untuk dibendung… πŸ˜€

Inilah antara serba sedikit pengalaman saya mengikut projek Miskin Lagi2 Miskin nie…tak tau laa skrg dah 2015 nie punya style bisnes MLM tue macam mana. Ini yang saya harap dari korang2 diluar sana yang OTAI2 MLM turun sini bagi sket cerita korang pasal MLM korang yang tengah berdentum2 meLETOP tue…atau bekas2 kaki tegar MLM suatu masa dahulu mai cerita ngan kita2 semua kat sini…..

Betul Ke Orang Cakap Bisnes MLM XYZ Meragukan/ Menipu/ Scam / Kelentong/ Bisnes MLM Sesat….Tolong Explain Sket bleh?

 

psstttt…Sebelum pakat2 nok entam ambo, moh ramai2 kito dok layan bideo pasal hukum bisnes MLM @ multilevel kat bawoh nie..status mlm halal atau haram oleh…

 

Adios semua!

Kongsikan pandangan anda didalam ruangan komen dibawah ini bagi membantu kami mendapatkan respon (feedback) mengenai entri yang disampaikan ini. Anda suka dengan entri kami? Kongsikan dengan orang lain melalui media sosial dibawah ini.

Bisnes MLM

(Visited 573 times, 1 visits today)

About the author: Seorang Blogger separuh masa yang menetap di Muar, Johor. Blog ini membicarakan hal yang berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan karier penulis secara percuma!

Iklan Premium

Sumbangan Anda

Sumbangan ikhlas anda amat bermakna kepada kami. Melalui sumbangan ini pastinya dapat membantu kami untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih.

26 comments… add one
  • yang ok bila produknya tuh ada…. dan harga dia pun takdalah mahal melampau… apepun ia pendapat masing2… jangan condem sangat.. huhu
    zik recently posted…Keputusan penuh perlawanan piala malaysia suku akhir pertama 24.11.2015My Profile

    Reply
    • Hoho! Saya tak kondem mana2 bisnes bro…model MLM jek yang serba sedikit banyak unsur2 yang kadangkala macam tak masuk akal untuk kita laluinya…So saya perlukan lagi kaki2 MLMers yang level2 dari paling bawah sampailaa JUTAWAN kita sama2 bincang dan kongsikan maklumat2 yang boleh kita jadikan panduan untuk menjadi usahawan perniagaan berasaskan MLM yang berjaya mengikut lunas2 ISLAM amnya… πŸ™‚

      p/s: Namun terpulang kalo penyampaian saya diatas disalahtafsir laa…Risiko itu saya sedia maklum…maklumlaa ramai haters2 diluar yg rasa naik muak dengan blog picisan ini… πŸ˜€
      Admin HQ recently posted…#Review JobDiRumah – Lagi Jimat Ke Kerja Dari Rumah Zaman Sekarang NieMy Profile

      Reply
    • yup2.. ada satu tue produk sampai 3k.. padahal market cina 300 je.. nmpak sangat menipunya..duit untung tue buat bayar komisen perkepala
      cik tom recently posted…Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan IslamMy Profile

      Reply
  • mungkin ada model MLM yang okay tapi kalau kejenya nak cari orang je..
    bukan nak pasarkan produk tak betul la.
    n kadangkala harga produk melampau pun tak betul tu..
    zool recently posted…Selesai sudah Ekspo Rumah Mampu Milik Peringkat Negeri Melaka 2015My Profile

    Reply
    • Macam mana tue tuan…macam ada pengalaman jek… cer citer cer citer…

      MODEL MLM ok..tapi kejenya cari orang…yang salah model MLM nya dan yang betul cari orang macam tue ker?

      Harga produk melampau mahal…yg skrg harga produk ada murah gila tapi bleh untung sampai bertingkat-tingkat…betul ker macam nie?
      Admin HQ recently posted…Wordless Wednesday Pilihan 25 Nov 2015My Profile

      Reply
    • itulah masalah diorang.. promote barang tak.. yang promote suh jadi ahli.. apa kebaikan ahli.. produk entah apa2
      cik tom recently posted…Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan IslamMy Profile

      Reply
  • saya mengenali MLM sejak zaman bujang lagi …memang best kerana ada meeting malam,makan makan dan pantang jumpa orang mesti minta no hp..

    namun tiada pengaruh karisma dan hati kurang kering (tak sanggup tengok kena psyco) menyebabkan saya kurang menyerlah dalam MLM..

    MLM adalah model perniagaan murni kerana modal kecil dan untung besar (hasil komisyen downline)

    cuma ramai yang menjadi sistem pairing dan head hunting telah menyebabkan MLM terjejas dari tujuan asal…

    Sistem pairing atau binari membolehkan abang/kakak MLM cepat jadi jutawan..
    mrhanafi recently posted…5 Tips Atasi Bosan BekerjaMy Profile

    Reply
    • Sistem pairing dan head hunting antara duri dalam daging penggiat MLM heh bro…

      Bila bro sebut ada pasal produk tue tadi..saya ada konpius sket..syarikat MLM untung kaw2 macam mana heh bila harga produk murah…jual produk tak tau brapa byk sehari/seminggu/sebulan…

      So adakah faktor produk itu sendiri akan menentukan sejauhmana perjalanan sesebuah bisnes MLM ini?

      Reply
      • agak menarik isu ini bro…saya tak layak juga nak kata pendapat saya ini bagus ke tidak..

        Produk yang bagus memang teras untuk survival syarikat MLM tetapi mesti dibantu oleh iklan para usahawan melalui tajaan ahli..
        Hero Borneo recently posted…Kebaikan Memanah Untuk Kejayaan DiriMy Profile

        Reply
        • Tidak mengapa. Kita berkongsi dan bertukar2 pandangan utk kebaikkan semua. Bukan utk melihat siapa salah @ betul .. πŸ™‚

          Bermakna disini jualan produk syarikat MLM akan menentukan sejauh mana perjalanan mereka dalam hal ini.

          Cuma disini adakah usahawan @ pengamal MLM itu tidak jujur @ cuba manipulasi bakal prospek dalam menyampaikan maklumat mengenai produk MLM itu sehinggakan tanggapan negatif dilontarkan kpd syarikat MLM terbabit?
          Admin HQ recently posted…Wordless Wednesday Pilihan 25 Nov 2015My Profile

          Reply
          • tidak dinafikan ada segelintir usahawan yang teruja nak berjaya cepat sanggup memanipulasi informasi produk untuk mempengaruhi para pelanggan,ahli tajaan dan prospek..

            tindakan mereka tidak beretika tetapi diberi nafas baru sebagai strategi perniagaan…

            cuma tindakan begini sangat merugikan krebiliti mereka sendiri pada kemudian…

            jadi kaya tetapi kekayaan yang menyiksakan..
            mrhanafi recently posted…Kejayaan Kemaskini Blog Setiap HariMy Profile

            Reply
  • sebab tu..aku memang pangkah habis geng MLM nih.

    selagi takde penasihat syariah..

    memang out la.
    titan recently posted…21 Amalan Menjemput Jodoh dalam masa TERDEKATMy Profile

    Reply
    • Hoho! En titan hati kering punya org.. πŸ˜€

      Ada dulu member ajak join yang KATANYA ada panel penasihat syariah..kampeni kalo belajar confirm score markah A jek..

      Wahh..kena aa ngan en titan seorang guru…ker soalan dalam bisnes MLM tue tak sehebat soalan ramalan en titan…Tue yg tak join tue… πŸ˜€
      Admin HQ recently posted…#Review JobDiRumah – Lagi Jimat Ke Kerja Dari Rumah Zaman Sekarang NieMy Profile

      Reply
      • takde sorang bila berdebat dengan aku pasal MLM menang.

        Semua kalah.

        Sebab hampir 100% dari diorang tak kenal MLM tu menda dan majoritinya memang tipu orang dan kekadang tak sedar diorang dah permainkan dan tipu orang lain.
        titan recently posted…Komisen ke 55 dan 56 dari Ashadee.comMy Profile

        Reply
        • Hoho! itu sebab saya tumpang gembira cikgu titan sudi lepak HQ nie..orang “ada-ada” macam en titan kalo bunyi..terus senyap penyokong lawan..baling2 suar jek mampu… πŸ˜€

          Tapi kan en titan…Tak boleh ker kita rebrand bisnes MLM nie sebagai bisnes yang suci bersih dan tanpa was-was… any idea?

          Reply
    • ustaz zaharudin pun dah pernah kuar statement kat website dia yang mlm ni bukan sharian compliance..
      cik tom recently posted…Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan IslamMy Profile

      Reply
  • Rasa mcm nak comment tapi… arghhh letih badan.
    baru balik jumpa org.

    Reply
    • Wah…lain macam jek bunyi nie tn bidin…

      Sampai leletih badan nie..bisnes MLM tn bidin confirm meLETOP nie..

      Cer cer kongsi sket abg bidin…

      1 – abg bidin jumpa bakal prospek kat hotel 5 bintang ker kat warung jek..
      2 – abg bidin pakai smart2 tak…ker pakai baju lusuh pagoda jek..
      3 – ishh gatal jek tangan nak tanya nie…tp hold dulu…tunggu abg bidin kasik info sket… πŸ˜€

      Reply
    • Abang bidin macam ada pengalaman tak best je gayanye dengan mlm..kalau dapat kongsikan best jugak.

      Reply
  • Memang tak dapat dinafikan majoriti yang join bisnes mlm memang kebanyakan ialah penjawat awam..tengok dari rakan2 yang join.

    Reply
  • Yang ciktom perasan sangat orang buat bisnes mlm ni suka tunjuk duit, kereta, handphone, jam..alih2 kalau follow geng2 diorang memang rata2 guna barang sama..rotate jw amik pic.hehe
    cik tom recently posted…Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan IslamMy Profile

    Reply
  • ramai orang melayu especially nak cepat kaya… nak hidup senang cara mudah.. itu mudah terjebak join mlm
    cik tom recently posted…Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan IslamMy Profile

    Reply
  • kalau ada saudara mara ke kawan2 nak join mlm tu nasihat elok2.. jangan bagi dia mudah terpengaruh dan pinjam duit..
    cik tom recently posted…Mekaray Ventures Formulasi Pemakanan dan Perubatan IslamMy Profile

    Reply
  • Saya langsung tak tahu apa itu MLM hihi sedih hiba dan memalukan aku sendiri hih πŸ™‚
    Calrase Patrick recently posted…RF3 World Firmax3 MalaysiaMy Profile

    Reply
    • Belum masa kot untuk tahu. Nanti ada rezeki masuk sambung belajar bermula fasa awal mengenali erti MLM yang sebenar di peringkat universiti… πŸ™‚

      Bukan semua MLM tue tak betul..ada yang betul juga…cuma nak cari yang betul2 patut syariah tue semakin susah… πŸ™‚ Betul ker? Tunggu pakar-pakar MLM turun sini discuss benda nie…
      Admin HQ recently posted…Buat Duit Online Jer Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Paling Cepat BebMy Profile

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Jom Buat Duit Online Dari RM100-1000 Sebulan Disini Dari Ranking Google!